4 SOLUSI HILANGKAN PIGMENTASI KULIT MUKA

Perubahan warna pada kulit muka sememangnya sangat menganggu penampilan kita. Salah satu efek yang disebabkan terdedah kepada sinaran matahari adalah pigmentasi kulit muka.

 

Perubahan warna kulit inilah yang menyebabkan warna kulit muka nampak tidak sekata. Walaupun boleh ditutupi atau disamarkan dengan penggunaan mekap atau solekan, namun ia tetap membuatkan kita rasa tak selesa.

 

Empat Cara Mengatasi Masalah Pigmentasi Kulit Muka Secara Semulajadi

1. Lidah Buaya

Gel lidah buaya bukan sahaja sangat efektif untuk penjagaan rambut yang sihat dan menawan. Malahan turut bermanfaat untuk menyamarkan bekas-bekas luka serta tompok-tompok kehitaman pada muka.

 

Kita hanya perlu menyapu gel lidah buaya ini pada kulit muka yang bermasalah. Biarkan selama 20-30 minit, setelah itu barulah dibilas dengan air bersih.

pigmentasi kulit muka2. Ubi Kentang

Khasiat yang terdapat pada ubi kentang juga dikatakan mampu menghilangkan kesan pigmentasi kulit muka. Ambil hirisan ubi kentang dan gosokkannya pada muka yang bermasalah itu dan biarkan selama 10 minit.

 

Bagi mendapatkan hasil terbaik, tambahkan sedikit dengan perahan  lemon ataupun limau nipis.

pigmentasi kulit muka

 

3. Yogurt, Limau Nipis Dan Madu

Bekas pigmenatasi kulit muka boleh dihilangkan dengan pemakaian masker yang diperbuat daripada yogurt, perahan limau nipis dan madu.

 

Sapukan pada muka campuran masker tersebut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian barulah bersihkan muka sehingga bersih.

pigmentasi kulit muka

4. Jus Lemon Dan Minyak Zaitun

Lemon dan minyak zaitun adalah kombinasi hebat untuk memulihkan masalah kulit.  Perahkan setengah biji jus lemon dan campurkan dengan satu sudu madu. Gaul rata dan sapukan pada muka. Biarkan 20 minit sebelum dibersihkan dengan air biasa.

pigmentasi kulit muka

 

Inilah antara cara semulajadi yang efektif bagi menghilangkan pigmentasi kulit muka. Selamat mencuba!

 

BACA TONA KULIT TAK SEKATA, KETAHUI PUNCA DAN CARA MENGATASINYA