WAJAH BAHARU HERBA & REMPAH MCCORMICK

Anda biasa nampak atau sememangnya gemar menggunakan Herba dan Rempah McCormick dalam masakan? Anda perasan tak, yang produk ni sudah muncul dengan wajah baharunya?McCormick adalah pengeluar herba dan rempah yang terkenal di dunia.

 

Kini cuba menyuntik nafas segar ke dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya. Dengan logo yang dikemas kini dan warna-warna menarik,anda boleh mencari produk McCormick dengan lebih mudah di rak-rak kedai.

 

Imej kontemporari dan yang bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk, membolehkan  anda memilih apa yang diperlukan dengan mudah, sama ada mahukan herba, rempah atau perasa.

 Rempah McCormick

Inspirasi Memasak dengan Rempah McCormick

Anda mencari inspirasi sambil memasak? Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas bahan tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau ditambah ke dalam sajian kegemaran.

 

Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi McCormick, “Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang mereka ingini.

 

Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.”

 

This slideshow requires JavaScript.

Berwajah Baharu

Banyak produk McCormick sudah berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara.