FESTIVAL JEPUN SHICHI-GO-SAN ERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

The School  sekali lagi akan menjadi tuan rumah Festival Jepun Shichi-Go-San, satu upacara tradisi Jepun untuk kanak-kanak perempuan tiga dan tujuh tahun serta anak lelaki tiga dan lima tahun. Upacara doa adat akan dilakukan oleh tamu istimewa, Takebe Masahide, seorang ketua dari Ikimi Tenmangu, kuil tertua di Kyoto, Jepun.

 

Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka belajar dan mengalami festival Jepun pada 4 dan 5 November di The School by Jaya One dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

 

“Kami sangat gembira untuk menjadi tuan rumah festival ini buat kali kedua. Budaya Jepun adalah indah dan kuat dalam membawa keluarga dan komuniti bersama-sama sesuai dengan konsep yang The School tonjolkan. Kami berharap hubungan keluarga ini adalah cara yang menyeronokkan untuk anak-anak belajar tentang budaya lain dan memupuk rasa ingin tahu mereka,” kata Charles Wong, Pengarah Eksekutif Tetap Tiara Sdn Bhd, pemaju The School by Jaya One.

 

Secara tradisinya, Shichi-Go-San diadakan setiap tahun pada 15 November yakni ibu bapa akan membawa anak-anak mereka ke tempat suci untuk melakukan doa untuk kesihatan mereka. Semasa majlis tersebut, gadis-gadis akan berpakaian Kimono dan kanak-kanak lelaki berseluar Hakama dengan jaket Haori dan membawa gula-gula halus panjang yang dikenali sebagai “chitose-ame”, dipercayai membawa nasib baik. Ia biasanya datang dalam beg yang dihiasi dengan lukisan bangau dan kura-kura untuk melambangkan kehidupan yang panjang.

festival jepun

Acara 2 Hari Meriahkan Festival Jepun 

Acara simbolik 2 hari ini akan mengubah The School menjadi suasana bertemakan Jepun, sesuai untuk merakam foto keluarga, dan akan menampilkan pelbagai aktiviti, sesuai untuk semua kanak-kanak bagi mengambil bahagian dalam termasuk pakaian kimono, origami, seruling, soba, kelas sushi, seni dan kraf Jepun, Tarian Rakyat Jepun & Tarian Budaya Kanak-kanak dan banyak lagi.

festival Jepun

Terdapat juga acara memotong kepingan salmon dan tuna serta lelongan yang memberi peluang ibu bapa membida kepingan pilihan mereka.

 

Perayaan ini disokong oleh Kedutaan Jepun di Malaysia, I Am Nikon, Yaezakura Traditional Japanese Music & Dance Group, Jetro dan Gemini Creation.

 

Facebook: TheSchool.MY

Web: www.theschool.my

 

 BACA – SEMAK 5 CARA JADIKAN PERCUTIAN KELUARGA LEBIH BERMAKNA