KEMPEN SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI GARNIER

Bersempena Hari Raya yang lalu Garnier Malaysia  telah mengadakan kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, kerjasama dengan rakan peruncit MYDIN untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasakan wanita.

Kempen ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). TechForGood adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi. Sejak penubuhannya pada tahun 2019, TechForGood telah membantu seramai kira-kira 500 ahli.

Majlis Penutupan Kempen

Pada majlis penutupan kempen Serikan Diri Di Aidilfitri yang diadakan di MYDIN USJ itu, Garnier Malaysia mengumumkan bahawa kolaborasi dengan MYDIN akan memberi manfaat kepada TechForGood dalam dua cara:

Bagi setiap produk Garnier yang dijual di MYDIN pada bulan Ramadan, RM0.20 disumbangkan kepada program.

Bagi setiap perbelanjaan RM30 dan ke atas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow MYDIN antara 24 – 30 Jun 2019 lalu, setiap pembeli akan menerima beg tote buatan tangan atau beg pouch yang boleh diguna semula yang dijahit oleh para wanita di bawah program ini.

Tanggungjawab Sosial

Menurut Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia, Garnier sentiasa komited dalam menyokong keperluan masyarakat setempat, dan DNA jenama ini disebarkan di seluruh Malaysia.

“Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktiviti perniagaan – kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan kami. Sebagai program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami iaitu membantu komuniti setempat yang memerlukan.”

“Sepanjang kempen Serikan Diri Di Aidilfitri yang berlangsung pada bulan Ramadan lalu, sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini telah diberikan secara percuma kepada para pembeli.

Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sejumlah RM15,000 telah dikumpulkan dengan kerjasama MYDIN untuk menyokong TechForGood, yang akan menyumbang kepada kemajuan program ini dan membantu memberi manfaat kepada lebih ramai ahlinya,” sambung Ian Cheng lagi.

serikan diri

Menyentuh tentang bagaimana penglibatan Garnier Malaysia telah memberi manfaat kepada ahli TechForGood, Cik Deborah Melissa Bottreau, Presiden GEMA, menjelaskan, “Untuk kerjasama Garnier Malaysia dengan TechForGood, kami telah meningkatkan kemahiran 50 ahli wanita program yang mempunyai minat atau latar belakang dalam menjahit.

Melalui pembelajaran digital dan bengkel, mereka dapat meningkatkan kemahiran menjahit yang diperlukan untuk membuat beg dan beg galas yang boleh diguna semula, dan pada masa yang sama, mendapat pendapatan tambahan.

Kami sangat bersyukur atas sokongan Garnier Malaysia, dan kami yakin ini akan mewujudkan momentum bagi syarikat-syarikat lain untuk menyertai kami dalam membawa perubahan kepada komuniti mikro lain di seluruh negara.”

Bagi ketiga-tiga wanita ini dari program TechForGood, mempelajari kemahiran baru adalah kelebihan yang amat berguna, yang membantu mereka menjana lebih banyak pendapatan untuk menampung keperluan hidup seharian mereka.

“Saya sangat gembira kerana saya dapat belajar kemahiran menjahit yang baharu dan menyumbang kepada kempen dengan membuat beg kecil dan beg galas. Saya berharap boleh terlibat dalam kempen seperti ini – membolehkan saya untuk menggunakan kemahiran, meningkatkan pendapatan tambahan dan melihat hasil saya digunakan oleh umum,” jelas Nur Nabila Faridil Azha.

Nurdiana Nadira Azizan menyatakan bahawa kemahirannya kini bertambah baik selepas menyertai program TechForGood: “Terima kasih kepada Garnier, saya kini lebih mengetahui akan jahitan, dan saya boleh menggunakan kemahiran untuk manfaat pada masa akan datang bagi menambah pendapatan keluarga saya.”

Bagi Nor Atikah Razali, menjahit adalah hobi, tetapi sedar bahawa ia mempunyai potensi dengan kemahiran yang baharu.

“Selain daripada teknik menjahit asas, saya tidak tahu bagaimana untuk merancang atau memasarkan hasil jahitan saya. Melalui kempen ini, saya belajar bagaimana untuk menjahit beg! Apabila saya melihat beg kecil dan beg galas yang saya jahit diberikan sebagai hadiah, saya berasa bangga dengan pencapaian saya. Ini sudah tentu meningkatkan keyakinan diri saya!” katanya.

Mendapat Sokongan Selebriti Tempatan

Sempena dengan kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, barisan selebriti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz turut memberi sokongan mereka di acara tersebut. Bagi ketiga-tiga mereka yang muncul dalam drama mini bersiri TV3 bertajuk Serikan Hatimu, sambutan Hari raya pada tahun ini menjadi lebih bermakna apabila memberi sokongan kepada usaha amal yang memperkasakan wanita.

Mereka menyokong Garnier dan juga menyatakan produk kegemaran mereka. Garnier adalah penaja mini series, Serikan Hatimu, yang menyambut keindahan persahabatan dan memperkasakan wanita. Tontonilah di rangkaian TV3 dalam YouTube.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, Garnier serta rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri, anda boleh layari https://www.facebook.com/GarnierMalaysia/

(Visited 3,569 times, 1 visits today)