COLUMBIA ASIA ANJUR HARI KESIHATAN KOMUNITI PERTAMA DI KLANG

Syarikat penjagaan kesihatan swasta, Columbia Asia Sdn Bhd buat julung kalinya menganjurkan Hari Kesihatan Komuniti di perkarangan hospital terbaharu mereka di Klang. Acara berkenaan, Hari Kesihatan Komuniti Columbia Asia Hospital – Klang diadakan dengan tujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan kesejahteraan komuniti.

Sesuai dengan tema ‘Right here, for you’, Columbia Asia Hospital – Klang berhasrat untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan komuniti dengan mendidik dan memperkasakan ilmu pengetahuan orang ramai tentang pentingnya memilih gaya hidup sihat.

“Gaya hidup sihat adalah sangat penting untuk semua. Apabila kita menjaga tubuh badan, kita bukan sahaja akan berasa lebih sihat dari segi emosi dan fizikal, tetapi kita juga akan berasa lebih cergas. Menerusi Hari Kesihatan Komuniti ini, orang ramai dapat belajar dan mempunyai akses untuk pelbagai maklumat kesihatan, melakukan pemeriksaan kesihatan serta mendapat khidmat nasihat di ruang ujian saringan kesihatan kami,” kata Wong Wai Mun, Pengurus Besar Columbia Asia Hospital – Klang.

Antara aktiviti yang dianjurkan pada Hari Kesihatan Komuniti ini termasuklah pemeriksaan kesihatan percuma untuk tekanan darah dan kolestrol, kempen menderma darah, ujian saringan kesihatan asas oleh pegawai perubatan Columbia Asia Hospital – Klang dan penilaian fisiologi.

COLUMBIA ASIA

Maskot Columbia Asia

Semua anggota komuniti yang hadir bersama ahli keluarga mereka turut bergembira setelah berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang padat dengan informasi dan menyeronokkan seperti Pertandingan Jus ‘Bike & Blend’, lukisan muka dan senaman Zumba.

Kanak-kanak turut berasa seronok apabila berpeluang melihat sendiri keadaan di dalam sebuah ambulans dan bagaimana ia berfungsi dalam sesi lawatan ambulans. Selain daripada itu, para hadirin turut dihiburkan dengan kehadiran badut-badut dan penampilan istimewa maskot Columbia Asia, Zoey The Parrot.

Pada acara itu, Columbia Asia turut mengambil kesempatan untuk memberikan penghormatan kepada dua wira tempatan iaitu Reach Out Malaysia dan Pure Love Caring Fund atas usaha mereka dalam membantu komuniti di Klang.

Reach Out Malaysia merupakan sebuah pertubuhan yang menumpukan usaha untuk memberi nutrisi, bantuan perubatan dan latihan kemahiran untuk golongan miskin dan kurang bernasib baik disamping membantu mereka kembali kepada masyarakat.

Sementara itu, Pure Love Caring Fund pula menyediakan keperluan asas untuk ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan termasuklah mereka yang kurang bernasib baik.

“Kami amat menghargai sokongan daripada Columbia Asia. Kami berazam untuk melakukan apa yang termampu bagi memenuhi keperluan mereka yang kurang bernasib baik dan saya sangat gembira kerana Columbia Asia menyokong usaha kami,” kata Pengasas Bersama Reach Out Malaysia (ROM), Feexa Nicoll.

Hari Kesihatan Komuniti ini telah dianjurkan sempena pembukaan rasmi Columbia Asia Hospital – Klang baru-baru ini. “Kami berasa sangat teruja melihat begitu ramai keluarga datang menyertai acara ini dan kami berharap agar mereka dapat mengambil peluang dari acara yang menyeronokkan ini yang padat dengan informasi untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat,” tambah Wong.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.columbiaasia.com/malaysia/, atau www.facebook.com/columbiaasia.

 

Nota: Sebanyak 30% daripada Columbia Asia Sdn Bhd dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala 70% lagi adalah milik dana yang berpangkalan di Amerika Syarikat, International Columbia USA LLC (ICU), yang terdiri daripada 150 individu dan pelabur institusi.

 

BACA – PAKAIAN TERPAKAI DIBERSIHKAN DALAM KEMPEN KOMUNITI TOP PASS IT ON

(Visited 1 times, 1 visits today)