AYAMAS KITCHEN PERKENAL 10 JENIS DIM SUM HALAL SEJUK BEKU

QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), memperkenalkan produk Dim Sum halal sejuk beku di bawah jenama Ayamas Kitchen dengan 10 jenis pilihan. Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd, Adi Wira Abd Razak berkata, pihaknya juga menyasarkan jualan lebih RM3 juta bagi produk itu menjelang 2019. Produk dim sum ini akan berada di pasar raya Giant seluruh negara.

“Produk Dim Sum ini juga boleh didapati di 48 Kedai Ayamas di seluruh negara dan kami akan menambah rangkaian pasar raya yang akan menjual Dim Sum Ayamas Kitchen. Produk kami diperbuat daripada bahan segar dan dibungkus secara berkualiti dengan menggunakan teknologi terkini supaya pelanggan kami dapat memastikan ia 100 peratus selamat untuk dinikmati,” katanya di majlis pelancaran Dim Sum Ayamas Kitchen baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi QSR Brands, Rafiq Moosa dan Timbalan Pengurus Besar QSR Trading, Ho Su Shiang.

dim sum halal

Encik Adi Wira Abd Razak, Encik Rafiq Moosa,dan Encik, Ho Su Shiang menunjukkan sepuluh Dim Sum Halal Sejuk Beku Ayamas Kitchen ketika majlis pelancaran.

Nasi Pulut Ayam Daun Teratai Antara Dim Sum Istimewa Dalam Pasaran

Ayamas Kitchen ini menawarkan 10 jenis Dim Sum di pasaran iaitu ayam dan udang, hakao udang, dumpling udang, nasi pulut ayam daun teratai, kari ayam, kek lobak bersama udang kering, pau ayam barbeku, tauhu gulung ayam dan ikan serta pek kombo.

“Produk kami diperbuat daripada bahan-bahan segar dan dibungkus secara berkualiti dengan menggunakan teknologi dan peralatan terkini supaya para pelanggan kami dapat memastikan ianya 100% selamat untuk dinikmati.

dim sum halal

Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen amat mudah untuk dinikmati. Pelbagai cara untuk menyediakannya, bergantung kepada jenis Dim Sum itu. Ia boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Untuk rasa yang terbaik, saya syorkan ianya dikukus secara tradisional. Dim Sum Ayamas Kitchen juga enak dicicah dengan sos cili Ayamas dan Sos Hoisin jenama Life,” kata Adi Wira Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif, QSR Brands (M) Holdings Bhd.

DIM SUM HALAL

DIM SUM HALAL

“Produk Dim Sum sejuk beku ini memberikan kepuasan kepada mereka yang ingin menikmati hidangan ini tetapi tidak berkesempatan untuk menyediakannya dengan cara konvensional. Selain hotel lima bintang, tidak banyak restoran halal yang menghidangkan dim sum halal. Dim Sum halal keluaran Ayamas Kitchen memudahkan mereka yang beragama Islam untuk menikmati hidangan ini di rumah.

Produk ini disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), antara badan pensijilan yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dim Sum Ayamas Kitchen dijual bermula dari RM10.59 sehingga RM13.39 sepeket.

Adi Wira berkata, tahun depan pihaknya akan memberi fokus untuk memasarkan Dim Sum Ayamas Kitchen di pasaran tempatan sebelum meneroka peluang di luar negara.

“Kami akan mempelbagaikan lagi barisan produk dan kami sentiasa meneroka peluang untuk meluaskan lagi pemasaran produk Ayamas Kitchen ini,” katanya.

5 Jenis Dim Sum Kini Di Pasaraya Giant

Lima daripada sepuluh jenis Dim Sum ini kini boleh didapati di pasaraya Giant di seluruh negara iaitu Ayamas Kitchen Hakao Udang (160g) yang dijual pada harga RM 13.39 sepaket, Ayamas Kitchen Dim Sum Ayam & Udang (160g) pada RM10.59 sepaket, Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g) pada RM11.29 sepaket, Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) pada RM11.99 sepaket, dan Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Sum (160g) pada RM12.79 sepaket.

DIM SUM HALAL

 

 

Team Mamanet dah cuba hampir kesemuanya dan pastilah yang paling digemari ialah Nasi Pulut Ayam Daun Teratai yang sememangnya sukar dicari yang halal. Nah, tunggu apa lagi. Jom kita ke Ayamas atau Giant!

Pelbagai Acara Menarik Untuk Blogger dan Media

Memang tidak sah kalau tidak ada permainan dan pertandingan ketika Parti dan Majlis Pelancaran Dim Sum Halal Sejuk Beku Ayamas Kitchen.  Antara pertandingan yang diadakan ialah membuat dimsum dan makan dim sum. Memang seronok dan meriah!

This slideshow requires JavaScript.

 

Untuk maklumat lanjut layari:

www.instagram.com/kedai_ayamas
www.facebook.com/AyamasRoasters
www.ayamas.com.my

 

 

(Visited 5,143 times, 1 visits today)