COOLBLOG BERI GANJARAN KEPADA ‘COOL BLOGS’

JADILAH KREATIF DAN MENGGUNAKAN KAEDAH BLOGGING ANDA YANG PALING `COOL’, CERITAKAN KEPADA KAMI PENGALAMAN ANDA BERSAMA COOLBLOG DAN ANDA BERPELUANG MEMENANGI DUA HADIAH UTAMA BERNILAI RM1,800 SETIAP SATU!

Pencarian digital bagi ‘Cool Blogs’ memberikan bloggers peluang untuk menzahirkan kreativiti mereka dan menulis mengenai produk-produk Coolblog. Peraduan ini terbuka kepada semua blog berdaftar di dalam negara ini dan tidak ada had penyertaan melainkan sesebuah blog telah memenangi peraduan mingguan.

Bermula pada 31 Julai ini, peraduan ini akan berlangsung sehingga 24 September, dengan hadiah mingguan disediakan. Bloggers dipelawa untuk memblog mengenai pengalaman mereka dan apa yang mereka anggap sebagai `cool’ dengan Coolblog. Para pemenang akan dipilih pada akhir setiap Ahad semasa tempoh peraduan dan berpeluang memenangi baucer bernilai RM300 setiap minggu.

coolblog

coolblog

COOLBLOG TAWAR HADIAH  OPPP R9s KEPADA BLOGGER PALING ‘COOL’!

Para pemenang juga layak untuk memenangi dua Hadiah Utama – OPPO R9s bernilai RM1,800 sebuah. Dua pemenang hadiah Utama akan dipilih daripada kalangan pemenang mingguan dan akan diumumkan pada 25 September.

“Melihat kepada peningkatan blog dan media digital di dalam masyarakat, kami merasakan inilah kaedah terbaik untuk menzahirkan minuman dingin menerusi penyertaan blog `cool’ dan tentunya ganjaran `cool’ yang pasti menarik untuk semua,’’ kata Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog. “Menerima input dan pandangan daripada blogger mengenai produk-produk ini akan pastinya memberi dorongan tambahan bagi orang ramai yang meminati produk kami,’’ tambah beliau.

coolblog

 

Jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa, CoolBlog berinovasi untuk mencari perisa tempatan dan global yang terbaik dalam ciptaan ‘ice blended’ dan ‘smoothie’.  Ia merupakan jenama terkenal Malaysia yang pesat berkembang dan bermatlamat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat.

coolblog

 

Sila log masuk ke www.coolblog.com.my untuk melihat butiran lanjut, dan syarat serta terma peraduan. Butiran peraduan juga boleh didapati di sini.