DAPATKAN DISKAUN HEBAT LAMPIN BAYI PAMPERS DI LAZADA HARI INI!

Berita baik buat anda yang mempunyai anak kecil, jangan lepaskan peluang untuk memiliki diskaun sehingga 30% kerana Pampers kini kembali ke Malaysia secara eksklusif di Lazada, dengan Super Brand Day pada hari ini, 29 Ogos, 2018

Kategori Ibu dan Bayi telah mengalami pertumbuhan ketara sejak diperkenalkan, dengan produk untuk bayi dan kanak-kanak, khususnya lampin kekal sebagai produk terlaris di platform e-dagang tersebut.

Lampin bayi sentiasa mencatatkan kadar pembelian semula yang tinggi di Lazada kerana para ibu moden yang sibuk lebih gemar membuat pembelian dalam talian serta melalui aplikasi mudah alih, supaya mereka dapat meluangkan lebih masa bersama si manja.

pampers

Lazada Super Brand Day Raikan Si Manja dengan Pampers!

Sherry Tan, Ketua Pegawai Komersil, Lazada Malaysia berkata, “Kami berasa amat teruja apabila Pampers memilih untuk bekerjasama secara eksklusif dengan Lazada. Keputusan Pampers untuk kembali ke Malaysia merupakan satu perkara yang amat signifikan, kerana ia telah lama dikaitkan dengan lampin bayi.”

Tambahnya, “Lebih-lebih lagi, “Pampers” adalah  antara kata kunci yang sering digunakan dalam pencarian mereka di Lazada. Kerjasama ini mencerminkan perkembangan pesat perniagaan kami di Malaysia serta kawasan serantau, yang melihat lebih ramai pengguna memilih Lazada sebagai platform beli-belah mereka.”

Brandon Lim, Pengurus Jenama Pampers Malaysia berkata, “Sebagai jenama lampin No.1 di dunia, Pampers diyakini berjuta para ibu di seluruh dunia. Kami memberi janji untuk menjadi teman yang boleh dipercayai para ibu. Kami sedar bahawa antara masalah paling besar yang dihadapi si ibu adalah lampin yang basah dan kotor, kerana ia menjejaskan kemampuan si manja untuk bergerak dan belajar dari persekitaran mereka.

Oleh itu, kami telah melancarkan inovasinya yang paling premium iaitu Pampers kami yang dibuat di Jepun dilengkapkan dengan teknologi “Magical Pods” kami yang tersendiri. Ia bukan sahaja memastikan kekeringan sehingga 12 jam, malah ia bersifat nipis, ringan dan tiada kelembapan walaupun aktif sepanjang hari; sekaligus membolehkan si manja berasa selesa selalu.

Pampers Super Brand Day merupakan sebahagian daripada misi kami untuk memupuk bayi generasi seterusnya agar sentiasa riang dan sihat. Melihat kepada kehadirannya yang amat luas di Asia Tenggara, Lazada sememangnya rakan kerjasama yang terbaik untuk merealisasikan visi kami ini.”

Pampers telah menyediakan siri tawaran eksklusif untuk Super Brand Day, iaitu satu acara beli-belah 24 jam yang berlangsung hanya pada 29 Ogos. Nikmatilah diskaun sehingga 30% untuk produk Pampers, yang akan dihantar secara percuma ke kediaman anda.

Alami pelbagai tawaran hebat dan teruskan pengalaman Pampers anda bersama si manja di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Super Brand Day, layari www.lazada.com.my dan laman-laman media sosialnya.

Facebook: https://www.facebook.com/LazadaMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/lazada_my/

Twitter: https://twitter.com/LazadaMY

Atau layari Pampers.my dan Facebook: https://www.facebook.com/PampersMY/