THE FIRST BITE – NIKMAT TAK TERHINGGA DARIPADA FOODPANDA UNTUKMU

The First Bite – Bayangkan anda sedang lapar dan ada makanan di depan anda. Tapi makanan itu orang lain punya dan anda ingin sangat nak rasa. Dapat sekali gigit pun jadilah. Argh! Sedapnya!

 

Bagaimana pula kalau makanan itu anda yang punya dan dah lama anda idamkan. Pastilah tak sabar nak gigit sekarang kan? Ha, itulah perasaan yang bakal ditampilkan dalam kempen Foodpanda ini.

 

Foodpanda, perkhidmatan penghantaran makanan atas permintaan, telah melancarkan kempen barunya, The First Bite. Kempen yang kini sedang berlangsung di Malaysia, boleh dilihat di semua media.

 

FIRST BITE

>>KLIK GAMBAR UNTUK SERTAI NIKMAT GIGITAN PERTAMA

 

Konsep kreatif menyoroti keseronokan sejagat tatkala menikmati gigitan pertama makanan. Untuk memberi pengalaman lebih bermakna dan berkongsi momen yang menyenangkan, kempen ini telah menampilkan orang biasa untuk menunjukkan gigitan pertama pada makanan mereka.

First Bite

Take The First Bite – Tagline Jenama Baru Foodpanda

Semua watak dan hidangan ditampilkan dengan cara yang ringkas dan padu supaya penonton dapat memberi tumpuan kepada makanan, ekspresi muka, dan tagline jenama baru: “Take The First Bite.”

 

“Kami melancarkan kempen global dengan konsep yang konsisten di seluruh pasaran dan rangkaian kami, yang menyerlahkan satu mesej penting: Pengalaman Universal Gigitan Pertama. Setiap interaksi dengan makanan memang meriangkan, tetapi ada sesuatu tentang gigitan yang pertama yang menjadikan pengalaman lebih bermakna, dan kami ingin rakamkannya,” kata Julian Dames, CMO Global Foodpanda.

 

Kempen ini telah dilaksanakan sendiri oleh team Foodpanda, dari konsep hinggalah kepada penerbitan, dengan kerjasama jurugambar terkenal Robert Wunsch dan Pengarah Fotografi Jonas Winter-Scholz.

 

Muzik bersemangat juga dicipta khas untuk kempen tersebut, sesuai dengan video yang laju dan bagi menyerlah kenikmatan rasa yang tidak terhingga. Gabungan ini adalah untuk menyerlahkan kegembiraan sebenar gigitan pertama, termasuk bagaimana pancaindera kita memainkan peranan.

first bite

>> KLIK GAMBAR UNTUK SAKSIKAN VIDEO

 

“Foodpanda diiktiraf sebagai perkhidmatan penghantaran atas permintaan yang menawarkan makanan terbaik dari restoran kegemaran dari seluruh dunia. Ya, kita semua memang penggemar makanan dan apa lagi yang lebih menarik daripada gigitan pertama?” tambah Dames.

 

Laman Web Foodpanda.my

Follow us on:

Facebook: FoodpandaMalaysia

Twitter: Foodpanda_my

Instagram: Foodpandamy

BACA: 7 SOLUSI MAKANAN TAMBAH TENAGA ELAK BADAN LESU SEPANJANG HARI