GSK ANJUR HARI KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA UNTUK GENERASI MASA DEPAN

GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK) menerima kunjungan anak-anak kakitangan GSK buat tahun kedua berturut-turut sempena penglibatan syarikat dalam sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang menyaksikan lebih daripada 70 anak-anak kakitangan GSK dibawa menyelami dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Dengan tema ‘Hari Penerokaan STEM GSK’, kanak-kanak diberi peluang untuk mengikut ibu bapa mereka ke tempat kerja dan menerima maklumat mengenai tugasan kerja ibu bapa mereka. Kanak-kanak juga terlibat dengan pelbagai aktiviti berkaitan S.T.E.M. yang dianjurkan sepanjang hari.


hari kanak-kanak

Hari Kanak-Kanak Paling Bererti Buat Mereka

“Anak-anak kita sering bertanyakan soalan seperti – ‘Apa yang ayah/ ibu buat di pejabat?’ dan menerusi Hari Kanak-Kanak ini, mereka berpeluang untuk merasai dan mengalami sendiri suasana bekerja, sambil memupuk sifat ingin tahu  mereka dalam dunia STEM,” kata Dhanica Mae Dumo, Pengarah Saluran, Perdagangan Moden, GSK Consumer Healthcare Sdn. Bhd.

hari kanak-kanak

“Sebagai sebuah syarikat penjagaan kesihatan global berpandukan sains, GSK komited untuk menerajui inovasi dan kecemerlangan saintifik, dan dengan menganjurkan Hari Penerokaan S.T.E.M., kami berharap  dapat mendorong anak-anak kami untuk meneroka dan menerajui bidang S.T.E.M. sama ada dalam dunia akademik ataupun sebagai kerjaya” kata Dhanica.

hari kanak-kanak

 

“Tambahan lagi, nilai-nilai kami, yang  merangkumi hormat dan integriti, bersama-sama dengan aspek kerjasama sepasukan dan kebertanggungjawaban, menjadi nadi penggerak kami untuk mencapai kecemerlangan untuk pengguna kami,” katanya lagi.

hari kanak-kanak

Beliau menambah, “Ini adalah sebahagian penting daripada budaya kami di GSK.  Menerusi inisiatif berterusan menganjurkan Hari Kanak-Kanak, kami bertekad untuk meneruskan usaha kami untuk membina dan mengekalkan pembangunan masyarakat secara dalaman, dengan mengimbangi tuntutan keluarga dan kerja, dan kami harap ini akan mewujudkan generasi kakitangan GSK yang lebih bestari pada masa hadapan.”

hari kanak-kanak

Kanak-Kanak Berpeluang Lakukan Sendiri Aktiviti Mencabar

Kanak-kanak telah dibahagikan kepada beberapa pasukan dan ditugaskan untuk menyempurnakan beberapa aktiviti yang bertujuan membawa kanak-kanak ke dalam dunia STEM, yang termasuk membina tangan robot, belajar tentang pemakanan menerusi aktiviti sains makanan, menguji kemahiran mengira menerusi pencarian harta karun matematik, peraduan pelancaran belon, dan membina struktur daripada bahan kitar semula yang boleh menampung beban seberat 1-kilogram.

hari kanak-kanak

 

Di samping itu, kreativiti dan kemahiran pembentangan kanak-kanak telah diuji dalam cabaran seperti ‘Apprentice’. Setiap pasukan ditugaskan untuk mencipta jenama baru dan berkongsi idea dengan Pasukan Pengurusan GSK. Pasukan dengan markah paling tinggi yang dikumpulkan daripada kegiatan sepanjang hari memenangi piala dan hamper yang dipenuhi produk GSK.

hari kanak-kanak

Anak-anak remaja pula berpeluang menjalani sesi temuduga yang direka seperti keadaan yang sebenar  untuk mempersiapkan mereka memasuki kolej atau universiti, dan juga temu ramah kerja untuk masa depan.

hari kanak-kanak

Ibu bapa juga turut bersuka ria bersama anak-anak mereka, dalam aktiviti seperti Zumba dan pameran sains interaktif, dan juga menyokong mereka sepanjang hari. Sementara itu maskot GSK seperti Scotty dan Dr Greedy juga muncul untuk memeriahkan acara tersebut.

hari kanak-kanak

“Ternyata ibu bapa dan anak-anak mereka begitu gembira pada hari tersebut, dengan pengeratan silaturahim kekeluargaan GSK. Dengan meluangkan masa bersama ibu bapa di tempat kerja, kanak-kanak akan lebih memahami keadaan dan tuntutan kerja ibu bapa mereka dan mendapat inspirasi untuk menceburi kerjaya berkaitan sains kesihatan pada masa depan,” rumus Dhanica.

FACEBOOK: GSK

BACA: FAHAMI JIWA KANAK-KANAK DYSLEXIA, KEKURANGAN ITU BUKAN KESALAHAN MEREKA!