JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG DAN BAYI

APAKAH JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG? SEBENARNYA ADA BANYAK JUS BUAH YANG BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG. LAGIPUN JUS BUAH BANYAK MENGANDUNGI MINERAL, NUTRISI DAN VITAMIN.

 

Pengambilan jus buah ini sangat disarankan buat ibu mengandung. Buah-buahan yang berkhasiat dibuat jus mempunyai banyak manfaat untuk ibu mengandung dan janinnya.

 

Kandungan vitamin  dalam jus terbaik daripada buah-buahan terpilih berguna untuk mencegah kecacatan pada janin dan masalah kesihatan pada si ibu.

 

Ada banyak jenis buah dan sayur yang boleh dijadikan sebagai menu minuman sihat sepanjang kehamilan tersebut. Selain kaya dengan vitamin, terdapat asid folik, zat besi dan nutrisi lain yang penting untuk tumbesaran janin dalam kandungan.

jus terbaik

 

BERIKUT BEBERAPA JENIS JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG:

  1. JUS TOMATO

Tomato kaya dengan vitamin A, C dan E. Selain itu, kandungan asid folik, asid sitrat dan likopen mamu membantu ibu mengandung menjaga kesihatannya.

jus terbaik

 

  1. JUS LOBAK MERAH

Lobak merah adalah salah satu jenis sayur yang bagus untuk ibu mengandung. Lobak merah mengandungi vitamin yang tinggi serta nutrisi yang bagus untuk ibu mengandung.

 

Selain merupakan minuman yang menyihatkan, kandungan beta karoten pada lobak merah juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata.

jus terbaik

 

  1. JUS PISANG

Buah pisang memang elok dinikmati oleh ibu mengandung. Kandungan kalsium mampu membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi dalam kandungan, selain mencegah masalah tulang  ibu mengandung sepanjang kehamilan tersebut.

 

Di samping itu, jus pisang ini juga bagus diambil pada trimester pertama sehingga tiga bulan usia kandungan.

jus terbaik

  1. JUS EPAL

Epal mengandungi vitamin C tinggi dan antioksiannya mampu membantu menjaga kesihatan ibu mengandung.

 

Jus epal mampu mengatasi masalah morning sickness atau rasa mual dan muntah yang kerap melanda ibu mengandung pada trimester pertama sehingga 3 bulan usia kandungan.

jus terbaik

 

  1. JUS AVOKADO

Buah avokado merupakan salah satu jenis buah yang sangat disarankan diambil oleh ibu mengandung.

 

Buah ini mengandungi serat yang sangat bagus untuk melancarkan sistem pengahadaman dan berupaya mencegah sembelit ketika mengandung.

 

Di samping itu buah avokado juga mengandungi lemak baik iaitu Omega 3 yang bermanfaat untuk perkembangan otak serta kecerdasan bayi dalam kandungan. Karbohidrat, lemak dan protein pada avokado juga memainkan peranan penting bagi memenuhi nutrisi dan energi ibu mengandung.

jus terbaik

  1. JUS BAYAM

Bayam mengandungi banyak nutrisi seperti asid folik, magnesium,vitamin A, vitamin B, vitamin C dan juga zat besi yang sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan ibu mengandung serta menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.

Selain itu, jus terbaik ini juga mampu membantu menjaga kadaar hemoglobin sehingga mencegah penyakit anemia sepanjang kehamilan.

jus terbaik

  1. JUS MANGGA

Jus mangga berupaya mencegah pembengkakan, peradangan, melancarkan perjalanan daarah dan mencegah dehidrasi sepanjang tempoh kehamilan.

 

Kandungan vitamin serta mineral pada buah mangga ini juga berguna untuk meningkatkan daya ketahanan badan ibu mengandung.

jus terbaik

  1. JUS TIMUN

Tidak ramai yang tahu bahawa jus timun mampu mengatasi masalah sakit belakang dan kaki kejang sewaktu mengandung.

 

Selain itu pengambilan jus timun sewaktu mengandung juga berupaya menjaga jaringan otot, ligament serta membantu meningkatkan kecantikan kulit (kuku, rambut dan tulang rawan)

jus terbaik

 

Itulah beberapa jenis jus terbaik untuk ibu mengandung serta manfaatnya. Semoga bermanfaat!