SJKC KUEN CHENG 2 JUARA JUNIOR CARE PERTAMA GLENEAGLES KL

Berdebar-debar. Gigit kuku. Persaingan getir. Ini adalah antara rasa yang dialami oleh 30 pelajar yang mewakili sejumlah lapan buah sekolah kerana antara mereka dimahkotakan sebagai juara di peringkat Junior Care Champion Search 2017. Pencarian ini dianjurkan oleh Gleneagles Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada kempen Growing Well with GKL.

Para peserta yang bertanding terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang berumur antara 10-12 tahun mewakili lapan sekolah markah tertinggi di Lembah Klang iaitu SK Setiawangsa, SK St Johns (1), SJKC Kuen Cheng (2), SJKC Imbi, SJKC Jalan Davidson, SK Seri Hartamas, Methodist Sentul SJKC On Pong (2) dan SK (L).

Pada peringkat awal, sebanyak 15 buah sekolah telah menghantar esei yang ditulis berdasarkan salah satu daripada topik berikut, ‘Bagaimana Hidup Di Malaysia Boleh Lebih Sihat’ atau ‘Jika Superhero Wujud, Apa Mereka Akan Lakukan Di Hospital’. Setiap kumpulan dibimbing oleh guru dari sekolah masing-masing.

“Selain kami berharap dapat mewujudkan diri sebagai penyedia penjagaan kesihatan keluarga dalam masyarakat, matlamat utama kami adalah untuk memupuk kanak-kanak yang celik kesihatan. Oleh itu, kami berharap agar bengkel-bengkel yang dijalankan pada peringkat akhir akan berkekalan dan berterusan di samping mengajar mereka kepentingan menjaga kesihatan mereka pada usia muda. Kami mahu mereka menjadi wira dalam diri,” kata Dato’ Dr. Adzuan Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles Kuala Lumpur.

junior care

Juara Junior Care Hadapi Dua Cabaran Getir Sebelum Bergelar Juara

10 kumpulan yang mengambil bahagian di peringkat akhir, perlu menghadapi dua cabaran. Yang pertama adalah pembentangan cadangan seperti buku, poster dan video  berdasarkan topik yang mereka pilih sebelum ini untuk penyerahan esei mereka.

Cabaran kedua menyaksikan para pelajar menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh kakitangan Gleneagles Kuala Lumpur seperti asas pertolongan cemas (keselamatan dan pencegahan kecederaan, CPR, tercekik), diet (diet dan makanan sihat), physio (menjaga belakang, postur betul, kepentingan bersenam) dan kawalan jangkitan (cara pencucian tangan yang betul, etika batuk). Terdapat juga bengkel yang diadakan untuk ibu bapa yang menghadiri acara tersebut seperti bantuan pertolongan asas dan menyediakan makanan pemakanan untuk kanak-kanak.

junior care

Berdasarkan skor dari kedua-dua cabaran, dua pasukan teratas diuji dalam kuiz mengenai pengetahuan perubatan oleh hakim-hakim yang terdiri daripada Dr. Norjannah Ali, Pengarah Perubatan, GKL;  Ms. Christine Chan, Pentadbir, Perkhidmatan Sokongan Klinikal, GKL; Cik Dympna Winifred Cheah, Pengurus, Kawalan Jangkitan, GKL ; dan Cik Gwendoline Annette, Pengurus Kanan, Operasi, GKL untuk menentukan pemenang Junior Care Champion Search 2017.

junior care

Tiga pasukan teratas membawa hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM3000, RM2100 dan RM1200 berserta baucar RM900 untuk buku, alat tulis dan makanan selain 3 pasang tiket masuk untuk Kidzania Kuala Lumpur.

Selain itu, sekolah yang menang telah menjadi anak angkat Gleneagles Kuala Lumpur selama satu tahun dengan kedua-dua hospital dan sekolah akan bekerjasama dalam program pendidikan dan komuniti untuk tahun 2018.

Selain itu, Gleneagles Kuala Lumpur juga telah menjemput semua pelajar yang telah menyertai pertandingan ini ke pesta di Kidzania Kuala Lumpur pada 27 November sempena Hari Kanak-kanak Sedunia demi mengiktiraf usaha mereka dalam Junior Care Champion 2017.

Pemenang pertandingan adalah:

Juara: SJKC Kuen Cheng 2

– Ng Shu Yie

– Claire Chan Wei Sven

– Chan Tze Ern

 

Tempat ke-2: SJKC Jalan Davidson

– Nicholas Ho Yun Yee

– Nathan Ku Guo-Jun

– Tan Yu Denn

 

Tempat ke-3: SJKC On Pong 2

– Tan Wei Han

– Tan Bo Lin

– Lew You Xin

 

Laman web: Gleneagleskl.com.my

Facebook: Gleneagles Kuala Lumpur.

 

BACA: LIMA CARA BOLEH MEREDAHKAN SAKIT KEPALA DENGAN PANTAS