ENERGIZER® SHOP IN THE DARK 2018 TAWAR HADIAH HINGGA RM120 RIBU

Kempen Energizer® Shop In The Dark sudah kembali. Persiapkan troli beli-belah anda dan kekal bertenaga! Rebut peluang untuk menjadi salah seorang daripada sepuluh (10) peserta untuk memenangi hadiah beli-belah bernilai sehingga RM12,000 seorang.

 

Energizer®, salah satu daripada pengeluar bateri utama terbesar di dunia dan Pembuat Bateri Paling Tahan Lama Di Dunia melancarkan Energizer® Shop In The Dark 2018 dengan mengembalikan pertandingan popular ini untuk tahun ke tiga – kini lebih besar dan lebih baik!

 

“Berikutan maklum balas mengujakan serta penyertaan yang memberangsangkan daripada orang awam bagi kempen Energizer® Shop In The Dark yang telah dianjurkan sejak dua tahun lalu memberi motivasi kepada kami untuk mengembalikannya untuk tahun ketiga, tetapi dengan menjadikannya lebih mengujakan!” Kata Aaron Abner Ang, Pengurus Besar Kanan – Malaysia, Singapore & Indonesia, Energizer® Holdings Inc.

 

Beliau menambah, “Kami menawarkan hadiah yang lebih besar dan memperkenalkan lebih banyak cara untuk menyertai pertandingan pada tahun ini, jadi jangan lepaskan peluang anda! Kami menjadikan siri jelajah dan cabaran Realiti Maya kami di siri jelajah ini lebih mudah disertai – dengan mengadakan siri jelajah di lebih 60 lokasi di tujuh bandar sekitar Malaysia – termasuk Sabah dan Sarawak buat pertama kalinya,”

shop

Energizer® Shop In The Dark bermula 14 Mac – 31 Mei 2018

Tarikh penyertaan bagi Energizer® Shop In The Dark tahun ini dibuka bermula 14 Mac sehingga 31 Mei 2018. Penyertaan boleh dilakukan mulai 14 Mac dengan menyertai cabaran Realiti Maya di lokasi siri jelajah; atau mulai 15 Mac dengan menghantar borang kemasukan secara online atau pos, atau bermain permainan di www.sitd2018.com.my.

 

Pengguna boleh menyertai pertandingan ini menerusi salah satu atau kesemua tiga-tiga cara, menjadikannya lebih mudah untuk orang awam daripada negeri luar lokasi siri jelajah untuk menyertainya. Setiap penyertaan menerusi cabaran Realiti Maya dan borang penyertaan perlu menyertakan resit pembelian berjumlah RM15 dan keatas bagi produk Energizer® atau Eveready.

shop

Sejumlah sepuluh (10) finalis akan dipilih – enam (6) daripada cabaran Realiti Maya, tiga (3) daripada penyertaan borang pertandingan dan satu (1) daripada penyertaan permainan dalam talian. Kesemua sepuluh (10) finalis akan menyertai pertandingan akhir di mana peserta akan diberi masa 10 minit untuk membeli-belah bernilai sehingga RM12,000 bagi setiap finalis. Pertandingan akhir ini akan diadakan di sebuah lokasi pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

 

Microsite khas bagi Energizer® Shop In The Dark 2018 adalah di www.sitd2018.com.my di mana microsite ini menawarkan informasi menyeluruh berkenaan pertandingan ini. Orang awam boleh melayari microsite ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan senarai penuh lokasi siri jelajah serta cara penyertaan dan peraturan pertandingan bagi Energizer® Shop In The Dark 2018.

 

Orang awam boleh menghantar penyertaan secara online dan bermain permainan di microsite ini. Dapatkan lebih banyak informasi di www.sitd2018.com.my dan dapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti di Facebook Energizer® https://www.facebook.com/EnergizerMY/.

BACA: 5 CARA AJAR ANAK KEPENTINGAN BERJIMAT CERMAT