CRUISE PENYUCIAN JIWA 2017 SAJIKAN PELAYARAN ISLAMIK YANG ANDA MESTI ALAMI!

Impikan percutian di atas kapal berkonsep pelayaran Islamik yang lebih santai bersama keluarga pada cuti sekolah bulan Disember ini?

Jika anda merancang untuk menikmati pelayaran dan bergembira namun tetap menjaga ciri-ciri keislaman, jom sertai #Cruise Penyucian Jiwa (CPJ) 2017 anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia).

Kali ini Andalusia menyewa khas seluruh kapal pelayaran Star Cruises iaitu Libra pada 17 hingga 20 Disember 2017 untuk ke destinasi Penang-Phuket-Krabi-Penang.

pelayaran islamik

Dato’ Ustaz Hj Md Daud Che Ngah, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. bergambar pada sidang akhbar baru-baru ini.

PELAYARAN ISLAMIK BERTEMAKAN FUN ISLAMIC CRUISE FOR ALLAH 

Pelayaran selama 4 hari 3 malam di atas kapal Libra Star Cruise yang berpangkalan di Port Swettenham, Pulau Pinang itu bermula pada 17 Disember 2017 dari jeti Pulau Pinang dan terus ke Phuket pada 18 Disember 2017 (berhenti untuk aktiviti kemasyarakatan dan membeli-belah).

Kemudian, kapal akan teruskan pelayaran ke Krabi (19 Disember 2017) dan berhenti beberapa jam untuk acara free and easy. Seterusnya kapal akan belayar balik ke Pulau Pinang dan tiba pada 20 Disember 2017.

Bersesuaian dengan cuti sekolah, tema CPJ 2017 ialah Fun Islamic Cruise for Allah yang mana aktiviti-aktiviti sepanjang pelayaran 17-20 Disember 2017 nanti akan boleh dinikmati oleh seisi keluarga dalam suasana santai dan bergembira yang patuh syariah.

pelayaran islamik

BERSIH DARIPADA SEMUA SYUBHAH DAN KASINO DITUTUP!

Bagi memelihara konsep #pelayaran Islamik yang tidak bercampur dengan perkara-perkara syubhah, Andalusia telah menyewa khas kapal Star Cruises yang mempunyai kapasiti 695 kabin yang dapat memuatkan 1,700 orang dengan melakukan beberapa perubahan.

Antara perkara penting yang dilakukan termasuk menjalankan proses sertu (pembersihan sesuatu yang telah terkena najis mughalazah) ke atas semua empat dapur, perkakasan atau peralatan dapur serta semua kutleri di atas kapal Libra tersebut dua hari sebelum pelayaran.

Selain itu, kapal Libra tersebut akan dikosongkan daripada sebarang minuman keras dari setiap bilik atau kaunter atau mana-mana kedai di dalamnya.

Kasino juga akan ditutup sepenuhnya sepanjang pelayaran Cruise Penyucian Jiwa 2017. Kesemua makanan dan minuman yang dihidangkan sepanjang pelayaran adalah 100 peratus halalan toyyiban.

pelayaran islamik

PERSEMBAHAN BERCIRIKAN ISLAMIK SEPERTI MALAM CINTA RASUL

Manakala semua persembahan lazim Star Cruises ditukar kepada persembahan atau pertunjukan yang patuh Syariah seperti Malam Cinta Rasul dan sebagainya.

CPJ 2017 bukan sahaja mempunyai jadual solat dan ceramah sahaja namun sepanjang pelayaran menjanjikan acara-acara hiburan serta persembahan yang patuh Syariah tetapi menarik.

Antara aktiviti yang dijangka mendapat sambutan ialah ceramah yang akan disampaikan oleh pendakwah selebriti seperti Dato’ Ustaz Hj Md Daud Che Ngah, Ustaz Syamsul Debat, Ustaz Lukmanul Hakim Haji Hanafi, Sheikh Imran Angulia Al Hafiz (personaliti dakwah Malaysia dan Singapura), Ustazah Isfadiah Ahmad Dasuki dan Ustaz Muhidin Mokter.

Harga pakej percutian CPJ bermula daripada RM2,590 hingga RM6,990 seorang mengikut jenis bilik yang dipilih.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk semua umat Islam mencuba satu kelainan kerana pelayaran ini satu-satunya pelayaran berteraskan syariat Islam dan tidak bercampur aduk dengan aktiviti-aktiviti lain.

pelayaran islamik

Rasailah pengalaman solat dan qiamullail di tengah-tengah samudera yang luas terbentang berbumbungkan langit dan bintang-bintang dalam pelayaran Islamik ini.