Cynthia Bawa Spa Esprit Group Ke Persada Antarabangsa

Cynthia Chua merupakan pengasah dan Ketua Pegawai Eksekutif Spa Esprit Group iaitu jenama konglomerat kecantikan, gaya hidup dan F&B. Pada tahun 2012, beliau telah dianugerahkan Usahawan Pelancongan oleh Singapore Tourism Board dan dikenali sebagai Ratu Gaya Hidup Singapura.

Spa Esprit Group

 

Jom kita kenali lebih lanjut mengenai usahawan wanita muda ini yang berjaya membawa rangkaian Spa Esprit Group  ke seantero dunia dalam satu temu bual eksklusif bersama 123mamanet.com.

 

UNTUK MULA BISNES DI RUMAH, KLIK SINI

 

123Mamanet: Apa yang membuatkan bisnes anda menonjol berbanding yang lain?

Saya sentiasa mahu mengisi jurang dalam pasaran, sama ada untuk jenama, produk atau perkhidmatan. Saya cenderung untuk membuat perkara-perkara yang saya suka tetapi tak ada di pasaran dan saya percaya orang lain pun begitu.

 

Spa Esprit Group 123Mamanet: Apa yang anda lakukan agar pelanggan akan datang kembali?

Perkhidmatan dan produk hebat Spa Esprit Group yang kami tawarkan bersama kreativiti, suasana dan konsep yang selesa, dan perhatian walaupun perkara paling kecil dan rasa penemuan dan pengalaman.

 

123Mamanet: Apakah yang menjadi inspirasi kepada anda untuk menceburi bidang gaya hidup?

Saya mula berjinak dalam pemasaran ketika menyertai dunia korporat dulu dan menyedari  bahawa industri gaya hidup amat dekat dengan saya kerana saya sukakannya dan sesuai dengan jiwa saya. Ia sebati dengan kehidupan saya. Apa yang saya lihat, apa yang saya belajar dan apa yang saya harap agar masyarakat juga menikmatinya, merupakan inspirasi buat saya untuk merealisasikannya.

 

123Mamanet: Mengapa anda fikir penting untuk meraikan dan mengiktiraf usahawan wanita?

Ramai wanita takut dan dibelenggu dengan stigma sosial bahawa ada sesetengah industri tertentu hanya sesuai untuk lelaki. Dengan mengiktiraf dan meraikan kejayaan usahawan wanita, maka akan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk menyertai bidang perniagaan.

 

123Mamanet:Sebagai usahawan wanita, apakah maknanya bagi anda?

Memberi  fokus  tenaga kepada apa yang saya yakin saya boleh capai. Saya tidak endah tentang apa orang lain kata. Saya masih ingat bila saya menceburkan diri dalam industri makanan dan terpaksa bertarung apa yang orang lain fikir. Bahkan ramai yang kata anda tidak akan berjaya!

 

Spa Esprit Group 123Mamanet: Apakah perkara yang paling berharga dengan memiliki perniagaan sendiri?

Saya dapat melakukannya dengan cara saya dan sampai ke setiap tahap dengan cara yang saya rasa betul. Malah ia membuatkan saya rasa bahagia.

 

S7: Di mana anda berharap untuk melihat perniagaan dan komuniti anda dalam tempoh lima tahun akan datang?

Setakat ini, kami mempunyai lebih 100 kedai di 12 bandar seluruh dunia. Saya berharap untuk melihat lebih banyak konsep F & B saya bertapak di bandar-bandar utama seluruh dunia di samping memberi impak positif kepada penduduknya. Singapura adalah contoh terbaik bagaimana Spa Esprit Group bukan sahaja tentang pembukaan kedai baru, tetapi dapat memberikan kesan positif kepada bandar dan penduduknya. Untuk terus melangkau sempadan mengenai bagaimana kita boleh hidup dengan menampilkan konsep yang boleh menggalakkan orang ramai berfikir dan akhirnya dapat membawa perubahan.

 

LIKE & SHARE MAMANET