‘JOM BER-FABULOUS’ DAN MENANGI HONDA HR-V RS DARIPADA GUARDIAN MALAYSIA

Sebuah Honda HR-V RS bernilai lebih RM120,000 menanti pemenang pertandingan peraduan ‘JOM BER-FABULOUS’ anjuran Guardian Malaysia yang berlangsung sepanjang bulan Mac ini, bersempena dengan Hari Wanita Sedunia 2019.

 

Menurut DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara dan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, Guardian Malaysia banyak kempen dan promosi menarik sepanjang tahun, tetapi ada beberapa kempen yang cukup istimewa dan peraduan ‘JOM BER-FABULOUS’ adalah salah satu daripadanya. Ia bertujuan mengiktiraf peranan luar biasa yang dimainkan oleh wanita dalam menjaga kesejahteraan keluarga, bersempena dengan Hari Wanita Sedunia!

Guardian Malaysia

 

Raikan Hari Wanita Sedunia

“Secara keseluruhannya, kami menawarkan sebuah kereta baru, pakej percutian istirehat istimewa dan baucer membeli belah yang berjumlah melebihi RM150,000!”

 

“Kami menyediakan banyak tawaran istimewa sepanjang bulan peraduan ini dan menggalakkan semua orang, termasuk lelaki, untuk menyertai peraduan ini untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan untuk mereka yang tersayang. Selain daripada hadiah utama iaitu Honda HR-V RS baru, kami turut menawarkan pelbagai hadiah menarik lain seperti pakej pengalaman spa eksklusif untuk dua orang ke Dubai, Maldives dan Bali. Dan 20 hadiah saguhati berupa baucer membeli-belah Guardian bernilai RM500 juga turut ditawarkan.

 

Cara Penyertaan Cukup Mudah

Penyertaan adalah cukup mudah. Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum sebanyak RM10 termasuk satu jenama promosi dan mereka boleh menghantar seberapa banyak penyertaan apabila mereka membeli-belah barangan kesihatan, kecantikan dan keperluan lain di Guardian sepanjang bulan Mac ini.

 

Peraduan ‘JOM BER-FABULOUS’ Guardian berlangsung pada 1 Mac sehingga 31 Mac 2019. Sertai sekarang untuk merebut hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

 

Hadiah Utama : Sebuah Honda HR-V RS baru

Hadiah kedua : Satu pakej pengalaman mewah 5 hari 3 malam Exotic Dubai dengan Hammam

Hadiah ketiga ; Satu pakej percutian 4 hari 3 malam ke Maldives dengan

pengalaman Spa

Hadiah keempat : Satu pakej percutian 4 hari 3 malam ke Bali beserta pengalaman Spa dan urutan Bali

Hadiah saguhati : 20 baucar membeli-belah Guardian bernilai RM500 setiap satu.

 

Borang penyertaan boleh didapati di semua stor Guardian Malaysia dan dalam talian bermula 1 Mac 2019.

 

(Visited 5,686 times, 1 visits today)