BEST BETUL JADI ANAK BONGSU, KETAHUI 7 KELEBIHAN LUAR BIASANYA!

Dilahirkan sebagai anak bongsu? Anda sememangnya cukup bertuah! Sebagai anak bongsu tentunya kita cukup beruntung kerana biasanya kita akan mendapat banyak perhatian yang melimpah ruah daripada emak ayah dan juga adik beradik yang lain.

Sungguhpun sering dilabelkan sebagai anak yang manja atau childish tetapi sebagai anak yang menutup tirai, kita juga mungkin akan dibanding-bandingkan dengan adik beradik ataupun saudara mara yang lain.

Apatah lagi, jika anak sulung atau adik beradik kita yang lain mempunyai IQ lebih tinggi dibandingkan dengan kita.

Apapun, jangan cemburu, dengki atau sakit hati kerana sebagai anak bongsu kita juga mempunyai banyak kelebihan atau keistimewaan yang luar biasa. Jadi, bersyukurlah ya!

BACA: SAMBUT ANAK BANGUN TIDUR, PERLUKAH?

LIKE & SHARE MAMANET

anak bongsu

BERIKUT BEBERAPA KEISTIMEWAAN DARI ANAK BONGSU

  1. SENTIASA CERIA

Berbeza dengan anak sulung yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam perkara menjaga adik-adiknya. Anak terakhir ini lebih bebas.

Dalam erti kata lain, sifat dari anak bongsu ini biasanya lebih fleksibel dan tidak terikat, sehingga kelihatan sebagai anak yang sangat ceria. Orang-orang yang berada disekelilingnya juga akan berasa lebih selesa.

anak bongsu

  1. PUNYA SIFAT HUMOR YANG MENYENANGKAN

Selera humornya juga sangat unik dan berbeza. Kemampuan berfikir yang begitu kreatif dan juga berbeza membuatkannya mampu untuk mengeluarkan bahan-bahan gurauan atau lawak yang spontan dan agak gila-gila orang.

anak bongsu

  1. LEBIH KREATIF

Anak bongsu sering belajar daripada pengalaman dan juga kesalahan yang pernah dilakukan dengan adik beradiknya.

Keadaan ini menjadikannya cenderung mempunyai fikiran out of the box. Suka melakukan sesuatu yang tidak biasa dan akhirnya menjadi lebih kreatif dan suka mencuba sesuatu yang baru dalam hidup.

anak bongsu

  1. PENDENGAR YANG SETIA

Sebagai anak yang terakhir, hubungan dengan adik beradik sangat akrab, terutama si abang.

Sering dijadikan tempat untuk adik beradik berkongsi cerita dan dengan sendirinya akan terlatih untuk menjadi seorang pendengar yang cukup baik dan setia.

Kemampuan ini jelas membuatkan orang-orang yang berada di seliling akan berasa selesa untuk berkongsi cerita denganya.

anak bongsu

  1. SERING DIRINDUI

Jika di rumah sering dijadikan bahan ejekan ataupun leteran, tetapi kalau tiada di rumah andalah yang paling dicari dan dirindui.

Tanpa disedari, anak paling terakhir ini mampu membuatkan keluarga atau orang lain bahagia dengan sifatnya yang loveable.

anak bongsu

  1. TIDAK SUKA MENGELUH

Ada banyak sifat dan karakter menarik yang membuatkan orang lain jatuh hati dengan anda. Disebabkan dilahirkan sebagai anak terakhir dengan pelbagai liku-liku kehidupan, mereka lebih suka menikmati kehidupan yang ada tanpa perlu banyak mengeluh.

Mungkin juga kerana tidak terlalu terbeban dengan hal-hal yang lebih berat sejak kecil, mereka ini cenderung lebih santai. Jadi, sifat itulah yang membuatkan mereka ini jadi lebih jauh menyenangkan, pandai menjaga diri dan mengatur emosinya dengan baik.

Namun, sebagai anak terakhir mereka juga akan mengalami saat-saat sukar dalam kehidupan ini. Sungguhpun begitu, mereka akan selalu melihat sisi postif dari masalah dan lebih bijak untuk menjadi jalan untuk menyelsaikannya.

anak bongsu

  1. KEKASIH YANG IDEAL

Sepasang kekasih yang ideal adalah si sulung dan si bongsu. Satu kombinasi perhubungan yang sangat sepadan. Keduanya boleh diibaratkan sepohon pokok yang rendang yang akan menjadi tempat berteduh yang cukup menyejukkan.

Pasangan ini akan menjadi pasangan ideal yang akan selalu berjalan seiringan. Keduanya akan saling melengkapi dan menutupi kekurangan serta kelebihan masing-masing tanpa perlu berubah menjadi orang lain.

anak bongsu

Itulah beberapa keistimewaan yang paling banyak dimiliki oleh anak bongsu. Macam mana? Adakah ianya kena dengan sifat-sifat keperibadian diri anda?

Biarpun sering dianggap anak manja yang kurang pandai berdikari, tetapi sebenarnya anak bongsu boleh menjadi lebih dewasa. Jadi, jangan ambil kisah sangat bila anda dilebelkan begitu, ok!

(Visited 3 times, 1 visits today)