DUTCH LADY KINI LEBIH TINGGI RUMUSAN DHA

Memberikan tahap nutrisi yang lebih tinggi untuk kanak-kanak, Dutch Lady Malaysia kini menawarkan tahap DHA (asid docosahexaenoic) tertinggi dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dalam pek baharunya.

 

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Encik Tarang Gupta sewaktu pelancaran tempohari, syarikat itu sentiasa membuat penambahbaikan terhadap produk dan bertanggungjawab membentuk kategori pasaran susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia.

 

“Sejak diasaskan di Malaysia lebih 55 tahun yang lalu, syarikat kami berkomited untuk membekalkan nutrisi menerusi produk tenusu yang dipercayai. Seiring itu, kami telah berjaya membawakan beberapa kemajuan dalam kategori nutrisi kanak-kanak. Malah, kami yang mula-mula memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak kepada para ibu di Malaysia pada 1988. Kami juga merupakan yang pertama dalam memperkenalkan rumusan ‘0% sukrosa atau kurang sukrosa’ dalam produk kami pada 2012 bagi menangani kebimbangan terhadap penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases; iaitu NCD) di Malaysia,” jelas Gupta.

 

“Hari ini, kami amat bangga kerana mengecapi pencapaian baru dalam kategori susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan kandungan DHA tertinggi2 dalam setiap gelas susu Dutch Lady 123. Kami menyedari bahawa tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan tempoh perkembangan kognitif, emosi dan sosial yang penting; dan ramai ibu bapa memahami kepentingan asid docosahexaenoic atau DHA sebagai nutrien yang menyokong perkembangan kanak-kanak. Dutch Lady 123 juga mengandungi kandungan  nutrien yang lebih tinggi3 untuk protein, vitamin D3,  vitamin C  (dan lebih lagi) yang penting buat kanak-kanak yang sedang membesar,” tambah beliau lagi.

dutch lady

Susu Dutch Lady Bekal DHA Untuk Perkembangan Otak

Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia Ashlee Ng, turut menjelaskan kepentingan untuk mempunyai kandungan DHA yang tinggi dalam susu kanak-kanak. Katanya, “60% daripada otak terdiri daripada lemak dan salah satu jenis lemak paling penting adalah DHA atau asid docosahexaenoic4 yang membantu perkembangan otak kanak-kanak. DHA adalah seperti blok bangunan untuk otak dan kepentingannya lebih jelas untuk kanak-kanak, kerana otak mereka berkembang dengan pesat.”

 

“Bagi kanak-kanak yang berumur satu hingga lima tahun5, otak mereka berkembang pesat sehingga 90%. Kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan DHA memberi manfaat kepada keupayaan kognitif atau proses pemikiran, tingkah laku6 dan tahap fokus7 kanak-kanak. Oleh itu adalah penting bagi ibu bapa untuk menyediakan DHA dalam diet harian kanak-kanak untuk menyokong perkembangan otak mereka,” kata Ashlee.

 

Ashlee menekankan bahawa walaupun DHA banyak dalam ikan berlemak, ia mungkin tidak mudah didapati atau ditambah dalam diet anak anda setiap hari untuk memastikan DHA diserap dalam sistem kanak-kanak dengan sepenuhnya. Namun, ini bukan masalah bagi susu rumusan yang biasanya diminum setiap hari oleh kanak-kanak Malaysia, terutamanya yang berumur antara 1 hingga 3 tahun,” katanya.

 

“Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady juga mengandungi protein dan 20 jenis vitamin dan pelbagai mineral. Selain itu, rumusan ini mempunyai ‘0% sukrosa atau kurang sukrosa’, bagi membantu mengekalkan berat badan yang sihat,” tambahnya lagi.

 

“Dengan setiap ringgit yang dibelanjakan oleh para ibu Malaysia untuk mendapatkan Dutch Lady 123, bukan sahaja mereka mendapat tahap DHA tertinggi2, tetapi juga nilai nutrien yang lebih tinggi3 – contohnya, lebih kurang 44% lebih protein, 70% lebih vitamin D3, 150% lebih vitamin C dan lebih banyak lagi berbanding produk jenama lain dalam lingkungan harga yang sama. Kami berharap dapat memberikan nilai terbaik kepada para pengguna Dutch Lady, ” kata Ng.

 

Bersetuju bahawa DHA membantu membina asas perkembangan otak seseorang kanak-kanak berumur satu hingga lima, Dr. Yong Junina, dijemput sebagai tetamu khas untuk berkongsi kepada ibu bapa cara-cara untuk merangsangkan perkembangan kognitif anak.

 

Perunding pediatrik dan pakar kardiologi pediatrik yang juga menjalankan penilaian perkembangan menggunakan Skala Perkembangan Mental Griffith, menggalakkan ibu bapa untuk memupuk kebijaksanaan anak melalui permainan blok binaan, yang membolehkan kanak-kanak meluaskan daya imaginasi mereka dan membina atau mencipta tanpa sebarang sekatan. Mereka juga dapat menggunakan kemahiran memadan, mengira dan mengasing.

 

“Lebih baik lagi sekiranya ibu bapa juga boleh menyertai anak-anak dan menggabungkan sesi membina blok dengan waktu untuk bercerita. Aktiviti sebegini akan memacu kreativiti dan daya pemikiran mencapah serta kemahiran sosial dan bahasa,” kata Dr. Junina.

dutch lady

Scha Alyahya dan Lara Alana, pasangan selebriti ibu dan anak, juga sebagai duta jenama bagi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady turut hadir di hari pelancaran itu.

 

“Saya gembira melihat anak saya, Lara membesar dan menjadi lebih bijak dan lebih sihat setiap hari. Dutch Ladymerupakan satu-satunya jenama yang saya percayai untuk memberikan nutrisi yang berkualiti serta selamat untuk anak saya. Saya juga gembira melihat anak saya menikmati susu kegemarannya yang turut memupuk kebijaksanaan Lara,” kata Scha.

 

Besarkanlah anak yang bijak dan sihat hari ini dengan nutrisi yang berkhasiat daripada Dutch Lady! Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ dengan 5X DHA boleh didapati di semua pasaraya besar dan kedai-kedai di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my