JASMINE DAN TEFAL LANCARKAN HARI BERAS

Bagi meraikan beras sebagai makanan rugi Malaysia dan mengikis tanggapan bahawa nasi adalah penyebab masalah kesihatan, Jasmine dan Tefal telah berganding bahu melancarkan Hari Beras.

 

Sepertimana yang kita telah ketahui, beras merupakan makanan ruji penting buat jutaan manusia di dunia ini, khususnya di rantau Asia.

 

Akhirnya pada 10 Oktober 2017, beras mendapat pengiktirafan yang setimpalnya apabila Jasmine Food Corporation dan Tefal berganding bahu bagi melancarkan Hari Beras.

 

Acara ini julung kalinya dan beras diberikan penghormatan sedemikian serta diberikan hari keraiannya yang tersendiri.

 

Jasmine Food Corporation dan Tefal berhasrat untuk menganjurkan majlis seumpama ini  sebagai acara tahunan. Ia bukan sahaja untuk meraikan makanan ruji negara ini, malah mendidik kebaikan memakan nasi dan sekaligus memperbetulkan salah tanggapan bahawa beras adalah penyebab utama kepada pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes.

hari beras

Rangkaian Produk Jasmine Diperkenalkan Pada Hari Beras

Pada hari berkenaan, Jasmine Food Corporation akan memperkenalkan rangkaian produk beras berkhasiatnya, dan disokong Tefal, selaku pembuat peralatan memasak terkemuka dunia.

 

Acara sulung Hari Beras itu telah berlangsung baru-baru ini di ibu negara dan telah disempurnakan oleh  Pengerusi Jasmine Food Corporation, Abdul Karim MD Lassim.

 

“Beras adalah makanan yang dijamah rakyat Malaysia setiap hari dan ketika kita sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara yang sihat, kita seharusnya belajar mengenai makanan telah diambil.

 

Usaha bersama  Jasmine dan Tefal diambil untuk mengiktiraf kepentingan beras kepada orang ramai sememangnya harus dipuji. Kami pastinya juga berbesar hati untuk mula memperingati Hari Beras secara tahunan,” jelas beliau.

 

Sebagai makanan ruji kebangsaan, beras sentiasa menjadi antara hidangan yang popular dan digemari rakyat Malaysia, misalnya nasi lemak, nasi kerabu, nasi kandar dan banyak lagi pilihan yang lain.

 

Kebanyakan orang tempatan lazim memakan nasi  kerana ia merupakan sumber utama karbohidrat dan tenaga. Namun, di sebalik itu, ramai percaya bahawa pengambilan beras boleh memudaratkan kesihatan.

hari beras

Nasi Tetap Pilihan Sihat

Maka, Jasmine dan Tefal berusaha untuk menjelaskan kepada orang ramai yang nasi tetap boleh menjadi pilihan yang sihat. Dengan memilih beras yang indeks glisemik rendah, orang ramai boleh menikmati beras tanpa perlu bimbang akan kesan negatif kepada kesihatan mereka.

 

“Matlamat Jasmine Food Corporation dan Tefal bekerjasama mengadakan “Hari Beras” adalah untuk mengikis persepsi orang ramai yang beras ialah penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit, yang langsung tidak dibuktikan secara saintifik.

 

Selain itu, acara ini juga bertujuan memperkenalkan pelbagai produk beras yang dipasarkan Jasmine di negara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, En. Lim Swee Keat.

 

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa beras bukanlah punca penyakit kardiovaskular seperti diabetes. “Sebagai peneraju dalam pembuatan peralatan dapur dan memasak, kami mahu terus melibatkan diri dalam penyediaan hidangan ikonik tempatan dan berkhasiat untuk orang yang tersayang,” jelas Jack Wong, Pengurus Negara GROUPE SEB Malaysia.

 

“Kami berazam untuk memperbetulkan salah tanggapan terhadap nasi sebagai punca masalah kesihatan melalui teknologi memasak kami yang sihat, moden dan praktikal,” tambah beliau lagi.

 

Ketua Eksekutif Jurumasak Sekolah Kulinari Kolej Universiti KDU, Chef Fami Taufeq dan Chef Ili Sulaiman, yang merupakan juara Food Hero 2016, turut bergabung tenaga untuk memasakkan beberapa hidangan nasi kegemaran mereka.hari beras

hari beras

Di samping itu, Kolej Universiti KDU, juga telah mengilhamkan satu resepi istimewa yang dinamakan “Nasi Lemak Malaysia” bersempena acara tersebut.

 

“Hari Beras” ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pertanian dan Padiberas Nasional Berhad. Acara selama seminggu ini akan berlangsung dari 9 hingga 15 Oktober dengan jadual aktiviti padat menanti orang ramai untuk berhibur bersama ahli keluarga masing-masing.

 

Para pengunjung juga berkesempatan mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan Institut Jantung Negara selain menghadiri ceramah-ceramah kesihatan kendalian pakar pemakanan dan jurulatih kecergasan bertauliah.

 

Di samping itu, bengkel memasak, demonstrasi, pemberian percuma sampel beras Jasmine, cabutan bertuah oleh Tefal dan pertunjukkan menggiling padi juga diatur untuk memeriahkan acara itu nanti.

 

BACA – 4 BIJIRIN UNTUK SARAPAN SIHAT