INSURANS PERJALANAN UNTUK PERLINDUNGAN SEWAKTU BERCUTI

Kaji selidik “Tune Protect Travel Trend” mendapati bahawa rakyat Malaysia sememangnya bimbang tentang keselamatan ketika melancong tetapi masih mengabaikan insurans perjalanan.  

Walaupun cuti hujung minggu panjang dan cuti am adalah waktu yang tepat bagi si pengembara untuk pergi bercuti, namun perkembangan dunia semasa yang tidak menentu menyebabkan keseronokan merancang percutian terbantut.

Pelbagai kejadian mengejutkan telah berlaku pada tahun 2016 seperti penularan virus Zika, letusan gunung berapi di Bali dan pengeboman di Paris yang mengakibatkan ramai pelancong terkandas. Ini telah menimbulkan kerisauan di kalangan pengembara tentang keselamatan mereka.

Menurut kaji selidik “Tune Protect Travel Trend”, dua isu yang paling dikhuatiri pengembara adalah penularan penyakit dan bencana alam semula jadi. Ini diikuti dengan ancaman pengganas dan pergolakan politik.

Fakta-fakta yang turut membimbangkan mereka termasuk ketidakstabilan ekonomi semasa dan kejatuhan nilai wang Ringgit, dengan 9 daripada 10 rakyat Malaysia ingin mengambil percutian yang berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.

Meskipun bimbang dengan isu-isu tersebut, kebanyakan peserta kaji selidik memilih untuk meneruskan rancangan percutian mereka.

Namun begitu, lebih 70% responden lebih berminat untuk menikmati percutian singkat di destinasi-destinasi di mana nilai Ringgit lebih tinggi. Ini mungkin antara faktor yang menyebabkan ramai cenderong melancong ke destinasi-destinasi sekitar rantau ASEAN.

BACA: TIP MERANCANG PERCUTIAN BAJET AGAR TIDAK STRES

LIKE & SHARE MAMANET

insurans perjalanan

PASTIKAN PERCUTIAN DILINDUNGI INSURANS PERJALANAN

Perkembangan dunia semasa yang tidak menentu jelas menunjukkan betapa pentingnya aspek keselamatan dan perlindungan. Oleh itu, perlindungan perjalanan perlu diberi perhatian semasa merancang percutian.

“Sebuah percutian yang lancar memerlukan tiga P iaitu Perancangan (Planning), Mengemas Beg (Packing) dan Perlindungan (Protection). Malangnya kebanyakan orang tidak menitikberatkan aspek perlindungan. Hasil kaji selidik kami mendapati, ia (insurans perjalanan) dianggap perkara yang paling tidak penting apabila merancang percutian,” kata Razman Hafidz Abu Zarim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect.

“Situasi semasa membuatkan kebanyakan pengembara lebih mengutamakan keselamatan dan kos. Oleh itu, insurans perjalanan adalah sangat relevan sekarang. Rakyat Malaysia harus mengambil kira kos sebenar yang perlu ditanggung jika mereka tidak dilindungi,” tambahnya lagi.

SETUJU INSURANS PERJALANAN PENTING, TETAPI MASIH TIDAK DILINDUNGI

Walaupun kebanyakan pengembara (94%) bersetuju yang insurans dapat melindungi mereka, hakikatnya masih ramai yang tidak menjadikan insurans perjalanan sebagai keutamaan. Rata-rata yakin bahawa tiada perkara buruk akan berlaku jika mereka lebih berhati-hati.

Namun begitu, sebilangan besar (7 daripada 10 pengembara Malaysia) turut menyatakan mereka pernah mengalami situasi seperti kelewatan penerbangan, pembatalan di saat akhir, bantuan perubatan dan pemindahan kecemasan.

insurans perjalanan

BIMBANG TENTANG KESELAMATAN, TETAPI TIADA LANGKAH UNTUK MENGATASINYA

“Sebagai sebuah peneraju insurans digital, kami berharap dapat menyakinkan para pengembara yang mempunyai persepsi positif terhadap insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka dengan pelan insurans yang berkenaan ketika melancong,” kata Razman.

“Buat masa ini, 9 daripada 10 rakyat Malaysia sudahpun percaya bahawa insurans perjalanan senang dibeli dan mudah diperolehi. Kini, apa yang perlu cuma kerelaan si pengembara untuk membeli insurans perjalanan setiap kali dia pergi bercuti,” ujarnya lagi.

Sebuah pelan yang komprehensif mempunyai manfaat-manfaat seperti pembayaran balik untuk barangan kepunyaan peribadi yang rosak, hilang atau dicuri dan gantian untuk perbelanjaan tidak dikembalikan seperti hotel, kapal pelayaran dan tempahan lawatan, bantuan kecemasan 24-jam, dan manfaat-manfaat lain yang jarang diketahui seperti perlindungan pra-penerbangan dan rawatan perubatan susulan. Berdasarkan kaji selidik tersebut, 60% rakyat Malaysia tidak mengetahui yang insurans perjalanan mempunyai manfaat yang melindungi mereka sebelum dan selepas percutian.

Contohnya, perlindungan pra-penerbangan meliputi Pembatalan Perjalanan sekiranya pemegang polisi atau salah seorang ahli keluarga dimasukkan ke hospital akibat penyakit atau kemalangan, dan untuk Ketinggalan Penerbangan sekiranya terlepas penerbangan yang telah disahkan dan dijadualkan akibat gangguan dalam perkhidmatan pengangkutan awam.

Perlindungan pasca penerbangan termasuk pembayaran balik untuk bagasi atau barangan kepunyaan peribadi yang hilang atau rosak, termasuk kerosakan bagasi oleh pengangkutan awam sewaktu ketibaan atau kembali, dan rawatan susulan sehingga 30 hari selepas kejadian, di negara asal pemegang polisi.

Kesemua perlindungan ini dan manfaat-manfaat lain dapat melindungi pengembara daripada perbelanjaan yang tidak diduga. Untuk maklumat lanjut tentang insurans perjalanan Tune Protect dan Tune Protect Travel Easy yang komprehensif, berpatutan dan mudah dibeli, layari www.tuneprotect.com.