FREDRICK & DIANA MAHU PERTAHAN JUARA IRONMAN MALAYSIA

Kelibat atlet-atlet triathlon terbaik dunia dapat disaksikan di Langkawi, Malaysia pada 11 November ini yang akan berlumba di edisi kelima IRONMAN® Malaysia seperti yang telah diumumkan hari ini oleh Wanda Sports Holding – pemilik perlumbaan IRONMAN.

 

Fredrick Croneborg yang menjuarai perlumbaan IRONMAN di Malaysia tahun lepas dengan catatan 8 jam 29 minit dan 12 saat kembali ke Langkawi dengan sasaran memenangi sekali lagi trofi perlumbaan tahun ini. Atlet triathlon berusia 36 tahun dari Sweden ini berkongsi keterujaannya untuk kembali ke Langkawi.

 

“Saya telah menyertai bermacam-macam perlumbaan di seluruh dunia tetapi IRONMAN Malaysia tetap merupakan perlumbaan kegemaran saya. Perlumbaan di sini istimewa kerana di sinilah saya menjuarai perlumbaan IRONMAN pertama saya. Langkawi adalah destinasi percutian yang sangat indah dan saya akan sentiasa ke sini walaupun selepas karier perlumbaan saya berakhir,” ujar Fredrick.

 

Tambahnya lagi, “Berlumba sebagai penyandang kejuaraan, saya tidak dapat memperbaiki kedudukan tetapi saya sangat bersedia tahun ini. Saya berharap dapat memperbaiki catatan masa saya berbanding tahun lalu dan mempertahankan kejuaraaan saya.”

ironman

 

 

Juara 3 kali berturut-turut Ironman Malaysia kategori wanita profesional

Bagi kategori wanita profesional, seperti dijangka Diana Riesler dari Jerman bakal menjadi tumpuan sebagai peserta pertama dijangka melintasi garisan penamat di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa berdasarkan reputasinya selaku juara 3 edisi berturut-turut IRONMAN Malaysia bermula pada 2014, 2015 dan 2016.

 

Diana berkata, “IRONMAN Langkawi pada tahun 2008 adalah perlumbaan pertama saya dalam siri IRONMAN. Ketika itu saya masih amatur dan saya berjanji untuk kembali berlumba di sini sebagai atlet memenangi perlumbaan IRONMAN pertama saya. Iklim tropika profesional. Pada tahun 2014, saya kembali ke Langkawi sebagai atlet profesional dan berjaya dan sambutan dari masyarakat setempat membuatkan ia cukup istimewa. Saya tidak sabar untuk kembali berlumba di Langkawi dan memenangi sekali lagi kejuaraan pada 11 November ini”.

 

Geoff Meyer, Pengarah Urusan IRONMAN Bahagian Asia pula berkata, “Kami sangat gembira dengan kehadiran dua penyandang juara, Fredrick Croneborg dan Diana Riesler di Langkawi tahun ini. Kedua-dua mereka adalah atlet triathlon hebat yang sentiasa menjadi inspirasi kepada semua peserta yang akan berlumba pada 11 November. Sambutan hangat dari komuniti IRONMAN membuktikan Langkawi adalah salah satu destinasi pilihan untuk para pelumba dan kami tidak sabar untuk menyaksikan satu lagi perlumbaan hebat tahun ini”.

ironman

Senarai penuh atlet triathlon prefesional yang akan berlumba di IRONMAN Malaysia boleh dimuat turun di sini here

 

Perlumbaan di Langkawi tahun ini akan menjadi hos kepada lebih 1800 atlet untuk perlumbaan IRONMAN Malaysia dan IRONMAN® 70.3® Langkawi. Lebih 70% atlet datang dari 50 negara berbeza. Empat negara teratas yang menghantar penyertaan teramai adalah Jepun, Singapura, Australia dan Filipina.

 

IRONMAN 70.3 Langkawi bakal menawarkan 30 slot ke Kejuaraan IRONMAN 70.3 Dunia 2018 di Teluk Nelson Mandela, Afrika Selatan tahun hadapan. Perlumbaan IRONMAN Malaysia pula menawarkan hadiah keseluruhan USD 25,000 dan juga 50 slot kelayakan mengikut umur ke perlumbaan Kejuaraan IRONMAN®  Dunia 2018 di Kailua-Kona, Hawaii, Amerika Syarikat. IRONMAN Malaysia 2017 dan IRONMAN 70.3 Langkawi 2017 adalah sebahagian dari siri kelayakan Asia TriCub 2018.

 

Perlumbaan IRONKIDS akan diadakan pada 10 November khusus untuk kanak-kanak dan remaja berusia dari 4 hingga 17 tahun dimana mereka akan mengambil bahagian dalam 3 jarak larian berbeza iaitu 500m, 1km dan 1.5km sepanjang Pantai Cenang, berkongsi penamat sama yang akan dilalui peserta IRONMAN bagi membolehkan kanak-kanak ini merasai pengalaman yang sama dialami hero mereka di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa.

 

Ekspo ‘IRONMAN Sports and Lifestyle’ pula akan mengambil tempat pada 8-12 November di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri dimana ia bakal dipenuhi dengan pameran barangan sukan dan gaya hidup selain penjualan cenderamata rasmi IRONMAN.

 

IRONMAN Langkawi 2017 disokong oleh Malaysia Major Events, salah satu divisyen di bawah Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, kerajaan negeri Kedah, Lembanga Pembangunan Langkawi (LADA) dan  Naturally Langkawi.

 

“Kami sangat teruja untuk sekali lagi menganjurkan IRONMAN Malaysia di destinasi pelancongan terindah Malaysia, Pulau Langkawi. Larian tahunan ini telah terbukti sebagai salah satu acara terbesar yang berjaya dianjurkan di Malaysia. Koloborasi bersama IRONMAN meyakinkan kami bahawa perlumbaan ini sekali lagi akan berlangsung dengan hebat,” kata Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Malaysia Major Events.

 

Beliau menambah, “Acara sukan sentiasa menyumbang kepada sektor pelancongan negara. Ia merancakkan aktiviti pelancongan domestic dan antarabangsa. Penganjuran acara yang disertai ribuan peserta ini menarik penyertaan ramai bukan setakat atlet malah pelancong juga tidak terkecuali. Kebanyakan venue acara sukan ini terletak di lokasi strategi seperti berdekatan dengan hotel terkemuka, restoran, pusat kebudayaan dan warisan serta pusat membeli belah. Langkawi menawarkan kesemuanya ditambah dengan landskap pantai yang indah dan hutan paya bakau, makanan tempatan yang lazat dan variasi aktivit waktu malam kepada para pelancong,” tambah Nagamaiah.

 

BACA : 5 CARA BERKESAN BAKAR KALORI DENGAN BERLARI DI TEPI PANTAI