HAPUSKAN KOTORAN DAN KEKUNINGAN PADA GIGI DENGAN ZACT WHITENING

Anda ada masalah gigi? Setiapkali tersenyum lebar, jelas kelihatan kotoran atau warna kuning pada permukaan atau di celah-celah gigi? Hapuskan kotoran tersebut dengan Zact Whitening! Anda pencinta teh atau kopi? Cuba tekupkan tangan anda pada mulut dan hidung, hembus nafas dan hidu – adakah ianya  berbau kopi atau teh?

 

Teh dan kopi adalah makanan dan minuman yang mempunyai kandungan warna atau pigmen yang tinggi. Ianya boleh mengotorkan gigi dan membuatkan nafas kita berbau. Adakah kita bersedia meninggalkannya? Cuba bayangkan pagi anda tanpa kopi yang menyegarkan atau petang anda tanpa aroma teh yang menenangkan. Ohhh… Tidak!!!

hapuskan kotoran

Kuasa Memutih Dua Kali Ganda

ZACT merupakan salah satu ubat gigi pemutih dan penghapus kesan kotoran pada gigi yang paling terkemuka ditawarkan oleh Lion Japan, syarikat penjagaan oral No. 1  di Jepun yang berpengalaman selama 127 tahun dalam pembangunan dan inovasi penjagaan oral.

 

ZACT Whitening, ujian di bawah persekitaran makmal yang terkawal terbukti memiliki kuasa memutih 2 kali lebih baik berbanding ubat gigi biasa yang  tidak mempunyai agen pemutih. Ia juga mempunyai 60 peratus kuasa menghilangkan kesan kotoran yang lebih berkesan berbanding ubat gigi pemutih biasa.

 

Rasanya yang sejuk,berpudina menyegarkan nafas dapat membantu mengurangkan bau nafas  kopi dan teh yang kurang menyenangkan serta hapuskan kotoran yang melekat pada gigi.

hapuskan kotoran

Selamat Digunakan Setiap Hari

ZACT Whitening, dengan florida mengandungi Formula Advanced Whitening dan 2 Agen Pemutih, menguatkan gigi dan membantu menghalang pembentukan kaviti.

 

Jadi anda boleh memutihkan gigi, pada masa yang sama  melindungi gigi dan menyegarkan nafas menggunakan satu produk. Ia selamat dan lembut untuk digunakan setiap hari.

 

Penilaian klinikal  mengenai penggunaan ubat gigi pemutih ZACT ke atas 121 orang yang mempunyai kesan kotor yang teruk pada gigi  selama 4 hingga 8 minggu menunjukkan bahawa kandungan aktif yang ada di dalam ZACT adalah cukup efektif. Ia mempunyai 2 kali lebih kuasa untuk menghilangkan kesan pada gigi selepas digunakan selama 4 hingga 8 minggu.

 

ZACT Whitening boleh didapati di pasaraya besar, supermarket dan farmasi pada harga RM5.85 untuk 90g dan RM7.75 bagi 150g. maklumat lanjut, sila layari laman web: www.zact.com.my.

 

Selamat mencuba kehebatan Zact Withening yang dikatakan mampu hapuskan kotoran dan kesan kekuningan pada gigi serta membuatkan senyuman anda kembali berseri!

 

 

(Visited 6,437 times, 1 visits today)