DASHING DEO PEWANGI SEMBURAN BADAN UNTUK LELAKI

DASHING, jenama produk penjagaan diri  lelaki  kini hadir dengan satu lagi rangkaian produk yang cukup istimewa buat lelaki yang aktif iaitu DASHING DEO+PERFUME body spray.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki, ternyata DASHING memahami sepenuhnya keperluan dan kehendak lelaki masa kini. DASHING DEO + PERFUME body spray tampil dengan variasi aroma hebat dan segar sepanjang hari khusus untuk lelaki.

Jika semburan deodorant biasa hanya mampu bertahan dalam masa dua hingga ke tiga minggu, tetapi DASHING DEO + PERFUME body spray berbeza.

dashing deo

Formulanya adalah 100% deodorant dan sangat menjimatkan kerana dapat bertahan lama. Sebotol DASHING DEO + PERFUME body spray mampu menghasilkan semburan sehingga 880 kali. Bermakna mampu bertahan sehingga 146 hari,  yakni sehingga lima bulan!

Digabungkan Dalam Satu Botol

Produk DASHING DEO + PERFUME body spray ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodorant dan minyak wangi dalam satu botol.

Ianya juga dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, mampu memberikan haruman maskulin yang tahan lama untuk memastikan si dia tampil wangi sepanjang hari.

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DASHING DEO + PERFUME body spray baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

dashing deo

Empat Variasi Bau Memikat

DASHING DEO + PERFUME body spray ini didatangkan dalam empat variasi bau yang memikat.  

HATTRICK

Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK

Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED

Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

•HITMAN

Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING DEO+PERFUME body spray hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada harga RM12.20

Untuk maklumat lanjut layari

https://www.faceboook.com/Dashing.MY/

Atau https://www.instagram.com/dashing_my/

(Visited 3,414 times, 1 visits today)