FAHAMI JIWA KANAK-KANAK DYSLEXIA. KEKURANGAN ITU BUKAN KESALAHAN MEREKA!

DYSLEXIA MERUPAKAN GANGGUAN BELAJAR PADA ANAK. IA MERANGKUMI KESUKARAN MEMBACA. MENGEJA DAN JUGA MENULIS. KANAK-KANAK DYSLEXIA INI BOLEH DIRAWAT!

 

Sesetengah kanak-kanak dyslexia turut mengalami kesukaran dalam pertuturan. Masih ramai di kalangan kita, khususnya ibu bapa yang mempunyai tanggapan yang salah tentang dyslexia.

 

Mereka lebih membercayai mitos yang sebenarnya tidak betul faktanya tentang dyslexia ini.

 

Dyslexia bukan satu penyakit, sebaliknya merupakan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak apabila mereka ke sekolah. Mereka sering gagal di bidang akademik!

 

Disebabkan itulah kanak-kanak dyslexia lebih senang dilabel malas, bodoh, tak matang dan selalu diberikan komen,  ‘Tidak belajar bersungguh-sungguh atau dikatakan mempunyai sikap atau perilaku bermasalah’.

 kanak kanak dyslexia

BERIKUT BEBERAPA PERKARA TENTANG SALAH FAHAM TENTANG KANAK-KANAK DYSLEXIA YANG WAJAR KITA KETAHUI:

 

1. DYSLEXIA ADALAH TANDA RENDAH IQ

Sebenarnya dyslexia bukan penyakit. Ia adalah petanda kecergasan yang kurang. Ia terjadi pada kanak-kanak tanpa mengira latar belakang dan tahap kecerdasan. Oleh sebab itulah pengidap dyslexia ini bukan bermakna IQ yang rendah.

kanak-kanak dyslexia

 

2. HANYA DIHIDAPI OLEH KANAK-KANAK LELAKI

Walaupun kanak-kanak lelaki lebih kerap ditemui di sekolah, namun ini bukan bererti dyslexia hanya dialami oleh kanak-kanak lelaki sahaja.

 

Dyslexia tetap dihidapi oleh kanak-kanak perempuan, cuma kanak-kanak lelaki yang mengalami masalah dyslexia ini lebih mudah untuk dikenalpasti di sekolah.

 

Mereka lebih cepat menarik perhatian guru-guru berbanding anak perempuan yang lebih cenderung mendiamkan diri.

 

Adakalanya pelajar-pelajar dyslexia di sekolah dianggap lembap oleh guru-guru dan teman-teman sekolah kerana sukar menguasai kemahiran membaca, menulis dan juga mengira.

kanak kanak dyslexia  

 

3. PENGIDAP DYSLEXIA PERLU LEBIH GIGIH BERUSAHA

Fungsi otak yang berbeza dari pengidap dyslexia membuatkan pembelajaran dan juga cara biasa tidak sesuai untuknya.

 

Cara pembelajaran kanak-kanak dyslexia harus lebih intensif atau diberikan sepenuh bimbingan. Pembelajaran ini perlu melibatkan beberapa teknik pembelajaran, mulai dari otak, penglihatan, suara dan juga sentuhan.

 kanak kanak dyslexia

 

4.  IBUBAPA PERLU LEBIH KUAT

Sebagai ibubapa yang berhadapan dengan masalah ini,tentunya tidak mudah apabila mengetahuai anak kita dyslexia.  Namun, kita perlu kuat dan cuba tip berikut:

 

  • Sabar dalam membimbingnya dan cuba kenalpasti bahagian atau perkara yang dianggap sukar olehnya.
  • Jangan sesekali memaksanya untuk belajar dengan pantas kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Cubalah cipta suasana belajar yang menyenangkan dan pastikan ianya sesuai dengan kemampuan anak.
  • Lakukan ujian sederhana untuk mengetahui tahap perkembangannya.
  • Anak dyslexia bukanlah anak yang bodoh ata pemalas dan tidak mahu belajar. Sebaliknya dia memang mengalami kesukaran belajar. Jadi, sayaginya kerana setiap anak adalah istimewa, sayangi mereka, peluklah mereka walau apapun kekurangannya dan berikan yang terbaik untuk mereka!

 kanak kanak dyslexia

 

Itulah beberapa perkara tentang kanak-kanak dyslexia yang wajar kita ketahui. Sebagai ibubapa yang berhadapan dengan masalah ini, kita perlulah lebih cekal dalam mendidiknya supaya dapat memberikan yang terbaik untuknya.

 

Jika kita sudah berusaha melalukan yang terbaik, namun anak masih tetap sukar untuk belajar. Jangan berkecil hati dan memarahinya. Dyslexia bukan kesalahannya!

 

Teruslah memberikannya motivasi tanpa jemu dan sebagai ibu bapa juga kita tidak boleh berdiam diri atau ego. Cubalah rujuk kepada orang berpengetahuan atau pengalaman untuk lebih mengenali dan memahami jiwa kanak-kanak dyslexia ini.