JOM AKTIF DENGAN HADIRI ACARA HARI TANPA KENDERAAN CYBERJAYA

Hidup lebih aktif! Lebih seribu peserta mengambil bahagian dalam ‘10,000 Steps Banana Walk’ dalam acara Hari Tanpa Kenderaan Cyberjaya yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang. Acara yang diadakan di Persiaran Semarak Api, Cyberjaya disokong oleh Setia Haruman Sdn Bhd dan dirasmikan oleh Timbalan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sepang, En Muhammad Hafiz Shaari dan disaksikan oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud, Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.

The 10,000 Steps Walking Banana meliputi jarak berjalan kaki kira-kira 7.5 km dan peserta telah datang seawal jam 6 pagi untuk mendapatkan baju T kuning mereka yang terang menyilau dan seterusnya dihangatkan oleh Zumba sebelum mereka dilepaskan digarisan permulaan.

Klinik Pergigian Daerah Sepang turut memberikan pemeriksaan pergigian secara percuma kepada para peserta manakala Klinik Daerah Sepang dan HN Health Solutions menyediakan pemeriksaan perubatan dan pengiraan lemak badan secara percuma.

aktif

 

Hari Tanpa Kenderaan Cyberjaya Galak Gaya Hidup Aktif dan Hijau

Dalam ucapannya, En Muhammad Hafiz Shaari, Timbalan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sepang berkata “Dengan menjayakan Hari Tanpa Kenderaan Cyberjaya, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti Cyberjaya tetapi juga masyarakat keseluruhan kerana ia akan menjadi persekitaran yang lebih hijau, kurang kesesakan lalu lintas dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida selaras dengan Inisiatif Go Green kerajaan negeri.

aktif

Beliau menambah, “Usaha ini secara tidak langsung dapat memupuk gaya hidup sihat, berjalan atau berlari, kerana ia membolehkan orang ramai, terutamanya yang berada di kejiranan ini untuk menikmati keindahan taman di samping meneroka Cyberjaya.”

Satu lagi kemuncak dalam acara itu ialah Pre-Viper Challenge 2018 yang menjadi pemulaan hingga ke peringkat akhir yang akan diadakan di Cyberjaya pada 8 Disember 2018. Terdapat empat (4) halangan untuk menguji ketahanan para peserta. Para peserta teruja kerana mendapatkan pengalaman secara langsung dalam salah satu siri acara sukan terbesar di Asia – Great Eastern Viper Challenge 2018.

aktif

 

Pelbagai Acara Sampingan Turut Diadakan

Turut ditampilkan pada Hari Tanpa Kenderaan Cyberjaya ialah model dan pelakon komersial terkenal, Kit Mah, yang mengamalkan gaya hidup sihat dan merupakan salah seorang personaliti kecergasan terkemuka Malaysia. Beliau menyertai cabaran Pre-Viper Challenge dan menyokong peserta lain ketika mengharungi cabaran yang sukar.

aktif

Terdapat juga gerai-gerai oleh pelbagai vendor termasuk basikal dan barang-barang kembara yang dibawakan oleh Cyberjaya Recreation & Cycling Club.  kedai basikal GO Cyberjaya, iCYCLE Malaysia yang mempromosikan “plogging” iaitu trend senaman yang menggalakkan kutipan sampah sewaktu berjoging selain penyediaan jus buah yang sihat oleh Juice Lab untuk menyegarkan para peserta.

Hari Tanpa Kenderaan Cyberjaya telah mendapatkan sambutan hangat dan sejajar dengan usaha Setia Haruman dalam mewujudkan komuniti hijau, aktif dan sihat, menjadikan ‘Bandar Penciptaan’ ini tempat yang ideal untuk bekerja, hidup, belajar dan bermain.

 

(Visited 7,897 times, 1 visits today)