6 SOLUSI HILANGKAN BAU PETI SEJUK PALING MUDAH!

LEPAS RAYA, BAU PETI SEJUK MEMANG TERUK! MAKLUMLAH BEKAS-BEKAS DARAH DAGING DAN AYAM PASTI MASIH MELEKAT. JADI, APA KATA KITA CUBA HILANGKAN BAU PETI SEJUK RUMAH MAK KITA SEBELUM KITA PULANG KE BANDAR.

 

Kalau ikutkan hati memang malas nak bersihkan satu peti sejuk kan? Untuk anda yang memang kesuntukan masa, bolehlah cuba cara di bawah ni. Tapi kalau anda ada masa, sebaik-baiknya cuci bersih satu peti sejuk, barulah betul anak mithali!

hilangkan bau peti sejuk

MARI CUBA 6 SOLUSI HILANGKAN BAU PETI SEJUK PALING MUDAH INI!

  1. Roti Sebagai Penyerap Bau

Roti yang tidak dimakan dan sudah luput tarikh tu jangan dibuang begitu saja. Letakkan 2-3 keping dalam peti sejuk sebagai penyerap bau. Biarkan sehingga roti kering. Boleh tahan sampai 2 minggu. Lepas itu gantikan dengan roti yang baru.

Jangan lupa pesan kat mak kita ya. Takut nanti dia ingat roti tu boleh dimakan lagi. Al maklumlah,orang tua-tua ni selalu lupa. Jadi, kena pesan selalu.

hilangkan bau peti sejuk

 

 

  1. Gunakan Arang Sebagai Penyerap Bau

Arang juga mampu menyerap bau dengan baik. Letakkan satu bekas plastik mengandungi arang di dalam peti sejuk. Arang ini tahan lama sampai berbulan-bulan. Jadi, tidaklah perlu ditukar-ganti seperti roti tadi.

hilangkan bau peti sejuk

 

  1. Esen Vanila Sebagai Haruman Peti Sejuk

Titiskan esen vanila ke dalam satu bekas kecil berisi air. Peti sejuk akan harum dan segar dengan bau esen vanilla.

hilangkan bau peti sejuk

 

  1. Daun Pandan

Sama seperti esen vanila, pandan juga tugasnya adalah untuk mengharumkan peti sejuk. Hiris pandan halus-halus dan letakkan dalam beberapa bekas kecil. Letakkan setiap bekas di atas setiap tingkat peti sejuk.

hilangkan bau peti sejuk

 

  1. Hirisan Limau Purut Segarkan Bau

Limau purut memang jarang digunakan berbanding daunnya, jadi eloklah dijadikan sebagai pengharum peti sejuk. Hiris limau purut dan letakkan di dalam bekas kecil sebelum disusun di dalam peti sejuk.

hilangkan bau peti sejuk

  1. Nanas Beri Bau Manis

Sesiapa yang sukakan bau manis, bolehlah letakkan kulit nanas masak dalam peti sejuk. Tapi ia hanya tahan untuk beberapa hari saja. Selepas itu bolehlah diganti dengan kulit nanas yang baru.

hilangkan bau peti sejuk

 

  1. Soda Bikarbonat Bersihkan Peti Sejuk

Ini cara paling lagend. Caranya mudah saja.  Ambil beberapa sudu soda dan bancuh dalam air. Basahkan kain dengan air soda tadi dan lapkan di sekeliling bahagian peti ais. Hasilnya bau busuk hilang dan peti air bersih daripada segala kesan kotoran. Untuk hasil lebih berkesan, campurkan sedikit cuka.

Selepas dibersihkan dengan air soda tadi, bolehlah letakkan haruman-haruman di atas. Pasti bau peti sejuk mak kita macam bau kedai. Wah, segarnya….

hilangkan bau peti sejuk

 

Semoga artikel Solusi Hilangkan Bau Peti Sejuk ini bermanfaat kepada anda. Selamat kembali ke Bandar Raya.

 

 

 

 

(Visited 4 times, 1 visits today)