JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN & SOLAT, KU JATUH HATI PADA MELBOURNE!

MELBOURNE, AUSTRALIA TERKENAL DI KALANGAN PELANCONG SELURUH DUNIA. BANDAR INI ADA TARIKANNYA YANG TERSENDIRI YANG MENAWARKAN KOMBINASI MAKANAN, MINUMAN, SUKAN, SENI DAN KEBUDAYAAN.

 

Maka tidak hairanlah bahawa ramai kaki jalan menganggap Melbourne sebagai syurga makanan, Australia turut menjadi hub makanan halal, terima kasih kepada pertumbuhan populasi Muslim di sini.

 

Bahkan satu perlima daripada populasi muslim Australia tinggal di Melbourne dengan mewarisi tradisi daripada lebih 60 buah negara. Berikut ialah beberapa destinasi yang menawarkan makanan halal bertaraf dunia.

 

Melbourne

 

 

Rumi menawarkan menu berdasarkan pengalaman amalan tradisional di Lubnan dengan menu daripada yang kecil ke hidangan bersaiz sederhana yang dihidangkan di atas meja. Makanan ini ada asli tetapi disesuaikan dengan  sentuhan tersendiri. Saiz pinggan menggalakkan perkongsian mengikut gaya makan tradisional Lubnan.

http://rumirestaurant.com.au/

Melbourne

 

Salah satu francais yang berkembang pesat di Australia ialah Burger Edge yang menyediakan 100% menu Halal. Burgernya menggunakan daging lembu premium, yang diberi makan rumput. Ia menawarkan buger yang dipanggang dengan sedikit perisa bersama salad segar. Lebih menarik, burger ini boleh diubahsuai mengikut cita rasa anda.

http://burgeredge.com/

Melbourne

Restoran Alamaro Italian berbangga menawarkan masakan Itali tulen dan pengalaman menikmati makanan original serta pakar dalam penyediaan steak, makanan laut, pasta, ikan dan banyak lagi untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

http://www.alamarohalal.com.au/

 

Melbourne

Chilli India akan memberi inspirasi kepada anda untuk menikmati kepelbagaian rempah ratus di dalam masakan India yang sempurna. Menawarkan nikmat suasana makan terbaik yang sukar dilupakan. Restoran ini telah beroperasi sejak sekian lama.

http://chilliindia.com.au/

Melbourne

PELBAGAI LOKASI MENARIK DI MELBOURNE YANG WAJIB DILAWATI

Jika anda ingin melihat dari mana hasil keluaran pertanian, berkunjunglah ke tanah subuh Victoria, Yarra Valley hanya lebih kurang sejam memandu ke arah timur laut Melbourne. Mulakan hari anda dengan belon udara panas di Global Belon Australia, meredah belukar di Taman Negara Lake Eildon, memetik buah-buahan di Rayner’s Orchards ini, nikmati makan tengah hari anda di Buxton Trout & Salmon Farm atau menikmati manisan di Beechworth Bakery.

https://visityarravalley.com.au/Melbourne

Melbourne

Terdapat banyak lagi tarikan Melbourne selain masakan. Ia merupakan sebuah kota yang berbaloi untuk ditakluki dengan kesibukan penghuninya, lorong kreatif, butik pakaian dan kafe-tingkap dan seni jalanan yang bersilih-ganti. Jangan lupa untuk melihat mural, paste ups and stencils di laluan lorong Fliinders laluan antara Russel Street dan Swanston Street.

Melbourne

 

Untuk pengalaman lebih mencabar, pandulah selama dua jam dari Melbourne ke  ke Philip Island untuk melihat pantai nan indah, taman hutan belukar dan banyak hidupan liar termasuk koala, kanggaru, anjing laut dan penguin. Jangan terlepas menyaksikan perarakan waktu malam, apabila penduduk Little Penguins pulang dari menangkap ikan.

 

MelbourneMelbourne

 

Untuk sesuatu yang sama sekali berbeza, pergilah bermain ski di Australia Alps. Australia mungkin lebih dikenali sebagai sebuah negara yang panas terik tetapi Jun menandakan permulaan musim ski negara. Terletak di pusat ski dan Bandar-bandar peranginan Victoria termasuk Mt Buller, Hotham dan Falls Creek. Mereka menawarkan cerun untuk memenuhi semua peringkat kemahiran, latihan profesional untuk pemula dan toboggan ride. Selain itu, anda akan mendapat peluang untuk melihat haiwan asli Australia ini seperti wombat, possum, kanggaru dan kuda liar dalam salji!

http://www.mtbuller.com.au / www.mthotham.com.au/ / www.fallscreek.com.au/

MelbourneMelbourne

 

MELBOURNE ADA BANYAK MASJID

Dengan begitu banyak untuk diterokai di Melbourne, sama ada menikmati masakan bertaraf dunia, melawat tempat menarik dalam bandar, membeli-belah atau aktiviti lasak, umat Islam juga boleh memenuhi tanggung jawab agama mereka. Ada banyak masjid yang disenaraikan di bawah Islamic Council of Victoria (ICV).

ICV telah menyenaraikan berpuluh-puluh masjid di laman webnya. Masjid Melbourne Barat adalah di bawah ICV dan solat disempurnakan dalam bahasa Inggeris dan Arab. Masjid terbesar di Melbourne adalah Masjid Broadmeadows di timur laut bandar ini dan diselenggarakan dalam Bahasa Turki.

http://www.icv.org.au/

melbourne

Sesungguhnya, Melbourne adalah tempat semua rencam bersatu. Jadi, jika merancang percutian keluarga pada masa akan datang, pertimbangkan bandar ini untuk pengalaman yang berbeza. Dengan begitu banyak keseronokan, anda pasti jatuh cinta pada bandar yang menarik ini. Anda tentu berat hari mahu meninggalkannya!

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Facebook