Hilang Purse Mak Di Hari Raya

hilang pursePENGALAMAN beraya di kampung pasti meninggalkan 1001 macam cerita. Ragam  anak-anak, adik-beradik dan ibu  bapa pasti mencuit hati. Di sini dikongsi kisah yang dipetik daripada facebook Liza Ali Penulis mengenai ibunya yang hilang purse pada hari raya lalu. Ikuti kisah yang mencuit hati ini.

 

Entahlah nak cerita ke tak tapi cerita ni memang lucu. Setiap kali balik kampung, mak mesti buat adengan terlampau. Okey untuk episod raya ni, mak umumkan purse kecik tapi buncit dia dah hilang. Kejadian hilang purse ini telah meragut kedamaian raya kami sekeluarga.

 

Hakikatnya, aku tak percaya sebab baru sejam balik dari beraya di rumah Cik Jot. Mustahil boleh hilang kot. Aku buat dek je bila dia tawaf satu rumah cari purse dia.

 

Esoknya pagi-pagi heboh lagi cerita purse hilang. Maklumlah duit hampir 1K dalam tu. Aku pun umumkan, sapa jumpa dia dapat 50%. Hehe tapi aku pun tak cari sebab sibuk masak dan masak dan masak sampai rasa nak patah pinggang.

 

Tahun ni aku jadi chef sebab mak patah tangan. Mujur semua kata sedap, hehe. Berbalik cerita fasal purse tadi, adik dan anak buah aku, Intan yang baru tiba terus masuk bilik mak.

 

Hilang purse dan hilang gigi

Sebelum itu, nak imbas kembali cerita mak beberapa bulan lalu. Waktu tu mak jatuh lalu tangannya patah dan gigi palsunya tercampak hilang entah ke mana. Puas abah cari tak jumpa. Sebagai kesimpulan, gigi itu telah dilarikan tikus. Full stop!

 

Memandangkan gigi itu satu keperluan, maka abah dan mak merempit ke Tangkak untuk buat gigi baru.

 

Selepas sebulan mak bergaya dengan gigi baru, pada suatu hari, abah meraba-raba tilam nipisnya yang bernilai 2K – gara-gara terpedaya dengan penjual tilam magnet.

 

Masa tu abah terasa sesuatu yang agak keras. Dia terbalikkan tilam dan nampak satu lubang pada kain tilam yang terkoyak. Bila diseluk, maka terjumpalah gigi palsu mak yang hilang. Maknanya tikus tak bersalah dalam kes ini. Boleh bayangkan muka abah waktu itu.

 

Kisah penemuan gigi itu abah bagi tahu kami adik-beradik maka masing-masing faham yang gigi palsu mak bukan tercampak masa dia jatuh. Hehe. Nampak sangat mak cuba reka cerita Hindustan.

 

Hilang purse dan sel-sel otak berhubung

Berbalik pada kisah purse itu, maka adik aku yang sel-sel otaknya berhubung, dapat mengaitkan dua peristiwa dan meneka lokasi sebenar purse mak.

 

Adik dan anak buah aku, Intan, masuk bilik sebab nak memulakan operasi pencarian. Bilik mak dah macam tongkang pecah sebab dia selongkar almari cari purse dia.

 

Aku pulak terus sibuk di dapur masak dan masak dan masak. Masa tu tengah masak sambal telur untuk nasi lemak. Tak sampai 2 minit, aku dengar suara Intan bersorak.

 

“Ha! Dah jumpalah tu!” Aku cakap kat hubby yang duk kat dapur jugak.

 

Aku tinggalkan sudip dan terus ke depan. Aku tengok muka masing-masing happy. Abah aku pulak sengih-sengih sambil pegang purse buncit mak aku.

 

Muka mak jelah yang tak berapa nak happy. Seriau tengok semua orang fokus kat purse tu. Hehe.

Aku pun tambah lagi, “Ha siapa yang jumpa tadi? Bagi 50%. Rugi aku tak cari, kalau tak dapat aku RM500!”

 

“Poksu jumpa!” Jawab Intan.

 

“Kau jumpa kat mana, Lan?” Aku tanya adik.

 

“Dulu gigi kat situ, ni purse pun mesti kat situ,” jawab dia selamba.

 

Abah aku pun tarik RM50 bagi kat Intan yang laju je sambut. Adik aku jual mahal, tak mahu katanya, hehe.

 

Sebenarnya ini bukan kali pertama mak hilang purse. Tapi kehilangan kali ini disambut meriah sebab hari raya, hehe. (Mak ni bukan sahaja hilang purse, macam-macam dia hilang termasuk baju, nanti aku sambung cerita lain).

 

Abah pulak syok dapat buli mak sebab kami semua macam pro dia. Abah kira duit mak, kami pun kira. Macam count down tahun baru. Memang jumlahnya dua belah tangan. Maklumlah baru collect duit raya.

 

Simpan bank! Simpan bank! Kami jadi macam tukang sorak. Mak makin bengang. Abah serah balik kat mak purse dengan duit hanya RM60.

 

“Tak payah pegang duit banyak-banyak,” kata abah.

Hehe…saat paling kecewa dalam hidup mak. Kalau tak ada sebelah tangan dalam purse bukan mak lah namanya. Tapi untuk keselamatan, baik simpan bank.

 

Muka mak terkulat-kulat dan aku tahu dia memang bengang tapi harap-harap hatinya makin tenang sebab dia tahu duit dia kat abah.

 

Kejap-kejap dia tanya, “Duit mak, abah kau ambik ek?”

 

“Aa,” aku jawab ringkas.

 

Lepas ni kalau purse dia hilang mesti dia tak heran lagi sebab dah kempis. Kesian pun ada jugak. Penyakit lupa mak ni makin lama makin teruk. Bukan niat kami nak buli dia tapi takut tak selamat kalau pegang duit banyak sangat.

 

Mak memang tak puas hati. Sekali-sekali terpacul ayat dari mulut dia, “Aku nak pergi bank, nak keluarkan duit.”

 

Itulah mak, harap kes hilang purse ni tak berulang lagi. Mujur ic dan lesen, dah lama abah simpankan. Kalau tidak lagi pening.

 

SILA KLIK SINI UNTUK LIKE PAGE MAMANET

(Visited 1 times, 1 visits today)

Leave a Reply