HOTEL ON THE PARK DIBERI IMEJ & NAMA BAHARU GANTI HOTEL THEME PARK

HOTEL THEME PARK, RESORTS WORLD GENTING TELAH MENYIMPAN BANYAK NOSTALGIA BUAT PARA TETAMU YANG PERNAH MENGINAP DI HOTEL INI SEJAK BERGENERASI LAMANYA DAN IA MERUPAKAN SATU-SATUNYA HOTEL TAMAN TEMA YANG TERLETAK DI ATAS PUNCAK GUNUNG.

 

Hotel tersebut kini dikenali sebagai Hotel On The Park bersesuaian dengan Taman Tema Twentieth Century Fox World yang pertama di dunia dibina bersebelahannya. Ia memiliki rekaan struktur lama, berinspirasi bentuk berkotak, berkonsep retro dan bercirikan reka bentuk industri.

 

“Kami inginkan sesuatu yang lebih menarik, baharu dan berbeza,” kata Dato Edward Holloway, Naib Presiden Kanan Operasi Hotel, Resorts World Genting ketika ditanya mengenai pembangunan Hotel On The Park.

hotel

Dato Edward Holloway

Pihak resort berusaha mencari jalan bagi membolehkan lebih ramai tetamu menginap, tanpa melibatkan sebarang perubahan pada struktur hotel dan masih mengekalkan jumlah bilik yang sama iaitu sebanyak 448. Hotel berkonsep ‘bukan semua anda lihat anda dapat’ ini telah melalui satu proses perancangan yang panjang.

HOTEL

 

“Kami inginkan faktor ‘WOW’, jadi kami putuskan untuk membuat satu senarai barang keperluan yang tetamu inginkan di dalam sesebuah bilik hotel termasuk kerusi, almari, televisyen dan sebagainya. Kami mereka bentuk ruang bilik supaya ia lebih luas dan tetamu boleh mengharapkan semuanya sudah tersedia apabila mereka menginap nanti,” jelas Dato Edward.

 

hotel

HOTEL ON THE PARK DIREKA PENUH IMAGINASI

Hasilnya ia sesuatu di luar imaginasi. Para tetamu akan berjalan melalui kawasan lobi seluas 8,000 kaki persegi dan disambut oleh tiang yang dihiasi cawan-cawan teh gergasi. Tetamu turut berpeluang merasai sendiri pengalaman menakjubkan ketika  berada di dalam cermin berilusi mirip cerita klasik Lewis Carrol – Alice In Wonderland ketika beliau jatuh ke dalam lubang arnab.

 

Kerusi gergasi merah jambu turut disediakan untuk para tetamu duduk ketika menunggu giliran mendaftar masuk. Tidak cukup dengan itu, tetamu pasti tertarik dengan beberapa keping cermin berwarna-warni yang memberikan kesan cahaya spektrum menarik ketika melaluinya.

hotel

 

Bertemakan warna hijau dan polka dot serta  lukisan abstrak telur Easter, tandas awam Hotel On The Park kelihatan lebih menarik dan unik.

 

“Semua ini direka untuk menaikkan lagi keceriaan hotel itu sendiri dan memberikan gambaran awal keseronokan yang bakal dibawa oleh Taman Tema Twentieth Century Fox World,” kongsi Dato Edward.

 

Tanda arah sekitar kawasan hotel semuanya menggunakan tulisan tangan. Terdapat seni lukisan bergaris dengan pelbagai imej menarik dan watak-watak kartun di sekitar kawasan hotel.

 

Koridor yang menghubungkan kedua-dua sayap hotel turut dilukis dengan permainan ting ting bagi membolehkan kanak-kanak bermain dengannya. Limpahan cahaya lampu ilusi berwarna-warni turut menghiasi ruangan koridor. Nombor-nombor bilik pula dicat tangan di atas lantai di hadapan setiap pintu.

 

IMAGINASI TINGGI LAHIRKAN DEKORASI MINIMALIS PINTAR

Sebelum ini setiap bilik hanya boleh memuatkan antara dua hingga tiga orang tetamu pada satu-satu masa. Bagi menampung jumlah tetamu yang dijangka meningkat apabila Taman Tema Twentieth Century Fox World dibuka kelak, pihak Resorts World Genting menggandakan jumlah tetamu yang bakal menginap di dalam satu bilik dengan menjadikan katil sebagai ciri utama.

Lebih istimewa hotel ini menyediakan dua buah bilik untuk tetamu Orang Kelainan Upaya (OKU) atau untuk warga emas yang berkerusi roda bersama keluarga mereka. Bilik ini sangat luas dan selesa serta dilengkapi dengan kemudahan katil dan tandas OKU.

hotel

 

 

Kebanyakan bilik dilengkapi katil gaya tatami atau pangkin, gabungan dua katil kelamin yang mampu menampung sehingga empat orang tetamu. Katil bertingkat bersaiz kelamin juga disediakan bagi  membolehkan seramai enam tetamu berada di dalam satu bilik.  Katil  bertingkat direka untuk menempatkan kanak-kanak di bahagian atas supaya membolehkan ibu bapa berehat tanpa gangguan anak-anak.

 

 

Bahagian bawah pangkin turut berfungsi sebagai ruang penyimpanan. Ruang di bahagian ini boleh digunakan untuk menyimpan bagasi. Terdapat juga sebuah peti besi disediakan dalam ruang laci. Pakaian pula boleh digantung pada tombol-tombol disediakan pada lukisan almari. Bahkan anda sekeluarga tidak perlu berebut plug kerana ada banyak plug disediakan khususnya untuk caj telefon.

hotel

 

Televisyen pula digantung pada dinding dan panel berilustrasi membuatkan ia seolah-olah berada di dalam kabinet TV. Dekorasinya ternyata berjaya mengadaptasikan konsep minimalis yang pintar tanpa menjejaskan keperluan asas tetamu. Pendek kata, rekaan bilik-bilik ini sangat sesuai untuk keluarga besar. Pasti ia menjadi kegemaran pelancong dalam dan luar negara.

hotel

 

“Kami merekanya mengikut teori garis penglihatan. Matlamatnya adalah untuk memberikan lebih ruang menggunakan seni garisan,” jelas Dato Edward.

 

 

Bagi menggantikan langsir mahal dan berat, bidai gelap dengan ilustrasi berwarna putih digunakan untuk ilustrasi asli pada setiap bilik. Paling penting, bilik mandi, tandas dan sinki dipisahkan. Keadaan ini membolehkan tiga orang menyelesaikan urusan mereka serentak! Hebat bukan?

hotel

 

hotel

 

Sebuah kios makanan dan minuman mesra keluarga diberi nama Eatopia turut disediakan di kawasan lobi hotel. Anda boleh dapatkan makanan yang ringkas tapi mengenyangkan. Ia menawarkan beberapa menu menarik termasuk pelbagai pilihan roti sandwic, tortilla, pita, pasta, nasi lemak, sushi dan minuman sejuk serta panas.

 

hotel

hotel

Pengunjung turut boleh menikmati pilihan croissant, donut coklat, rasberi dan mufin beri biru. Pilihan makanan wrap atau berbalut, tetamu boleh memilih sama ada ayam avokado dan salad herba, ayam tandoori, pastrami daging lembu dengan keju serta itik bakar dengan sos hoisin.

 

Buat mereka pentingkan pengambilan sarapan pagi yang sihat, terdapat pilihan seperti oat bersama-sama mentega kacang, pisang, muesli, lobak dan kismis. Snek pula terdiri daripada biskut almond, aneka kentang goreng, snek bar sihat, biskut mentega, coklat, gula-gula dan lolipop.

 

Bagi yang masih berasa lapar pada waktu tengah malam dan inginkan kudapan, jangan risau, ada vending machine di tingkat hotel.

 

 

ALAMI SENDIRI PENGALAMAN DI HOTEL ON THE PARK

Baru-baru ini, team 123mamanet berpeluang untuk mengalami sendiri pengalaman bermalam dan bersiar-siar di kawasan sekitar Hotel On The Park. Sudah lihat barulah percaya. Jadi, anda kenalah datang dan saksikan sendiri keindahan dan keunikan dekorasi hotel ini.

 

hotel

 

Buat masa ini, taman tema masih dalam proses renovasi dan akan dibuka tidak lama lagi. Bagaimanapun, tanpa taman tema dalaman (indoor theme park) pun anda sudah cukup teruja untuk bercuti di sini. Anda boleh membeli-belah di di Genting Premium Outlet dan Sky Avenue yang begitu gah. Anda boleh menjamu selera di pelbagai restoran yang ada di sana termasuklah Restoran Seafood Steamboat yang terletak berhampiran dengan Hotel On The Park.

hotel

Anda juga boleh alami pengalaman menarik dengan menaiki Awana SkyWay untuk ke Hotel On The Park. Awana SkyWay ialah kereta kabel terbaru yang mempunyai ciri-ciri moden iaitu dengan lantai daripada kaca yang membolehkan anda melihat panorama di bawah kaki anda dan anda boleh caj telefon anda di port USB yang disediakan di dalamnya. Hebat bukan? Stesen Awana SkyWay ini terletak bersebelahan dengan Genting Premium Outlet.

hotel

Anda cintakan alam sekitar? Di belakang Hotel On The Park ada sebuah taman kecil bergelar The Talking Garden. Taman ini adalah sebuah taman lama yang dikekalkan untuk membolehkan tetamu berehat, bergambar atau menikmati panorama hutan tanah tinggi dari aras 6000 kaki di bawah paras laut. Ada juga sebuah kafe yang menjual minuman dan makanan ringan selain anda boleh memilih sepasu periuk kera untuk dijadikan anak angkat.

hotel

hotel

Untuk maklumat lanjut sila layari www.rwgenting.com atau YouTube https://www.youtube.com/watch?v=TMnYcZl6jcU

 

Cepat tempah bilik anda sekarang secara online di www.rwgenting.com  atau www.agoda.com untuk dapatkan harga menarik!

 

BACA TIP PERCUTIAN BAJET AGAR TIDAK STRESS!