DRESSING PAULA LANCAR KEDAI UTAMA PERTAMA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Dressing Paula, sebuah label fesyen terkemuka tempatan yang memenuhi segenap cita rasa gaya wanita Malaysia sejak tahun 2010, melancarkan kedai utama pertama di Pavilion Kuala Lumpur (KL) pada 4 Oktober 2017 lalu. Dengan rekaan dalaman yang sofistikated dan moden, kedai utama tersebut bertujuan untuk mempertingkatkan pengalaman beli-belah pelanggan sementara memberi kepuasan gaya kepada wanita bandar zaman ini.

 

Sebagai perintis label fesyen tempatan, Dressing Paula telah memperluaskan kehadirannya menerusi pembukaan 14 buah butik di seluruh negara dan memperkenalkan kedai utama pertama di Pavilion. Dipacu oleh semangat untuk menghasilkan gaya yang anggun, Dressing Paula telah meraih reputasi untuk menghasilkan pakaian berpotongan signatur dengan kelainan bagi wanita yang mencari penampilan kontemporari tetapi masih praktikal pada harga yang mampu milik.

 

“Tidak dinafikan bahawa fesyen merupakan sebuah industri yang pantas bergerak. Kami memahami bahawa jangkaan pelanggan dan trend fesyen sentiasa berubah pada setiap musim, namun demikian gaya tidak. Sehubungan itu, di Dressing Paula, kami sentiasa meneroka cara untuk menerapkan rekaan yang kontemporari, praktikal dan memberikan gaya versatil kepada para pelanggan kami. Visi ini tidak hanya digambarkan melalui rangkaian koleksi kami tetapi juga menerusi rekaan dan hiasan gedung utama yang baharu ini,” kata Kay Chow, Pengarah Kreatif Jenama Dressing Paula.

 

Bersempena pelancaran butik terbaharu label fesyen berkenaan, Pengasas Bersama Lean In Malaysia, Sarah Chen, telah mengendalikan sebuah dialog menarik dengan Pengarah Kreatif Jenama Dressing Paula, Kay Chow; pelakon, Sarah Lian dan usahawan, Raeesa Sya tentang bagaimana wanita boleh mendidik dan membantu satu sama lain dalam dunia hari ini. Sesi tersebut diadakan bagi meraikan kehidupan wanita moden dan sofistikated semasa.

dressing paula

 

Dressing Paula Anjur Pameran Fotografi Eksklusif

Jenama tersebut memaparkan arah jenama baharu Dressing Paula menerusi pameran fotografi eksklusif selama sebulan dengan kerjasama tiga wanita tempatan yang berjaya – Fashionista, Cherrie Mun; Pelakon, Sarah Lian dan Raeesa Sya – setiap daripada mereka menampilan wanita-wanita berbeza dalam dunia hari ini.

 

Kay menambah, “Kami ingin memaparkan ciri-ciri versatil dan praktikal pakaian kami, maka kami memutuskan untuk menjalin usaha sama dengan ketiga-tiga wanita ini yang setiap daripada mereka menjalani kehidupan yang amat berbeza.

 

Dengan interpretasi diri masing-masing, mereka berjaya menyerlahkan elemen-elemen moden dan sofistikated dalam diri mereka dan ini dipaparkan menerusi pameran fotografi ini. Adalah amat menggembirakan dan menggalakkan untuk melihat bagaimana wanita-wanita ini menjalani kehidupan penuh kejayaan dan terus menjadikan diri mereka relevan dengan penuh gaya – perkara ini bagi saya merupakan sofistikasi dalam dunia moden.”

 

Dipaparkan bersama konsep baharu dan pameran fotografi berkenaan ialah koleksi terbaharu Dressing Paula yang menampilkan rekaan-rekaan moden, fabrik halus dan warna-warna berani – kesemuanya berpadanan dengan potongan klasik. Koleksi yang dipilih rapi itu merangkumi rekaan bergaya chic dan siluet sehingga yang berani, seterusnya menjadikannya sesuai digayakan dari pagi ke malam dan bersesuaian dengan kebanyakan wanita.

dressing paula

Kedai utama baharu Dressing Paula meliputi keluasan ruang lebih 1,700 kaki persegi dengan rekaan dalaman yang ringkas dan bersih yang seiring dengan arah baharu jenama tersebut yang berhasrat untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.

 

Gedung utama berkenaan terletak di Pavilion KL (Lot 05-14, Aras 5) dan dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi sehingga 10 malam, Isnin ke Ahad. Harga bagi koleksi Dressing Paula bermula daripada RM89.90. Pelanggan boleh mendapatkan rangkaian tersebut di mana-mana 14 butiknya di seluruh negara.

 

laman web: dressingpaula.com

Instagram: dressingpaula

Facebook: dressingpaula

BACA: TAMPIL LEBIH STYLISH DENGAN HITAM PUTIH