JOVIAN DAN DAPHNE IKING JADI HOS ‘SAY YES TO THE DRESS ASIA’  

TLC, RANGKAIAN HIBURAN DAN GAYA HIDUP TELAH MENGESAHKAN BAHAWA PERSONALITI MALAYSIA, PEREKA FESYEN TERKENAL JOVIAN MANDAGIE DAN PENYAMPAI TV,  DAPHNE IKING AKAN MENJADI HOS BAGI ASIAN DEBUT SIRI REALITI TV HIT ‘SAY YES TO THE DRESS’.

 

Bakal pengantin pasti teruja apabila mengetahui bahawa Jovian Mandagie, pereka terkemuka Malaysia, akan berkongsi kehebatan beliau dalam dunia fesyen.

jovian

Rekaan Jovian yang memukau telah mendapat tempat di kalangan golongan elit dan keluarga diraja, termasuk mantan Raja Permaisuri Agong H.R.H D.Y.M.M Tuanku Nur Zahirah dan HM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dari Brunei, hanya menyebut beberapa nama.

 

“Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang menyertai team Say Yes To The Dress Asia. Sebagai pereka fesyen, Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan bakal pengantin dan menghasilkan pakaian mereka idamkan sempena hari besar mereka,” kata Jovian.

 

jovian

DEPHNE IKING TERUJA DAPAT BEKERJASAMA DENGAN JOVIAN

Manakala pelakon dan personaliti TV, Daphne Iking pula telah berpengalaman mengendalikan pelbagai program termasuk Ringgit Sense, Explorace, The Breakfast Show dan Bella. Beliau turut berkongsi pengalaman pengembaraannya dan kehidupan keluarga melalui vlog di saluran YouTube beliau, Daphne Iking, yang telah mengumpulkan lebih daripada 25,000 pelanggan.

jovian

“Ketika pertama kali mendengar tentang Say Yes To The Dress Asia, saya benar-benar teruja! Saya peminat tegar rancangan itu dan rasa sangat teruja apabila TLC mewujudkan edisi Asia untuk menonjolkan ramai pereka hebat yang kita ada. Saya juga sangat teruja dapat bekerjasama dengan Jovian lagi. Beliau memainkan peranan penting dalam membantu mendapatkan gaun pengantin impian saya,” kata Daphne Iking, perunding imej Say Yes To The Dress Asia.

 

jovian

Diterbitkan oleh Endemol Shine Asia, SAY YES TO DRESS ASIA senantiasa berkisah di sebalik pakaian. Siri ini akan menguji suka duka bakal pengantin dalam usaha mendapatkan persalinan pengantin ideal buat mereka.  paras tertinggi emosi dan rendah pengantin dalam perjalanan mereka untuk mencari gaun pengantin yang sesuai, bersama-sama nasihat pereka professional yang dipilih.

jovian

Difilemkan di Lembah Klang, siri ini juga akan mengetengahkan pelbagai budaya unik Asia Tenggara, dan kisah syahdu di sebalik pencarian persalinan impian sang mempelai dengan restu orang tersayang. SAY YES TO DRESS ASIA bakal ditayangkan di TLC pada suku keempat 2017. Ikuti kami di Facebook, Instagram, dan laman web, untuk maklumat terkini.