6 JENIS MASK MUKA DAN FUNGSINYA SEBAGAI SOLUSI MUKA KUSAM YANG PERLU ANDA TAHU

LIKE & SHARE HARIAN WANITA ONLINE (MAMANET)

SALAH SATU PENJAGAAN WAJAH YANG PALING EFEKTIF ADALAH DENGAN PEMAKAIAN MASK MUKA.

Mask muka atau makser wajah mempunyai manfaat untuk mengatasi masalah kulit kusam, berjerawat, kering ataupun kulit muka bertompok-tompok.

Sebenarnya masih ramai di antara kita yang malas melakukan penjagaan kulit muka dengan memakai masker wajah.Padahal, ia sangat bagus dan memberikan banyak kebaikan pada kulit muka kita.

Bagi yang mempunyai kulit muka jenis kering dan sensitif, mask muka ini dapat memberikan manfaat untuk melembabkan sekaligus menenangkan kulit muka.mask muka

JANGAN TAHU BELI DAN PAKAI SAHAJA!  JOM KENALI JENIS MASK MUKA ATAU MASKER MUKA TERLEBIH DAHULU

1. MASKER PEEL-OFF

Biasanya apabila kita pakai mask muka jenis gel ini, muka tidak perlu dibilas selepas memakainya.

Ketika dilekatkan ke muka kita akan terasa sejuk, namun lama-kelamaan ia akan terasa kaku kerana gel tersebut mengering.

Di saat gel mengering inilah seluruh kotoran dan sel kulit mati di muka kita akan terlekat pada mask tersebut.mask muka

2. PAPER MASK

Masker seperti topeng dengan lubang di bahagian mata dan mulut. Masker yang diperbuat daripada kertas tisu tebal atau kain yang elastik, tetapi ada juga yang diperbuat daripada bahan asas plastik menyerupai gel padat.

Keistimewaan makser topeng ini adalah mampu menghidrasi kulit dan kebanyakannya anti aging.mask muka

3. MUD MASK  (MASKER LUMPUR) ATAU CLAY MASK(MASKER TANAH LIAT)

Masker jenis ini mampu menarik minyak dan kotoran pada permukaan kulit muka. Mask muka jenis ini mengandungi tanah liat, kaolin ata benthonic untuk menganjalkan dan menyerap sebum.mask muka

4. CREAM MASK ATAU GEL MASK

Masker jenis ini sememangnya diformulasikan untuk melembabkan serta menyihatkan kulit muka.mask muka

5. SETTING MASK

Biasanya ia mengeras seperti batu dan memerlukan cara khas untuk menanggalkannya.mask muka

6. MAGNETIC FACE MASK

Masker dengan kandungan logam ini dikatakan hanya boleh dibersihkan dengan magnet. Masker ini dikatakan dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menjadikan klit muka lebih bersinar.

Mask muka jenis ini mempunyai efek yang menyegarkan, tetapi perlu penanganan khas.

mask muka

BERIKUT 7 MANFAAT MASK MUKA YANG PERLU DIKETAHUI

  • Menganjalkan serta meningatkan rona kulit muka.

  • Menghidrasi kulit muka.

  • Menarik segala kotoran dan menghilangkan sel-sel kulit mati.

  • Menenangkan dan melembutkan kulit.

  • Membuat kulit muka lebih awet muda.

  • Menyembuhkan jerawat dan mematikan bakteria yang ada.

  • Menghilangkan minyak yang berlebihan di muka.

mask muka

BAGI KITA YANG TIDAK MEMPUNYAI BANYAK MASA UNTUK MEMBUAT MASKER SENDIRI, BOLEH PAKAI MASK MUKA YANG DISARANKAN INI BAGI MENDAPATKAN KULIT WAJAH YANG MULUS DAN BERSIH

THE FACE SHOP REAL NATURE MASK

Mask muka daripada The Face Shop ini dalam pelbagai variasi. Mengandungi kandungan semulajadi iatu ekstrak lidah buaya yang dapat melembabkan kulit muka dan merawat kulit yang sensitif.

Untuk mendapatkan sensasi segar, mask wajah ini sebaiknya disimpan seketika di dalam peti sejuk.
mask mukaSK-II FACIAL TREATMENT MASK

Hampir semua wanita mengakui keunggulan dari setiap produk kecantikan keluaran SK-II .

Mask muka yang dipersembahkan SK-II mengandungi bahan isitmewa iaitu Pitera yang dapat memanjakan kulit walaupun hanya sekali sahaja pemakaiannya.

SK-II Facial Treatment Mask akan melakukan perawatan secara eksklusif merevitalisasi kulit sehingga kulit muka nampak lebih berseri-seri. Selain itu, ia juga dapat memberikan tahap kelembapan yang cukup pada kulit muka.

mask mukaINNISFREE IT’S REAL SQUEEZE MASK

Innisfree It’s Real Squeeze Mask merupakan mask muka daripada Korea.

Terdapat pelbagai bahan semulajadi yang terdapat pada masker muka ini dan boleh meresap sampai ke liang pori-pori kulit.mask muka

Kesemua variasi mask muka ini mampu melembutkan dan meningkatkan kecerahan warna kulit. Efek yang dihasilkan mampu bertahan lama dan ia sesuai buat lelaki dan juga wanita.

NAK BANYAK LAGI PILIHAN? KLIK SINI

Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikal Ini Dengan Rakan Di Facebook

Anda Mungkin Ingin Tahu Cara Menghilangkan Sel Kulit Mati Dengan Pantas

LIKE & SHARE HARIAN WANITA ONLINE (MAMANET)