PPZ-MAIWP LANCAR KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT

Tahun 2018 bakal berlalu dan tahun 2019 semakin dekat. Sudahkah anda melunaskan kewajipan yang telah ditetapkan-Nya? Hari ini, menjelang hujung tahun 2018, Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan kempen Jadi Kaya Dengan Zakat. Tujuannya adalah untuk menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada masyarakat.

Sebagai umat Islam, zakat adalah kewajipan yang patut ditunaikan apabila sudah memenuhi syaratnya. Keberkatan menunaikan zakat mampu mengembalikan hak asnaf yang terdapat dalam harta kita. Bahkan mengeluarkan zakat juga ternyata mampu membuatkan kita menjadi lebih kaya!

jadi kaya

Jadi Kaya Dengan Berkongsi Rezeki

Orang yang kaya adalah orang yang mampu membahagi atau berkongsi rezekinya kepada orang lain. Lagipun harta yang kita miliki di dunia ini bukan sepenuhnya milik kita, kerana terdapat hak orang lain di dalamnya. Pastikan hak-hak orang lain itu dapat dipulangkan semula melalui ibadah zakat bagi menyucikan harta tersebut.

Kempen ‘Jadi Kaya Dengan Zakat’ ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.

jadi kaya

Antara Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember ini ialah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Di samping itu, kampen ini juga bertujuan untuk mengalakkan umum membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat.

jadi kaya

JOM, BAYAR SEKARANG!

Bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan.Pada 1 Disember hingga 25 Disember, kaunter PPZ-MAIWP, dibuka bermula jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang dan diserikan dengan selebiriti pilihan.

Justeru itu, PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita.

Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk kita tidak menunaikan zakat atau menangguhkannya lagi.

‘PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT’

SELAMAT BERZAKAT
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my
Talian zakat: 1300885757

(Visited 18,960 times, 1 visits today)