CYBERJAYA BANDAR SELAMAT BUAT WANITA

Ada cadangan nak menetap atau beli rumah di Cyberjaya? Jika belum dan masih tercari-cari lokasi bandar selamat untuk menetap, Cyberjaya boleh dijadikan salah satu pilihan!

Bandar Cyberjaya telah lama berada di persada mercu teknologi dan inovasi Malaysia memandangkan kedudukannya di lokasi teras inisiatif Koridor Raya Multimedia negara atau MSC.

Sebagai pemaju utama Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd (‘Setia Haruman’) bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mempertingkatkan ciri-cirinya sebagai sebuah bandar yang sesuai didiami termasuk meningkatkan keselamatan dan kawalan bagi penduduknya.

bandar selamat

Cyberjaya Menjadi Pusat Teknologi Global

Menurut Ketua Pegawai Operasi Setia Haruman, Wendy Li, komitmen syarikat tersebut untuk mempromosi dan membangunkan Cyberjaya sebagai sebuah pusat teknologi global yang memenuhi keperluan populasinya yang kian meningkat.

bandar selamat

“Pada masa ini, 60% daripada pusat data di Malaysia berpangkalan di Cyberjaya, berserta lebih 40,000 pekerja berpengetahuan dan 506 buah syarikat berstatus MSC. Sebahagian besar warga kerja Cyberjaya aktif bertugas 24 jam sehari memandangkan syarikat-syarikat di mana mereka bekerja memberi khidmat kepada pelanggan di zon-zon masa yang berbeza.”

bandar selamat

Jadi Keutamaan

Wendy turut menekankan bahawa “keselamatan dan kawalan bagi warga Cyberjaya adalah satu keutamaan yang amat dititikberatkan dan diusahakan secara kolektif oleh setiap pemegang kepentingan di Cyberjaya.”

Aspek keselamatan ini diberi penekanan memandangkan sebahagian besar pekerja di Cyberjaya terlibat dalam profesion yang memerlukan mereka bekerja pada shif malam.

bandar selamat
Bagi Kayathri Maheswaren, 35 tahun, telah bekerja selama lebih sembilan tahun di sebuah syarikat perkhidmatan teknologi maklumat antarabangsa di Cyberjaya.

“Bekerja shif malam tidak lagi menjadi sesuatu yang membimbangkan di kalangan pekerja seperti saya. Selain perkhidmatan sistem bas DTS yang membantu memudahkan perjalanan mereka yang tinggal di bahagian-bahagian lain di Lembah Klang, Cyberjaya juga mempunyai banyak kedai makan dan sebilangan daripada kedai tersebut turut beroperasi pada waktu malam. Malah warga kerja yang memandu pulang ke rumah atau ke tempat kerja pada waktu malam juga akan mendapati bahawa jalan-jalan di Cyberjaya diterangi lampu-lampu jalan yang cerah dan sentiasa dironda oleh polis.”

Dalam usahanya mencapai sasaran sebagai bandar bebas jenayah, bandar selamat terutama buat kaum wanita, Cyberjaya turut disokong oleh sebuah ekosistem keselamatan yang cekap iaitu Sistem CCTV 999 Tindakan Kecemasan Malaysia (MERS) bersepadu yang kali pertama dilancarkan pada tahun 2009. Bandar tersebut juga mempunyai lebih 30 kamera di lokasi-lokasi tumpuan utama.

 

Hari Wanita Antarabangsa

Sempena Hari Wanita Antarabangsa yang lalu, Setia Haruman menerbitkan satu siri video bertajuk ‘Wonder Women of Cyberjaya’ yang menampilkan kisah-kisah wanita daripada latar belakang pekerjaan berbeza yang membawa impak positif kepada bandar tersebut dan penduduknya.

‘Wonder Women’ yang ditampilkan terdiri daripada para pekerja am pejabat, pengurus dan kakitangan kerajaan, hinggalah kepada usahawan, pelajar dan suri rumah.

Mengulas tentang peranan aktif wanita di Cyberjaya, Wendi mengatakan bahawa wanita telah sentiasa berperanan sebagai pendorong utama dalam memacu transformasi Cyberjaya menjadi sebuah bandar progresif seperti hari ini.

“Terdapat kira-kira 60,000 orang wanita tinggal atau bekerja di Cyberjaya dan kesemua mereka adalah juara dalam bidang mereka sendiri. Kita mempunyai golongan ibu sebagai ahli korporat berjaya yang mampu mengimbangi hidup berkerjaya dan berkeluarga, para pegawai penguatkuasa undang-undang wanita yang tidak kenal lelah membantu memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti, serta para pelajar yang bukan sahaja menganggap ia sebagai bandar selama. Bahkan bandar ini juga dianggap sebagai pusat kecemerlangan kreativiti dan pendidikan.”

Jangan lupa, ikuti siri ‘Wonder Women of Cyberjaya’ menerusi Instagram di @setiaharuman dan Facebook di https://www.facebook.com/setiaharuman/.

(Visited 4,665 times, 1 visits today)