Idea Bubur Sedap untuk Anak 6 Hingga 12 Bulan

bubur sedapUNTUK menyediakan bubur sedap untuk bayi dan kanak-kanak bukanlah sukar. Mama hanya perlu sedikit kreativiti dan maklumat tentang kebaikan sesuatu jenis bahan masakan. Pada peringkat awal pemakanan bayi, elok diperkenalkan makanan dalam bentuk bubur atau jika dikisar halus disebut sebagai puri.

Bubur boleh dinikmati oleh bayi berusia 9 bulan ke atas. Manakala struktur puri yang halus dan lembut memudahkan bayi berusia 6 -8 bulan untuk belajar menerima makanan  pejal serta mudah pula dihadam.

Bubur merupakan sumber karbohidrat pertama untuk bayi. Bubur sedap boleh dihasilkan daripada nasi, bijirin atau buah-buahan. Ikan, ayam, susu, cendawan dan sayur-sayuran boleh ditambahkan ke dalam bubur atau untuk melengkapkan lagi menu dengan protein dan fiber untuk menyokong tumbesaran yang sihat.

Untuk anak berusia 6 hingga 8 bulan, lazimnya makanan pejal akan dimasak hingga lembut dan dikisar hingga halus. Bagi anak yang berusia 9 bulan ke atas, boleh cuba lenyekkan atau mengisar kasar makanan tersebut.

Cara penyediaan dan contoh puri serta bubur sedap untuk bayi dan kanak-kanak

Idea puri untuk bayi 6 bulan:Bubur sedap■ Puri epal
■ Puri kentang
■ Puri pisang
■ Puri lobak merah
■ Puri nasi dan bayam

 

Buah-buahan atau sayur-sayuran yang agak keras boleh dikukus atau direbus terlebih dahulu. Kemudian dikisar halus, disejukkan dan dibekukan. Pisang dan oat boleh dimakan terus.

 

Antara idea bubur sedap untuk anak yang berusia 9 bulan ke atas:Bubur sedap

■ Bubur nasi bersama tuna dan kacang buncis
■ Bubur nasi bersama labu dan isi ikan
■ Bubur nasi bersama sup kentang, kacang panjang dan lobak merah
■ Bubur nasi ayam dan brokoli

Bubur sedap

 

Protein dan sayuran yang dimasukkan ke dalam bubur digalakkan dipotong kecil untuk memudahkan anak makan sambil belajar mengunyah.
Awas!
Makanan pejal hanya boleh dimulakan apabila bayi berusia 6 bulan. Jika makanan pejal diberikan sebelum usia itu, dikhuatiri akan timbul masalah penghadaman atau usus disebabkan sistem penghadaman bayi yang belum bersedia dan belum cukup matang untuk menerima makanan selain susu.

 

Teks: Hifzaila Hafni

Panduanpemakanananak.blogspot.com

Leave a Reply