TINGKATKAN KUALITI HIDUP DENGAN HITACHI UNTUK KEDIAMAN SERBA CANGGIH

Bagaimana sekiranya kita boleh mengubah kediaman kita menjadi ruang kehidupan yang sempurna dan serba canggih? Hitachi Sales (Malaysia) Sdn. Berhad, sebagai salah satu peneraju dalam industri peralatan rumah ada jawapannya.

Dalam kempen barunya yang bertema Upgrade for Life mendorong pengguna meningkatkan kehidupan. Hitachi ingin menjadikan kehidupan harian pengguna lebih bermakna dan berkualiti.

“Hitachi dikenali kerana menggabungkan teknologi termaju dalam produknya, ditambah pula dengan kepercayaan yang terbina bersama reputasinya sepanjang 100 tahun sebagai jenama yang boleh dipercayai. Semakin ramai pengguna yang menginginkan peralatan rumah yang lebih yang tahan lebih lama dan dapat membantu meringankan kerja-kerja di rumah.

Kesemua produk yang kami pamerkan hari ini diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan teknologi terkini untuk membawakan kemudahan dan meningkatkan kualiti hidup pengguna kami,” kata Takahiro Ishii, Pengarah Urusan, Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Berhad.

 

Peti Sejuk Hitachi Baru yang Bertaraf Dunia dari Siri Big French Deluxe (R-W720P7M)

Peti sejuk Big French baru yang bergaya ini didatangkan dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan. Ia membawakan kuasa penyejukan yang hebat digandingkan dengan keupayaan penjimatan tenaga yang luar biasa, dengan adanya ciri Inverter dan Penyejukan Dwi Kipas.

Pemampat inverternya yang padat lagi  berkuasa dapat menyediakan udara yang mempunyai kemampuan penyejukan yang lebih hebat dengan menggunakan kuasa yang begitu rendah dengan bantuan Sensor Eco Thermo yang terbina dalam.

Penyejukan Dwi Kipas membolehkan kompartmen penyejuk beku dan peti sejuk mempunyai suhu berbeza supaya bahan makanan kekal segar dan tidak berbau dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

Ciri Kawalan Kelembapan memastikan penyejukan secara tidak langsung dan kelembapan sehingga kira-kira 92%. Rak Kaca Tahan Pecahnya adalah kalis calar,   tahan panas dan boleh menahan muatan sehingga 100KG. Peti sejuk Big French didatangkan dengan Pengawal Skrin Sesentuh  pada panel kaca yang rata yang memberikan anda fleksibiliti untuk menukar pengesetan dengan hanya satu sentuhan sahaja. Hitachi menawarkan waranti pemampat selama 10 tahun bagi semua peti sejuknya.

hitachi

 

Cucian Mudah dengan Mesin Basuh dari Siri Ultra-Stream Wash (SF-240XWV)

Mesin basuh dari Siri Ultra-Stream Wash baru oleh Hitachi membolehkan anda mencuci pakaian dengan muatan yang lebih besar dengan memanfaatkan aliran air yang kuat dan berkuasa untuk mencuci pakaian anda dengan menyeluruh.

Bilah besar pada permukaan “pulsator” mengincah cucian untuk memastikan air yang sarat dengan pekatan pencuci menyerap masuk ke dalam fabrik dan ia menghasilkan aliran air yang kuat tanpa pembaziran. Air dari pancurannya yang kuat dan meluas meliputi seluruh permukaan kain untuk memastikan pembersihan yang menyeluruh, menyingkirkan kotoran dan kesan bagi hasil cucian yang bersih dan segar.

Anda boleh mencuci sehingga 24KG kain, terutamanya item yang besar dan tebal seperti langsir atau sarung sofa di rumah anda sendiri. Jimatkan wang, tenaga dan masa dengan mencuci kain kotor untuk seminggu sekaligus.

Mesin Basuh Ultra Stream Wash turut dilengkapi teknologi Pembersihan Sendiri Secara Automatik yang mencegah kulapuk dan bakteria sehingga 99%. Siri ini disahkan oleh Allergy UK Seal of Approval sebagai pengiktirafan terhadap kemampuannya yang terbukti mengurangkan atau membasmi alergen.

Hitachi yang komited untuk mengeluarkan produk berkualiti yakin menawarkan waranti motor selama 10 tahun bagi siri mesin basuh ini.

hitachi

 

Penyaman Udara yang Mendinginkan Udara dan Membersihkan Habuk dengan Sendiri (RAS-VX13CJ)

Penyaman Udara Premium Inverter dari Siri Kamera Latar Hitachi memperkenalkan Mod Pembersihan Fros yang membantu penyaman udara ini membersihkan habuk dengan sendiri. Ia membekukan penukar haba di dalam kaset penyaman udara dan mencairkan fros dengan serta-merta untuk membasuh habuk yang terkumpul di dalamnya.

Dengan Sistem Bersih Tanpa Kesan, kedua-dua laluan air dan udara kekal bersih dengan keluli tahan karat antibakteria.

Kamera Termo dan Imej, atau lebih dikenali sebagai Kamera Latar Berkembar “melihat” secara pintar untuk mengesan lokasi manusia dan tahap aktiviti mereka, dan ia juga mengambil kira kawasan terdapatnya cahaya matahari.

Ia kemudiannya melaraskan aliran udara dan suhu untuk disesuaikan dengan kenaikan atau penurunan suhu bilik walaupun sedikit untuk memberikan tahap keselesaan yang sewajarnya. Air Sleep Feel juga melihat keadaan anda semasa tidur sepanjang malam dan melaraskan suhu dan kelembapan secara automatik kepada tahap yang optimum bagi peringkat tidur yang berbeza. Ini dapat membantu anda tidur lena setiap malam.

Dengan setiap pembelian penyaman udara dalam siri ini, Hitachi menawarkan waranti 10 tahun bagi pemampat.

hitachi

 

Hapuskan Habuk dengan Pembersih Vakum Pelbagai Nozel dari Siri Cyclone (CV-SE22V) oleh Hitachi

Pembersih Vakum Pelbagai Nozel dari Siri Cyclone menampilkan kemudahan Pelbagai Nozel Pembersih yang membolehkan anda membersih mana-mana bahagian kediaman anda dengan mudah. Ia didatangkan dengan rangkaian nozel yang mudah digunakan seperti Nozel 2 Langkah untuk karpet atau lantai, Nozel Pelbagai Sudut dan Nozel untuk Krevis untuk membersihkan lebih banyak habuk walaupun di kawasan yang paling tersorok di kediaman anda.

Pembersih vakum Hitachi dari jenis siklon ini menjana Siklon Berkuasa Tinggi dengan motor 2200W yang menghasilkan aliran udara yang kuat untuk menyedut habuk yang paling halus dengan berkesan.

Habuk yang terkumpul dimampatkan oleh Sistem Pengasingan Habuk dan Udara Menggunakan Daya Emparan,membolehkan anda membuangnya dengan mudah dengan operasi satu sentuhan. Anda juga boleh menanggalkan Bekas Habuk yang Boleh Dicuci dan mencuci semua bahagian secara berasingan dengan air untuk mengekalkan kebersihannya.

Yang paling penting, siri ini mempunyai Penapis Nano Titanium dan Penapis HEPA(H13) untuk kesan antibakteria dan nyahbau yang hebat yang akan memerangkap dan menguraikan bau supaya kediaman anda lebih bersih.

Setiap pembelian satu unit Pembersih Vakum Pelbagai Nozel dari Siri Cyclone, Hitachi menawarkan waranti satu  tahun bagi motor.

hitachi

 

Periuk Nasi Pemanas Induksi (IH) dengan Inverter yang Paling Hebat untuk Nasi yang Lazat (RZ-JHE18Y)

Periuk nasi Pemanas Induksi (IH) dengan Inverter Hitachi menggunakan teknologi pemanas yang termaju dari Jepun untuk menghasilkan daya magnet yang menjana haba dalam periuk itu sendiri untuk menghasilkan nasi yang sedap dan gebu dengan tekstur yang sepatutnya.

Dengan adanya Periuk Besi Ketebalan 3.6mm buatan Jepun, haba dialirkan dengan seragam untuk memasak nasi dengan rata, manakala pilihan yang boleh dibuat daripada Mod Beras yang berbeza akan memastikan hasil yang terbaik bagi jenis beras yang dimasak.

Masaklah hidangan kegemaran anda dengan panel paparan yang Mudah Digunakan dan Mod Resipi Automatik kerana kedua-dua fungsi membolehkan anda memilih daripada 40 resipi yang terdiri daripada masakan Thai, Vietnam, Melayu-Cina dan Jepun yang terdapat dalam buku masakan kalis air yang disertakan dengan periuk nasi ini.

Boleh didapati dalam warna Perang Emas, dengan 15 Mod Masakan termasuklah Mod Stim dan Renih. Hitachi menawarkan waranti umum selama satu tahun, waranti untuk  elemen pemanasan selama dua tahun dan waranti dalaman periuk selama tiga tahun untuk semua periuk nasi.

hitachi

 

Produk-produk ini sudah boleh didapati di gedung-gedung barangan elektrik yang utama serta kedai-kedai barangan elektrik di seluruh Malaysia.

Laman web: www.hitachiconsumer.com.my.