DERMA365: 365 PENJAGAAN HARIAN UNTUK KULIT SENSITIF ANDA

Guardian Malaysia memperkenalkan penyelesaian untuk kulit yang sensitif iaitu rangkaian derma365 baru Gentle Cleanser dan Gentle Lotion yang sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit kering dan sensitif.

 

Disebabkan oleh faktor persekitaran seperti pencemaran udara, perubahan suhu dari bahagian dalaman yang berhawa dingin kepada keadaan panas dan lembap serta kekurangan penghidratan, menyebabkan kulit menjadi sensitif dan tidak selesa, kering atau merekah.

kulit sensitif

Tentang Derma365

derma365 adalah barisan produk yang terbukti secara klinikal dan dermatologi yang dirumus khas untuk menawarkan penyelesaian kulit sensitif harian untuk anda dan keluarga anda. Kulit yang sihat memerlukan penjagaan yang khusus setiap hari, bukan sahaja sewaktu timbul masalah kulit.

Inilah sebabnya mengapa derma365 Gentle Cleanser dan Gentle Lotion adalah pH-seimbang dan hypoalergenik, untuk melegakan kulit dan melindungi kulit dari persekitaran luaran yang sukar. Semua produk derma365 dirumus agar lembut pada kulit dan diformulasi bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT, paraben, lanolin, bahan-bahan yang berasal dari haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES.

kulit sensitif

derma365 dibangunkan di makmal Baxter dan dibuat di Australia. Pusat Makmal, Penyelidikan & Pembangunan Baxter mempunyai kepakaran kulit dan merupakan penerima anugerah bagi perkembangan teknologi dermatologi. Dengan pengetahuan dan komitmen yang tinggi terhadap keperluan kulit yang unik, semua produk diformulasikan mengikut piagam dan piawaian kualiti yang ketat.

derma365 merupakan gabungan semulajadi dan sains dengan Sensium 2, kompleks pelbagai faedah yang membantu menenangkan dan melindungi kulit sensitif dan kering. derma365 Gentle Cleanser dan Gentle Lotion untuk semua jenis kulit menggabungkan organik Koloidal Oatmeal dan Trimethylglycine yang membantu mempromosikan lapisan perlindungan kulit dan melindungi dari persekitaran luaran yang mencabar.

kulit

Trimethylglycine membantu untuk mengawal keseimbangan air di dalam kulit dan membantu untuk melindungi daripada dehidrasi untuk kulit yang lembut dan licin. Koloidal Oatmeal telah digunakan berabad lamanya sebagai agen penenang untuk menghalang daripada dehidrasi.

Kepekatan tinggi kanji dan hidrokolloid β-D-glucan membentuk penghalang air yang mengikat air secara eksklusif bagi memegang kelembapan pada kulit. Ia juga bertindak sebagai sistem penampan, membantu mengembalikan pH normal kulit.

Untuk hasil yang terbaik, pengguna dinasihatkan mandi menggunakan air suam dengan derma365 Gentle Cleanser, diikuti dengan penggunaan derma365 Gentle Lotion untuk melembapkan kulit.

kulit sensitif

Alfonso Roderos, Pengarah Own Brand, The Dairy Farm Company berkata, “Oleh kerana ramai orang yang mengalami kulit sensitif, maka kami mencipta produk yang mampu dimiliki yang boleh melegakan serta melindungi kulit daripada persekitaran luaran yang mencabar. derma365 mahu memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati kulit yang lebih sihat dengan menawarkan produk yang berbeza dan inovatif yang dirumuskan oleh makmal Baxter. ”

Antoinette Lasjunies, Ketua Penjagaan Peribadi, Own Brand, Kesihatan & Kecantikan, Kumpulan Dairy Farm menjelaskan bahawa gabungan alam dan sains dalam rangkaian derma365 menawarkan pilihan pembersih dan pelembap yang lebih lembut berbanding dengan rutin menjagaan kulit yang mengeringkan atau meyebabkan liang-liang pori tersumbat.

 

Semua produk derma365 dirumus menjadi lembut pada kulit dan formulasi bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT, parabens, lanolin, bahan-bahan dari sumber haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES.

kulit

derma365 Gentle Cleanser

Formula yang lembut, pH seimbang dan hypolergenik, diuji secara klinikal dan terbukti secara dermatologi, khusus untuk pembersihan dan pelembapan harian. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan kering, untuk kedua-dua muka dan badan. Ia membersihkan dan menenangkan kulit kering serta membantu mempromosikan perlindungan kulit dari persekitaran luaran. Rumusan ini bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT dan parabens, juga “non-comedogenic” yang tidak akan menyumbat liang-liang pori. Harga RM48.90 untuk 500ml derma365 Gentle Cleanser boleh didapati secara eksklusif di Guardian.

derma365 Gentle Lotion

Formula pH-seimbang dan Hypoalergenik, diuji secara klinikal dan terbukti secara dermatologi, khusus didedikasikan untuk pelembapan harian. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan kering, untuk kedua-dua muka dan badan. Ia melembapkan kulit dan membantu mencegah dehidrasi untuk kulit lembut dan licin. Ia melegakan kulit kering dan membantu mempromosikan perlindungan kulit dari persekitaran luaran.

Losyen ini mudah disapu diserap dengan cepat dan tidak berminyak. Perumusan itu bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT dan parabens, juga “non-comedogenic” yang tidak akan menyumbat liang-liang pori.  Harga RM34.90 untuk 200ml derma365 Gentle Lotion boleh didapati secara eksklusif di Guardian.

 

derma365 boleh didapati secara eksklusif di Guardian bermula March 2018. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.derma365.com/.