GILA MEROYAN MAHA DAHSYAT SAMPAI KELAR BAYI

Sudah lama kita tidak mendengar tentang kejadian yang dikaitkan dengan gila meroyan seperti yang berlaku ke atas bayi perempuan yang mati dikelar ibu kandungnya sendiri dua hari lalu.

Wanita yang dipercayai menyembelih hingga mati bayi perempuannya semalam, direman seminggu di Wad Psikiatri, Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Perintah reman terhadap suri rumah berusia 32 tahun tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rusli Ahmad. Tempoh reman berkuat kuasa hari ini sehingga 11 Februari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hakikatnya ini bukan kes pertama. Sebelum ini banyak kes kematian bayi akibat gangguan emosi ibu dalam masa pantang.

LIKE & SHARE MAMANET

BACA: SELAMATKAH LAKUKAN SEKS SEWAKTU HAMIL?

 

gila meroyan

GILA MEROYAN USAH DIPANDANG RINGAN

Mengapa boleh berlaku kejadian yang mengerikan ini akibat gila meroyan? Apakah yang menjadi punca masalah gila meroyan. Ikuti perkongsian Dr. Taufiq Razif mengenai salah satu kes meroyan yang pernah terjadi seperti yang tersiar di facebook di bawah ini.

“Hari ni mood saya agak suram. Mana tak suram bila terbaca berita tergempar yang mana seorang ibu sanggup tikam anak sendiri bertubi tubi sebanyak 20 tikaman! Dan salah satu tikaman tu menyebabkan usus anaknya terburai keluar!

Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ni sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang Melayu kita biasa panggil meroyan.

Dalam dunia perubatan ada 3 peringkat penyakit yang kita biasa sebut meroyan ni.

  1. Baby blues

Baby blues ni kiranya level meroyan paling rendah la. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.

Benda ni agak biasa la untuk ibu yang baru beranak pertama kali kan. Yalah, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi.

Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memang lah si ibu jadi mudah stres. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stres.

Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah:

+ mood swing

+ mudah cemas

+ selalu menangis

+ kurang selera makan

+ susah tidur

gila meroyan

  1. Pospartum depression

Ni level meroyan yang pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.

Antara tanda-tanda sudah kena penyakit ini:

+ mood swing yang teruk.

+ menangis yang melampau lampau.

+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri.

+ rasa tak ada tenaga dan tak boleh tidur.

+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby.

+ rasa diri tak berguna.

gila meroyan

  1. Pospartum Psychosis

Ni level gila meroyan yang paling dasyat. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan sila berhati-hati. Macam kes Pretty yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Bila disoal siasat dia boleh pulak cakap dia cuma bunuh perompak je.

Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik.

 

Jangan bagi isteri stres walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum.

Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum.

 

Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri kita baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.  Jom bantu isteri kita!

PESANAN: Saya Taufiq Razif bukan doktor sakit jiwa tapi saya rasa ilmu ni semua suami kat dunia WAJIB tahu! Bahaya sangat bila suami takde ilmu nak kenal pasti tahap stres si isteri yang baru lepas bersalin. Silalah tag dan share pada pasangan masing-masing. Semoga bermanfaat.

 

Demikianlah perkongsi Dr Taufiq dalam bahasa yang mudah difaham. Jadi, suami dan ahli keluarga usah buat-buat tak faham. Bantulah isteri dan ahli keluarga yang sedang mengandung dan bersalin. Usah biarkan mereka keseorangan.

Tak mustahil bebanan emosi sudah bermula sejak sebelum hamil. Kemudian mengheret ke waktu hamil dan selepas bersalin. Prihatin pada si ibu bagi mengelakkan masalah gila meroyan ini. Moga kita sama-sama ambil pengajaran.