JOM BERCUTI KE DESTINASI IMPIAN WALAUPUN KITA BUKAN BERDUIT SANGAT!

Bila kawan ajak, “Hujung tahun ni, jom bercuti ke New Zealand!” Selalunya kita cepat-cepat jawab, “Tak bolehlah. Duit pun tak berapa ada ni. Faham-fahamlah aku bukannya orang berduit!” 

Tentu ramai di antara kita yang berfikir bahawa aktiviti bercuti ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang berduit atau kaya sahaja. Maklumlah, bila dah keluar berjalan-jalan atau bercuti ini perbelanjaan yang diperlukan bukannya sedikit.

Namun, sebenarnya tanggapan ini adalah tidak benar seratus peratus. Tidak semestinya kita menjadi orang berduit atau kaya baru boleh melakukan aktiviti jom bercuti ini.

Ada beberapa cara atau tip jom bercuti ala Mamanet yang boleh dicuba, dan paling penting tidak memerlukan perbelanjaan yang besar untuk melakukannya.

Ketahui juga 6 sebab kenapa best dapat suami atau isteri yang suka melancong.

LIKE & SHARE MAMANET

jom bercuti

BERIKUT BEBERAPA TIP JOM BERCUTI YANG BOLEH DICUBA BIARPUN KITA TIDAK BANYAK DUIT:

  1. JAGA KESIHATAN DIRI

Menjaga kesihatan diri sangat penting jika kita mahu pergi bercuti. Jika kesihatan kita kurang baik, sama sahaja berapa banyak pun duit atau wang yang kita miliki ia tetap tidak akan memberikan kita ruang untuk bercuti.

Bila kita sihat dan fit, kita boleh pergi bercuti cara back packer yang lebih jimat. Kita boleh berjalan kaki, sewa basikal, motor atau naik pengangkutan awam yang lebih murah. Kalau nak percuma boleh tumpang orang!

jom bercuti

Sepanjang 13 bulan, Petrina Thong telah mengembara dari Sweden ke Malaysia hanya dengan menumpang kereta orang sahaja atau dalam bahasa Inggeris hitchhiking. Gadis berusia 29 tahun dari Stockholm ini mengembara seorang diri hanya berbekalkan wang berjumlah US$200 (RM 800) untuk melihat sejauh mana dia mampu pergi. 
Mula mengembara pada bulan Jun 2015, akhirnya Petrina sampai ke Kuala Lumpur setahun kemudian iaitu Julai 2016 selepas menempuhi 22 buah negara termasuk Eropah, Timur Tengah dan Asia. 
Sumber: Dailymail

 

  1. CARA MENABUNG

Apa yang menentukan kita boleh join dalam projek jom bercuti ini bukan soal gaji yang besar dan duit yang banyak.Sebaliknya bagaimana kita fokus dengan tujuan atau misi percutian yang ingin kita gapai, contohnya untuk mengelilingi benua Eropah.

Cubalah fokus dengan misi tersebut tanpa perlu berasa dengki atau cemburu dengan orang-orang yang berada di sekeliling kita yang sakan berbelanja, bertukar gajet dan sebagainya. Kita kena ingat, tujuan atau misi hidup mereka tidak sama dengan kita.

Jadi, teruslah fokus untuk menabung secara konsisten walaupun dalam jumlah yang tak seberapa. Apa yng penting adalah niat dan semangat padu kita untuk mewujudkan impian mengelilingi benua Eropah tersebut.

Ada kawan mamanet, menabung RM5 sehari sejak 5 tahun lalu untuk ke Iceland. Agak-agak dia dah boleh pergi tak tahun ni?

jom tumpang

 

  1. JOM BERCUTI IKUT KEMAMPUAN

Tak ada masalah pun jika kita mempunyai impian atau angan-angan yang tinggi untuk bercuti ke mana-mana, cuma janganlah terlalu memaksa diri.

Termasuklah masalah untuk pergi bercuti ini, sama ada soal pembelian tiket, tempat penginapan, pengangkutan,makanan dan perbelanjaan lain. Semunya perlu disesuaikan dengan bajet kita.

Fokus dengan keutamaan apa yang sebenarnya kita perlukan dan jangan lupa mengatur semua pengeluaran dan juga perbelanjaan harian biar standing dengan pendapatan kita.

Nak lagi senang, buatlah anggaran keperluan bulanan kita termasuklah anggaran untuk projek jom bercuti ini.

 

 

jom bercuti

 

  1. JANGAN SESEKALI BERLAGAK!

Sikap yang perlu kita miliki sebaik-baiknya jangan sesekali berlagak!

Usah cemburu atau dengki dengan rezeki orang lain andai kata kita belum mampu untuk bercuti dengan lebih jauh. Sekiaranya kita sudah mampu untuk bercuti ke luar negara dan sebagainya, jangan pula berlagak sombong.

Kita kena ramah sebab kalau malu bertanya nanti sesat jalan.

 

jom bercuti

 

Kebanyakan traveler berjaya dalam misi jom bercuti yang diimpikan bukan kerana mereka mempunyai banyak duit, tetapi sebab mereka tahu cara terbaik untuk mengawal kewangan sepanjang perjalanan.