SIHAT & PERKASAKAN HARI ANDA DENGAN QUAKER OAT

QUAKER OAT  TERUS MEMPROMOSIKAN DAN MENGINSPIRASIKAN PEMAKANAN BERNUTRISI, DIIKTIRAF DENGAN LOGO ‘PILIHAN LEBIH SIHAT’ KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. SERENTAK DENGAN ULANG TAHUN SEDUNIA  KE-140 QUAKER OATS, DUA PRODUK – QUAKER INSTANT OATMEAL DAN QUAKER QUICK COOK OATMEAL – TELAH DILABEL DENGAN LOGO ‘PILIHAN LEBIH SIHAT’ YANG DIANUGERAHKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

 

Serentak dengan ulang tahun sedunia  ke-140 Quaker Oats, dua produk – Quaker Instant Oatmeal dan Quaker Quick Cook Oatmeal – telah dilabel dengan logo ‘Pilihan Lebih Sihat’ yang dianugerahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Hal ini adalah untuk membantu pengguna mengenalpasti barangan pemakanan yang menepati piawaian nutrisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

 

Quaker Oat menawarkan kebaikan bijiran penuh, berserat tinggi, sumber zat protin dan zat besi, serta mengandungi beta glukan yang membantu mengurangkan kolesterol.

 

“Quaker sentiasa dikenali berkait dengan kebaikan nutrisi dan faedah kesihatan. Pengiktirafan dan penganugerahan logo ‘Pilihan Lebih Sihat’ adalah bukti dedikasi berterusan kami untuk membawa kebaikan oat kepada rakyat Malaysia. Kita boleh memulakan langkah positif untuk menjadi individu yang lebih sihat, untuk diri sendiri dan orang tersayang,” kata Maliha Subhani, Pengurus Besar, PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik.

quaker oat

Dr Zainudin Bin Abdul Wahab, dari Kementerian Kesihatan sedang mencuba Quaker Oat baru-baru ini.

 

 

QUAKER OAT  MUDAH DISEDIAKAN DAN ENAK

Kini memudahkan anda membuat pilihan makanan yang sihat dan menggalakkan pengguna untuk memperkasakan hari mereka dengan Quaker.

 

Pada Ramadan ini, Quaker Oat melipat-gandakan usaha mengajar dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengamalkan diet yang sihat dengan bantuan selebriti Aishah Sinclair dan pakar kecergasan Kevin Zahri.

 

Mereka berkongsi resipi enak dan mudah seperti lempeng Quaker Oat dengan ayam dan jagung, tip-tip berguna untuk berpuasa dengan sihat dan banyak lagi!

 

“Saya seorang ibu yang sibuk tetapi mahu keluarga saya memperolehi makanan yang sihat dan bernutrisi. Oleh itu, saya amat menyukai Quaker Oat kerana makanan sihat ini dapat dinikmati dengan pelbagai cara dan ia senang untuk disertakan di dalam diet harian keluarga saya,” kata Aishah Sinclair.

 

“Diet yang sihat dan gaya hidup yang aktif mestilah sejajar,” ujar jurulatih bertauliah dengan pensijilan Amerika Syarikat, Kevin Zahri.

 

Tambahnya lagi, “Saya teruja dengan gabungan bersama Quaker untuk terus menggalakan rakyat Malaysia agar hidup dan makan dengan lebih sihat. Sepanjang bulan Ramadan, anda boleh memulakan hari dengan semangkuk bubur lambuk oat yang diperbuat daripada Quaker Instant Oatmeal untuk bersahur. Ia mengenyangkan bagi tempoh yang lebih lama dan mengekalkan tahap tenaga anda sepanjang hari.”

quaker oat

Produk Quaker boleh didapati dalam pelbagai variasi, dari Quaker Instant Oatmeal, Quick Cook Oatmeal dan Multigrain Cereal, kepada  Quaker 3in1, Flavoured Instant Oatmeal, Oats Cookies, Chewy Bars dan bijirin sarapan pagi.

 

Ia menepati kehendak semua orang dan senang dimasukkan ke dalam diet harian. Bagi mereka yang amat menyukai nasi, terdapat juga Quaker Oats for Rice sebagai pengganti yang mudah dan bernutrisi.

 

Peminat Quaker Oat boleh mendapat lebih maklumat dan promosi, acara dan resipi terbaharu di www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my. Bermula sekarang hingga 18 Jun, peminat boleh menyertai pertandingan ‘Sihat Ramadan, Sinar Ganjaran’ di  http://www.quaker.com.my/contest.html  dan berpeluang memenangi baucar Habib Jewels bernilai sehingga RM30,000!