Hargai Waktu Yang Masih Kita Miliki

Hargai waktu kerana ia cukup berharga dalam kehidupan kita. Waktu akan terus berputar dan waktu yang telah berlalu pergi tidak boleh diulang kembali!

 

Jadi, sebab itulah waktu adalah perkara yang paling berharga dan perlu kita jaga dan manfaatkan dengan sebaik-baiknya.

 

Kita tidak pernah tahu sampai bila kita akan hidup di dunia ini. Kita juga tidak boleh memastikan bahawa kita akan dapat hidup sampai ke tua nanti. Bila-bila sahaja kematian boleh menjemput kita!

 

PERANAN PSIKOLOGI SUAMI ISTERI

 

 

hargai waktu

Berikut beberapa cara yang boleh kita lakukan supaya kita lebih hargai waktu yang masih kita miliki:

 

  1. hargai waktuBangun Lebih Awal

Bangun lebih awal atau pagi pada setiap hari sangat penting. Jika alarm sudah berdering-dering, jangan sesekali mematikannya dan kembali menarik selimut.Anda pasti akan terlambat nanti!

 

Jika terlewat bangun sudah pasti kita akan jadi tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja dan sebagainya.

 

Mood kita juga turut akan berubah, sehingga anda menjadi kurang efektif  dan boleh moody sepanjang hari.

 

 

  1. hargai waktuKurangkan Browsing Internet dan Berchatting

Cubalah kurangkan kebiasaan kita yang lebih banyak menghabiskan waktu dengan melayari internet dan juga berchatting atau sekadar bermain game di telefon bagi urusan yang tidak penting.

 

Sebaliknya cubalah hargai waktu yang kita miliki itu dengan melakukan perkara-perkara yang lebih penting dan bermanfaat.

 

Jika kita menolak diri kita daripada menghabiskan waktu pada gajet, kita tentunya dapat menyimpan lebih banyak waktu  dengan melakukan perkara-perka yang lebih bagus.

 

  1. hargai waktuPenuhi Waktu Lapang

Isikan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti positif. Waktu terluang di rumah sebaiknya dimanfaatkan untuk menambah pengetahuan, memperluaskan wawasan ataupun bersantai bersama keluarga tersayang.

 

Hargai waktu bersama mereka agar hidup kita menjadi jauh lebih bermakna dan bukan sekadar mengejar material dunia semata-mata. Saat-saat indah bersama insan-insan yang kita sayangi tidak boleh dibeli dengan duit sebanyak mana pun!

 

 

  1. hargai waktuIstirahat Yang Mencukupi

Istirahat yang paling bagus adalah tidur, kerana ia dapat mengembalikan ataupun memulihkan stamina tubuh yang kepenatan setelah bekerja/belajar.

 

Elakkan berjaga sehingga lewat malam. Kebiasaan ini akan mengurangkan energi butuh sehingga kita mengalami kelesuan ketika di tempat kerja/kampus.

 

 

  1. hargai waktuHargai Waktu Beribadah

Di mana-mana sahaja kita berada, sekalipun dihambat dengan rutin kesibukan, namun ibadah wajib iaitu solat 5 waktu janganlah kita lupakan.

 

Waktu itu perlu kita digunakan dengan beramal soleh supaya tidak datang penyesalan di kemudian hari. Setiap sedutan dan desahan nafas kita di dunia ini merupakan satu langkah menuju ke kubur. Janganlah terlena lagi dan membuang waktu dengan perkara-perkara yang tak berguna.

 

 

Jadi, marilah kita mempergunakan waktu yang masih tersisa dalam hidup kita dengan sebaik-baiknya. Lagipun kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok. Adakah masih ada waktu untuk kita hidup?

Hargai waktu  dan syukurinya selagi kita masih bernyawa!

 

LIKE & SHARE MAMANET

 

(Visited 2 times, 1 visits today)