BAWA PULANG BARAKAH, ELAK MUDARAT MENINGOKOKUS INVASIF

SERAMAI LEBIH 30,000 ORANG RAKYAT MALAYSIA DIJANGKA MENUNAIKAN IBADAH HAJI DI MEKAH PADA TAHUN INII. MALANGNYA, KESESAKAN DENGAN JUTAAN JEMAAH DARI SELURUH DUNIA BOLEH MENINGKATKAN RISIKO MEREKA MENDAPAT JANGKITAN YANG BOLEH MEMBAWA MAUT SEPERTI WABAK PENYAKIT MENINGOKOKUS INVASIF (IMD).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal program Immunise4Life (IFL), Datuk Professor Dr Zulkifli Ismail, IMD boleh berjangkit daripada individu kepada individu lain menerusi titisan cecair daripada saluran pernafasan yang keluar semasa batuk, selesema atau bersin, terutama ketika berada dalam jarak yang dekatii.

Beliau kemudian menerangkan bahawa penyakit itu mengakibatkan kadar kematian sekitar 10%-15% di kalangan mereka yang terkena jangkitannya. Di kalangan pesakit yang sembuh pula, ramai yang mengalami kecacatan kekal seperti hilang anggota badan, pekak, masalah pada sistem saraf atau kerosakan otak.

MENINGOKOKUS INVASIF

Datuk Professor Dr Zulkifli Ismail

“Kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan semua jemaah haji supaya mendapatkan vaksin untuk mencegah IMDiv. Namun, adalah penting untuk kita memahami mengapa langkah ini diambil.

“Sebab itulah program Immunise4Life telah bekerjasama dengan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) dan GlaxoSmithKline (GSK) Pharmaceutical Sdn Bhd Malaysia untuk melancarkan kempen ‘Bawa Pulang Barakah, Elak Mudharat’ ini.

“Kempen ini akan disampaikan menerusi pelbagai bentuk platform pendidikan termasuklah video dalam talian, risalah informatif, poster-poster klinik dan pos-pos di laman Facebook www.facebook.com/immunise4life.”

MENINGOKOKUS INVASIF

Gambar dari kiri ke kanan – Dato’ Professor Dr Abdul Razak Abdul Muttalif, Pakar Perunding Kanan Respiratori, Datuk Professor Dr Zulkifli Ismail, Pengerusi Jawatan Kuasa Teknikal Immunise4Life, Dr Jeffrey Abu Hassan, Presiden, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) dan En. Ramil Burden, Naib Presiden dan Pengurus Besar, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd Malaysia.

SEBANYAK 135,000 KEMATIAN SETIAP TAHUN ADA KAITAN DENGAN MENINGOKOKUS INVASIF

Naib Presiden dan Pengurus Besar GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd Malaysia (GSK), Ramil Burden, menjelaskan komitmen syarikat ke atas kempen tersebut.

“Sebagai salah satu pengeluar dan pembuat vaksin yang inovatif terbesar di dunia, kami berbangga untuk meneruskan sokongan kami kepada IFL untuk melindungi jemaah haji dan mereka yang tersayang daripada wabak meningokokus ini.”

MENINGOKOKUS INVASIF

Ramil Burden

Bekas Ketua Pasukan Perubatan Tabung Haji, Dato’ Professor Dr Abdul Razak Abdul Muttalif, menjelaskan bahawa kira-kira 135,000 kematian di seluruh dunia mempunyai kaitan dengan penyakit meningokokus invasif setiap tahun. Di negara-negara yang mempunyai masalah penyakit endemik yang tinggi, ia boleh menjadi beban yang serius kepada sistem kesihatan awam.

Perunding kanan respiratori ini juga berkata, “Wabak IMD disebabkan oleh bakteria Neisseria meningitidis. Ia boleh mengakibatkan meningitis, satu bentuk jangkitan serius ke atas meninges (membran yang menyelaputi otak dan saraf tunjang). Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kerosakan otak yang teruk dan kematian bagi 50% kes. Bakteria itu juga boleh mengakibatkan masalah sepsis (jangkitan darah), pneumonia (radang paru-paru) dan jangkitan-jangkitan lain.”

Dato’ Razak menegaskan bahawa vaksinasi merupakan cara yang berkesan untuk membantu mencegah penyakit meningokokus. Jemaah haji mempunyai dua pilihan vaksin iaitu meningokokus polisakarida dan vaksin meningokokus konjugat.

MENINGOKOKUS INVASIF

Dato’ Professor Dr Abdul Razak Abdul Muttalif

Vaksin meningokokus polisakarida dihasilkan daripada polisakarida (molekul-molekul gula) daripada permukaan bakteria meningokokus. Tindak balas antibodi ke atas vaksin polisakarida bergantung kepada usia.

Walaupun vaksin ini dilaporkan sangat berkesan ke atas golongan dewasa, namun ia memberi perlindungan yang amat sedikit atau jangka pendek untuk bayi dan kanak-kanak pra-sekolah.

 

VAKSIN KONJUGAT KURANGKAN PENWABAKAN BAKTERIA DALAM HIDUNG DAN TEKAK

Bagi vaksin meningokokus konjugat pula, polisakarida digabungkan secara kimia (berkonjugat) dengan protein yang mengubah aspek imunologi dan meningkatkan keupayaan untuk memangkin tindak balas imun di dalam badan. Vaksin konjugat efektif untuk orang dewasa dan berkesan melindungi kanak-kanak kerana ia menawarkan tindak balas imun yang lebih tinggi dan mapan.

Kelebihan unik vaksin konjugat ialah ia mampu mengurangkan penwabakan bakteria di dalam hidung dan tekak sekaligus melindungi jemaah yang menerima vaksin dan mereka yang tersayang.

Pelancaran kempen ‘Bawa Pulang Barakah, Elak Mudharat’ dirasmikan oleh Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Dr Jeffrey Abu Hassan.

Katanya, “Jemaah haji seharusnya berazam untuk pulang ke rumah dalam keadaan yang kuat dari segi spiritual dan fizikalnya serta ibadah haji yang diterima oleh Allah swt. Mereka perlu mengelak daripada dijangkiti atau menjadi pembawa bakteria meningokokus dengan mendapatkan vaksin meningokokus.”

“Kami berharap dapat melindungi jemaah haji dalam perjalanan suci ini dan melindungi mereka yang tersayang,” tambahnya lagi.

 

MENINGOKOKUS INVASIF

Dr Jeffrey Abu Hassan