NIKMATI JUALAN MURAH SUPER 11.11 SHOPEE  DARI 1 HINGGA 11 NOVEMBER INI!

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati jualan murah ini. Berikutan kejayaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9, Shopee iaitu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan kini masih menawarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11 November, sempena musim akhir tahun.

 

Mulai 1 November lalu, pengguna boleh menikmati pelbagai tawaran hebat berganda termasuklah Jualan Murah RM11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi.

 

Dengan sokongan daripada jenama ternama seperti Petronas, Digi dan Watsons serta rakan rasmi seperti Ambank, CIMB, Maybank, Public Bank dan RHB, Jualan Murah Super 11.11 Shopee dijangkakan akan menjadi acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi.

 

“Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 pada bulan lepas mencatat kejayaan besar kerana kami merekodkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan trafik pengguna sebanyak lima kali ganda dalam tempoh 24 jam. Sokongan memberangsangkan daripada semua pengguna kami mendorong kami untuk melancarkan Jualan Murah Super 11.11 ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

 

Tambahnya lagi, “Kali ini, kami menampilkan lebih daripada 3,000 jenama dan usahawan pilihan yang menawarkan potongan harga berganda sehingga 90% dan lebih 100,000 produk yang dibawah Jaminan Harga Terendah Shopee.

jualan murah

Jualan Murah Termasuk 3 pusingan ‘Shocking Sale’ Setiap Hari

Sejak 1 November lalu, pengguna Shopee boleh menikmati potongan harga bagi pelbagai jenis produk dari kategori popular termasuk 3 pusingan ‘Shocking Sale’ setiap hari yang menampilkan koleksi 50 jenis produk kegemaran pada harga terendah.

 

Permainan ‘Spin to Win’ juga dilancarkan semula dengan pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk dimenangi setiap hari. Keseronokan ini meningkat pada hari Kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi.

jualan murah

Selain itu, lebih 100,000 produk yang dijamin pada harga terendah. Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak 120% perbezaan harga tersebut.

jualan murah

“Jualan Murah Super 11.11 Shopee merupakan masa terbaik untuk anda mendapatkan potongan harga terhebat bagi memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan. Kami berharap anda semua boleh menyertai acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi,” tambah Ho.

 

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/1111.

Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

 

BACA : CARA JIMAT DUIT PALING MUDAH BILA HARGA BARANG MAKIN NAIK