DIET KURUS LEPAS RAYA. WAJIB CUBA, 7 CARA INI. CONFIRM BERKESAN!

SELEPAS RAYA NI TENTU RAMAI YANG MERASAKAN BERAT BADANNYA MELONJAK NAIK. BAGAI DIPAM-PAM! BANYAK TIP DIET KURUS, TAPI KUNCI SUKSES TURUNKAN BERAT BADAN YANG SEBENARNYA ADALAH KONSISTEN DAN DISIPLIN.

 

Sekalipun ingin kurus dengan cepat, tetapi kita tetap perlu memastikan keperluan zat yang seimbang dalam badan. Kalau diet kurus kita tidak tepat, silap hari bulan berat badan kita akan bertambah naik dan lemak pun semakin bertambah!

 

Apa yang penting, adalah kurangkan porsi makanan dan kombinasikan menu, nescaya tubuh anda akan langsing dan sihat. Pastikan juga anda mendapatkan karbohidrat, protein dan lemak secukupnya.

 Diet Kurus

 

BERIKUT BEBERAPA CARA DIET KURUS YANG BOLEH DIPRAKTIK BAGI MENDAPATKAN TUBUH  KEMBALI LANGSING

 

  1. LAKUKAN SENAMAN RINGAN DI TEMPAT TIDUR

Lakukan sedikit regangan badan sebaik sahaja kita bangkit daripada tidur. Senaman ringan ini akan membantu badan menjadi lebih relaks dan mengembalikan posisi saluran penghadaman kita.

 

Buat regangan yang sederhana dan ringkas. Misalnya, rapatkan kedua-dua lutut ke perut dan dakap untuk beberapa saat.

Diet Kurus

 

  1. MINUM SEGELAS AIR MASAK

Minum segelas air masak sebaik saja kita bangun daripada tidur. Ia baik untuk melancarkan sistem penghadaman.

Pastikan juga kita  mendapat bekalan air yang secukupnya dalam badan iaitu lapan gelas setiap hari.

Diet Kurus

 

  1. SARAPAN BERKHASIAT

Sarapan yang baik adalah sarapan yang mengambil 25 % daripada porsi makanan kita setiap hari.

 

Menu yang kita pilih untuk bersarapan perlu seimbang antara protein dan karbohidrat supaya badan kita tidak cepat letih dan mengantuk sewaktu bekerja atau melakukan aktiviti.

 

Makanan tinggi protein seperti telur dan kacang-kacangan mampu menghancurkan lemak serta memperbaiki otot massa kita.

 

Di samping itu, elok kita menikmati sesuatu yang berasaskan yogurt kerana ia mengandungi probiotik yang sangat baik untuk sistem penghadaman.

Diet Kurus

 

  1. MAKAN TENGAHARI

Portion makan tengahari adalah yang paling besar, iaitu sekitar 35 – 45 % daripada keseluruhan diet  kurus  sehari.

 

Menu yang disarankan adalah yang lengkap khasiatnya seperti nasi, ayam/ daging, tauhu/ tempe dan sayur. Sebaiknya lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan serat.

 

Selain itu, kurangkan makanan berminyak, berlemak dan juga bersantan kerana kolesterolnya tinggi. Di samping itu, elakan pengambilan sayur-sayuran yang merangsang gas seperti brokoli.

Diet Kurus

 

  1. MINUM PETANG

Untuk kekal segar dan merangsang otak agar sentiasa cerdas, makan sedikit kudapan seperti kacang almond atau buah-buahan.

 

Menikmati smoothie buah-buahan seperti epal yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang menjaga bentuk tubuh agar kekal langsing. Elakkan makan makanan yang bergoreng.

 

 

Untuk mengelak lapar pada waktu petang, semangkuk sup sudah mencukupi untuk alas perut. Kandungan sup yang berasaskan air akan memudahkan proses penghadaman.

diet kurus

 

  1. MAKAN MALAM

Untuk menjaga tubuh agar kekal ideal, pastikan anda makan malam sebelum pukul 7 malam. Porsi yang diperlukan adalah sekitar 20 – 25 % daripada keseluruhan diet sehari. Menu yang disarankan adalah nasi, ikan rebus dan sayur.

 

Hindari makan terlalu banyak pada waktu makan malam dan elakkan makanan yang berkolesterol tinggi seperti burger, makanan ringan, atau makanan laut.

Diet Kurus

 

  1. SEBELUM TIDUR

Segelas air kosong atau teh herba sudah mencukupi sebagai hidangan ringan sebelum tidur.

Ia akan merangsang sistem penghadaman agar terus bekerja sepanjang malam selain membersihkan sisa-sisa makanan dalam tubuh pada pagi hari.

Diet Kurus

Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel diet kurus ini untuk mengekalkan bentuk badan langsing.