57% IBU RASA KERJAYA TERKORBAN BILA MEMILIH UNTUK BERKELUARGA

SATU KAJIAN BARU OLEH MONSTER MALAYSIA MENDEDAHKAN BEBERAPA CABARAN TERBESAR DALAM KERJAYA WANITA DI MALAYSIA DAN KENAPA MAJIKAN PERLU MEWUJUDKAN  SUSASANA MESRA-KELUARGA UNTUK PARA IBU.

 

  • 70% wanita Malaysia masih menghadapi beberapa bentuk diskriminasi di tempat kerja.
  • Berita gembira, lebih daripada separuh wanita Malaysia dapat menggunakan waktu kerja fleksibel.
  • Tetapi 67% wanita merancang mencari pekerjaan dalam tempoh 12 bulan akan datang, dengan keseimbangan kerja dan hidup menjadi faktor terpenting bagi mereka.

kerjaya

 

Wanita di Malaysia sering merasa seolah-olah mereka terpaksa memilih antara kerjaya atau keluarga, berdasarkan penemuan dari kajian terbaru oleh Monster.com.

 

Sepertiga wanita berkata mereka “bersetuju” atau “agak setuju” bahawa mempunyai anak memberi kesan kepada matlamat dan peluang kerjaya mereka. Manakala 30% wanita yang mempunyai anak percaya bahawa kerjaya mereka telah disekat atas alasan anak. Sebanyak 28% berkata mereka “tidak pasti” jika mereka telah disekat.

kerjaya

KAJIAN MELIPUTI 700 RESPONDEN WANITA BERKERJAYA DI SELURUH NEGARA

Kajian itu, yang meninjau lebih 700 responden di seluruh negara, bertujuan untuk melihat cabaran yang dihadapi wanita di tempat kerja hari ini.

 

Melalui kajian itu, Monster.com juga ingin membantu majikan memahami bagaimana untuk menyesuaikan situasi pekerja wanita ini dan menggalakkan mereka untuk menyediakan suasana kerja yang lebih mesra-keluarga untuk mengekalkan pekerja wanita berbakat ini.

kerjaya

Kajian itu turut menyoal wanita mengenai cabaran mereka di tempat kerja. Rintangan terbesar adalah “bagaimana mereka dilihat “oleh rakan-rakan dan pelanggan (41%), diikuti dengan kekurangan peluang untuk maju atau mendapat kenaikan pangkat (40%) dan mengimbangi tuntutan kerja dan keluarga (37%).

 

Mengejutkan, hampir 70% wanita Malaysia menghadapi beberapa bentuk diskriminasi di tempat kerja. Ini termasuk tidak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat disebabkan oleh jantina (41%), yang “direndahkan” oleh bos atau pengurus mereka (29%), dan dipersoalkan mengenai keinginan mereka untuk memulakan keluarga semasa proses temuduga (25%).

kerjaya

Di samping itu, 19% wanita mengatakan mereka tidak diberi tanggungjawab tertentu di tempat kerja kerana komitmen rumahtangga mereka.  Manakala 12% telah digelar sebagai ‘bossy’ di pejabat,  kerana bertegas.

 

Walau bagaimanapun, wanita di Malaysia nampaknya mempunyai akses kepada beberapa kelonggaran di tempat kerja, dengan lebih daripada separuh (54%) dibenarkan untuk menggunakan jam kerja yang fleksibel. Sementara majoriti wanita tidak diberikan peluang untuk bekerja dari rumah (47%), lebih satu pertiga (34%) berpeluang.

 kerjaya

MAJIKAN PERLU MENYOKONG MEMBINA KERJAYA IBU BERBANDING MENCARI PEKERJA BARU

“Para ibu yang kembali ke tempat kerja dengan membawa kemahiran dan perspektif baru sering tidak dihiraukan. Mereka ini tidak dinilai dengan betul sedangkan mereka ini mempunyai pengalaman dan hanya perlu sedikit penyesuaian untuk kembali bekerja sepenuh masa.

 

Apa yang mereka perlukan adalah sokongan, pemahaman dan tujuan dan matlamat yang jelas terhadap tanggungjawab kerja mereka, “kata Sanjay Modi, Pengarah Urusan – Monster.com APAC dan Timur Tengah.

kerjaya

 

Beliau menambah, “Usaha menyokong pekerja wanita adalah lebih daripada sekadar memberi manfaat bersalin untuk membolehkan kumpulan pekerja yang bernilai ini kekal dalam industri. Majikan Malaysia mesti cuba mendekatkan diri dengan kumpulan ibu bekerja ini sambil mempertimbangkan keadaan mesra-keluarga dan polisi fleksibel.

 

Selain daripada hanya fokus untuk mencari pekerja wanita baru, majikan perlu melabur dalam mengekal, membimbing dan menaikkan tahap pekerja wanita yang sudah berpengalaman bagi mencapai postensi sebenar mereka.”

 

Dalam usaha untuk menunjukkan sokongan dan menggalakkan lebih ramai ibu untuk menyertai semula pasaran tenaga kerja, Monster Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen #SheMakesItWork untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu yang dihadapi oleh wanita di tempat kerja di seluruh Asia Tenggara.

kerjaya

Klik di sini untuk melihat video rasmi kempen yang menampilkan empat wanita di pelbagai fasa keibuan yang berkongsi perjuangan mereka dan memberikan nasihat kepada semua wanita yang menghadapi keadaan serupa.

Info lanjut layari Monster.com.my