SERTAI PENCARIAN WAJAH INNERSHINE CANTIK SEMULAJADI HARI INI!

Serlahkan kecantikan semulajadi anda dengan bantuan formulasi terbaru BRAND’S InnerShine Pati Prun dengan Vitamin E bersama Siti Saleha selaku duta jenama InnerShine yang baharu!

 

Bersempena pelancaran formulasi terbaru ini, BRAND’S Suntory (Malaysia) Sendirian Berhad menganjurkan pertandingan Pencarian Wajah #InnerShineCantikSemulaJadi bersama Watsons Malaysia.

 

Bermula pada 1 Mac sehingga 23 April 2018, pertandingan Pencarian Wajah #InnerShineCantikSemulaJadi merupakan pertandingan interaktif bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengekspresikan kecantikan semulajadi mereka. Seterusnya, peserta berpeluang untuk tampil dalam kempen promosi InnerShine® yang seterusnya bersama selebriti Malaysia, Siti Saleha.

innershine

“Kami mahukan rakyat Malaysia menikmati manfaat yang hebat daripada pati prun. Kulit berseri dan tampak muda yang dikecapi bukan saja hasil daripada rejim kecantikan luaran, tetapi ia juga hasil daripada pengambilan nutrien yang secukupnya untuk tubuh badan.

 

Pertandingan Pencarian Wajah #InnerShineCantikSemulaJadi mencerminkan intipati kerjasama unggul kami  bersama Watsons Malaysia, yang berkongsi wawasan untuk membantu orang ramai  untuk tampil kelihatan hebat dan yakin setiap hari. Ia juga adalah salah satu cara untuk memberi peluang kepada peminat untuk mendekati Siti Saleha yang juga percaya kecantikan semula jadi bermula dari dalaman.

 

Kami berharap agar masyarakat dapat menyerlahkan detik-detik kejelitaan dan kegemilangan mereka dengan menyertai pertandingan yang menyeronokkan ini. Jangan berlengah lagi!, jelas ” Kuang Ming Ming, Pengurus Besar BRAND’S Suntory (Malaysia) Sendirian Berhad.

innershine

Cara Sertai Pencarian Wajah InnerShine Cantik SemulaJadi 

Bagi menyertai pertandingan ini, ikuti langkah mudah berikut: daftarkan diri sebagai ahli Watsons Malaysia (jika anda belum menjadi ahli) dan beli pek 12 botol atau 24 botol BRAND’S InnerShine Pati Prun dengan Vitamin E, dan pastikan anda menyimpan resit sebagai bukti pembelian.

 

Rakam foto diri anda yang paling fotogenik di mana kecantikan semulajadi anda terserlah, muat naik pada laman sosial Instagram dan letakkan kapsyen paling kreatif  berserta hashtag #InnerShineCantikSemulaJadi dan anda berpeluang memenangi:

 

  • HADIAH UTAMA berupa 200,000 mata Watsons VIP dan tampil dalam kempen promosi InnerShine yang seterusnya bersama duta InnerShine Siti Saleha.

 

  • Satu daripada 12 HADIAH SAGUHATI berupa 100,000 mata Watsons VIP setiap seorang dan produk BRAND’S InnerShine.

 

  • PALING BANYAK “LIKE”: Hadiah wang tunai RM500 bagi peserta yang memiliki jumlah “Like” tertinggi untuk foto pada Instagram.

 

Pastikan akaun Instagram anda disetkan kepada mod umum kerana BRAND’S Suntory akan menghubungi pemenang secara terus dan juga mengumumkan pemenang menerusi Instagram.

 

BRAND’S InnerShine Pati Prun dengan Vitamin E boleh dibeli pada harga runcit RM32 untuk satu pek enam botol dan RM58 untuk pek 12 botol di kesemua kedai rangkaian Watsons di seluruh negara, dan rangkaian farmasi serta pasaraya terpilih.

 

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang pertandingan Pencarian Wajah #InnerShineCantikSemulaJadi atau BRAND’S InnerShine Pati Prun dengan Vitamin E, sila layari laman Facebook BRAND’S InnerShine di

Facebook: Innershineclub

Laman web BRAND’S® di www.brandsworld.com.my

BACA: SOLUSI MUKA CANTIK BILA BANGUN TIDUR