SET HADIAH EKSKLUSIF GUARDIAN SEMARAKKAN MUSIM PERAYAAN

Nak cari hadiah? Tapi tak tahu nak beri apa? Mudah saja. Guardian Malaysia telah memperkenalkan rangkaian set hadiah eksklusif seiring untuk musim perayaan dan musim kenduri kahwin yang telah tiba.

 

Set-set hadiah eksklusif, berpatutan dan praktikal itu telah diperkenalkan kepada media yang dianjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen dan pasukan pengurusan kanan beliau hari ini.

 

Soren berkata, “Set-set hadiah eksklusif ini yang terdiri daripada produk-produk kesihatan dan kecantikan telah dipilih dan dipek dengan teliti bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup para pelanggan kami.”

hadiah eksklusif

“Kebanyakan barangan tersebut datang dari Asia, dan daripada Own Brand Guardian. Ini kerana kami sangat bangga dengan produk jenama kami sendiri kerana ia menawarkan kualiti pada nilai hebat! Bahkan sebagai sebahagian daripada matlamat Guardian untuk sentiasa berdaya saing, kami berusaha keras untuk mengekalkan harga yang sangat berpatutan,” tambah beliau.

hadiah eksklusif

 

Set Hadiah Eksklusif Dan Berjenama Untuk Pengguna

Beliau turut berkongsi pandangan tentang falsafah perniagaan Guardian Malaysia, “Perniagaan kami adalah berlandaskan keperluan pengguna untuk produk-prouk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Sejak kami bermula, kami bangga kerana dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pengguna. Contohnya seperti hadiah-hadiah musim perayaan. Para pelanggan kami tahu bahawa Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika mereka mencari set-set hadiah menarik untuk yang tersayang.”

hadiah eksklusif

“Sejak itu, reputasi dan perniagaan kami berkembang ke seluruh negara. Hari ini, kami memiliki lebih 420 stor, yang menawarkan perkhidmatan kepada tiga juta pelanggan setiap bulan!”

hadiah eksklusif

Soren yang baru mengambil alih tampuk kepimpinan Syarikat bulan April tahun ini, berkata beliau berhbarap untuk terus berkembang di atas asas kukuh yang telah dibina oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya sepanjang 50 tahun yang lalu.

hadiah eksklusif

“Kami telah menetapkan beberapa prioriti perniagaan strategik. Salah satu daripadanya adalah untuk menjadi sahabat sejati kepada para pelanggan kami. Matlamat kami yang paling utama adalah untuk berhubung dengan pelanggan, seterusnya membantu memenuhi keperluan mereka. Seperti seorang sahabat, yang dicari ketika mereka memerlukan nasihat kecantihan dan kesihatan. Jika usaha ini berjaya, kami akan kekal sebagai peneraju pasaran dan sebagai peruncit pilihan utama pelanggan,” jelas beliau.

hadiah eksklusif

hadiah eksklusif

Produk penjagaan diri dan solekan dalam set-set hadiah tersebut telah dipilih dengan teliti untuk mencerminkan trend warna terkini yang popular di kota-kota fesyen utama Eropah dan Asia. Ia telah digabungkan ke dalam 50 set hadiah yang berbeza, dengan harga serendah RM19.90 untuk set mini penjagaan tangan.

hadiah eksklusif

 

Guardian Malaysia, percaya variasi set-set hadiah itu cukup untuk memenuhi selera pengguna, sama ada golongan muda dan bergaya atau mereka yang berani dan sofistikated.

 

Laman Web: Guardian Malaysia

 

BACA: PRODUK JENAMA GUARDIAN TERPILIH DAPAT PENSIJILAN HALAL JAKIM