5 PUNCA KITA MUDAH DISERANG SAKIT GASTRIK

PERNAH DISERANG SAKIT GASTRIK? LEBIH-LEBIH LAGI KALAU KITA JENIS YANG KURANG MENJAGA WAKTU MAKAN.

 

Penyakit atau sakit gastrik ini terjadi apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk menghadamkan makanan.

 

Ketika perut kita terasa lapar atau badan memerlukan makanan, perut akan mengeluarkan asid gastrik. Jika perut kita kosong atau tidak terdapat makanan, maka asid tersebut akan mengikis dinding permukaan dalam perut. Lama kelamaan dinding perut menjadi semakin nipis dan terjadilah sakit gastrik.

sakit gastrik

BERIKUT BEBERAPA PERKARA YANG BOLEH MENGUNDANG  ATAU MENJADI PUNCA SAKIT GASTRIK:

 

  1. MAKANAN PEDAS

Biasanya jika kita ‘hantu’ cili, kita lebih cenderung mendapat sakit gastrik asid.

 

Ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Inilah yang menyebabkan kenapa kita menjadi lebih berselera dan makan banyak apabila terdapat lauk yang pedas.

sakit gastrik

 

  1. MAKAN TAK MENENTU MASA

Selama ini kita jarang bersarapan, dan makan pada waktu tengahari sahaja. Tak pun kita hanya akan makan ketika perut kita betul-betul lapar sahaja.

 

Cara makan yang tidak teratur juga boleh mengundang sakit gastrik. Jadi, cubalah atur gaya makanan kita dengan sebaik mungkin. Pastikan juga segala apa yang kita makan itu memenuhi nutrisi keperluan tubuh kita.

sakit gastrik

 

  1. PENGAMBILAN KOPI SECARA BERLEBIHAN

Kopi mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang boleh menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif.

 

Walaupun minuman ini mampu menenangkan, tetapi jika diambil secara berlebihan terutama tanpa makan nasi, lama-kelamaan boleh mengundang sakit gastrik.

sakit gastrik

  1. MAKANAN YANG MENGANDUNGI GAS

Selain minuman bersoda, makanan yang mengandungi gas seperti buah langsat, ubi kayu, jering dan petai juga boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik.

 

Makanan ini akan membuatkan perut kita menjadi kembung sehingga menyebabkan jus gastrik meningkat naik.

sakit gastrik

  1. MEMAKAI PAKAIAN YANG TERLALU KETAT

Memakai pakaian yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan kita diserang penyakit gastrik. Menggunakan pakaian ketat terutama di bahagina perut boleh menyebabkan makanan terdorong naik dan berisiko terkena sakit gastik ini.

sakit gastrik

 

Itulah beberapa penyebab sakit gastrik yang perlu kita ketahui. Untuk menghindari atau mencegahnya, kita boleh menghindari penyebabnya seperti di atas.

 

Mungkin pada peringkat awal penyakit ini tidak begitu berbahaya, tetapi jika tidak dicegah boleh menjadi lebih parah.

 

Sekiranya kita sering mengalami rasa sakit di pangkal ulu hati, kerap terasa mual, perut kembung, muntah-muntah, ini bermakna kita sebenarnya mengalami tanda-tanda sakit gastrik.

 

Sebaiknya, jangan pandang ringan terhadap penyakit ini kerana ia boleh mengundang maut!