FERNLEAF – 100% KEBAIKAN SUSU DARI NEW ZEALAND

Pernah dengar jenama Fernleaf, susu dari New Zealand ini? Pasti ramai yang dah kenal atau dah tahu sebab produk susu ini telah memberikan nutrisi tenusu yang terbaik kepada keluarga-keluarga Malaysia sepanjang 30 tahun yang lalu.

 

Kebaikan susu tidak perlu disangkal lagi. Susu adalah salah satu sumber protein terbaik yang bermanfaat untuk perkembangan kanak-kanak mahupun kesihatan orang dewasa, ibu mengandung serta anak-anak remaja. Jadi, sebab itulah meminum susu pada setiap hari disarankan pada semua orang.

 

Bukan Calang-Calang, Fernleaf Pakar Tenusu New Zealand!

Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi mereka ini amat bangga dalam kerja mereka bagi memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.

 

Di Fernleaf juga  lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusunya dan para peladangnya menjaga lembu-lembu tersebut dengan penuh dedikasi.

Di New Zealand, mereka mengusahakan ladang ini secara semulajadi, iaitu memberikan kebebasan kepada lembu-lembu untuk meragut rumput di padang yang subur.

 

Hasilnya, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrient penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.

 new zealand

Lembu Tenusu dan Rumput

Percaya atau tidak, bahawa bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput? Sebaliknya di New Zealand dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.

 

Ia adalah salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas tanpa terkurung di dalam kandang yang mana rumputnya adalah rumput berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya lembu-lembu ini dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.

Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu ini secara tak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat.

 

Oleh sebab itulah lembu-lembu tenusu ini menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung di dalam kandang.

 

Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semulajadi

Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu ini mampu menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.

 

Ternyata Fernleaf adalah susu penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand!