TANGKAP DETIK-DETIK MENYERONOKKAN DENGAN KAMERA PENCETAK SEGERA CANON

Canon Marketing Malaysia telah memperkenalkan dua kamera pencetak segera iNSPiC yang kompak, bergaya, dan menyeronokkan untuk anda menangkap detik-detik menyeronokkan dalam sekelip mata!

iNSPiC [S] dan iNSPiC [C] merupakan tambahan baharu kepada rangkaian Mini Photo Printer Canon sejajar dengan penjenamaan semula Mini Photo Printer kepada iNSPiC [P].

Kamera Pencetak Segera Canon

‘Inspiring Pictures’

iNSPiC, iaitu singkatan untuk ‘Inspiring Pictures’ atau ‘Gambar yang Memberikan Inspirasi’ tampil sebagai kamera pencetak segera yang bersaiz poket.

Ia menggabungkan keupayaan untuk mencetak dan berkongsi foto dengan segera serta kamera digital. iNSPiC [S] dan iNSPiC [C] menjanjikan untuk menangkap detik-detik spontan yang menyeronokkan.

Siri ini direka untuk membawa kembali keterujaan berkongsi foto bercetak dengan segera. Kita dapat menangkap serta berkongsi detik-detik bermakna dengan sahabat dan keluarga dalam sekelip mata.

Lebih menarik lagi, iNSPiC juga boleh mencetak semula foto yang sama apabila dihubungkan kepada telefon pintar anda melalui Bluetooth.

Kamera Pencetak Segera Canon

Kamera Pencetak Segera Pertama Canon

“Siri iNSPiC melambangkan pencapaian besar bagi Canon dalam menghasilkan kamera pencetak segera yang pertamanya sebagai tambahan menarik kepada rangkaian pencetak foto kami yang luas.

Kedua-dua kamera dilengkapi ciri-ciri baharu yang tiada bandingan, model teratas iNSPiC [S] dilengkapi dengan lampu LED cincin serta ideogram yang terunggul seperti stiker, bingkai foto bergaya dan teks yang menarik boleh didapati melalui aplikasi mudah alih Canon Mini Print, sekaligus menjana kreativiti pengguna dengan segera,” demikian kata Ketua Bahagian Produk Sistem Pengguna (CSP), Bahagian Pemasaran Canon Malaysia, Sandy Lee.

“Canon menggalakkan semua untuk menghasilkan cerita visual yang menakjubkan, dan inilah sebabnya kami terus menginovasi dan melancarkan penyelesaian pengimejan untuk mempertingkatkan pengalaman dalam menangkap detik-detik bermakna.

Tambahan baharu kepada rangkaian Mini Photo Printer kami akan meneruskan tradisi ini, dan kami yakin ia akan menginspirasikan keseronokan dan kreativiti yang tiada penghujung, serta memberikan tenaga dan keceriaan kepada foto-foto yang ditangkap,” tambah beliau.

iNSPiC [C] CV-123A

Siri iNSPiC [C] yang dilancarkan bersama siri [S] didatangkan dalam pelbagai pilihan warna pop yang menarik seperti Bubble Gum Pink, Bumble Bee Yellow dan Seaside Blue, sekaligus mempamerkan gaya fesyen yang berani dan unik.

Dengan kamera bina-dalam yang beresolusi 5 megapiksel serta cermin swafoto di sebelah lensa kamera, sudah tentunya ia lebih mudah untuk mengambil swafoto. Tambahan pula, dengan adanya butang percetakan semula, ia menjamin semua tetamu boleh mendapat foto-foto detik bermakna mereka sebelum mengucapkan selamat tinggal di parti dengan cuma satu sentuhan.

iNSPiC [S] ZV-123A

Kamera pencetak ini didatangkan dalam tiga warna, iaitu Pearl White, Matte Black dan Rose Gold, serta lebih nipis berbanding dengan kebanyakan kamera digital kompak.

Peranti ultra-tipis ini dilengkapi dengan satu kamera fokus tetap dengan resolusi setinggi 8 megapiksel. Justeru, anda boleh menangkap dan mencetak foto dengan hanya satu peranti, tanpa memerlukan kamera dan mesin pencetak yang berasingan.

Lampu cincin LED bina-dalam yang mengeliling lensa kamera, yang mampu mengaktifkan cahaya berkuasa untuk mendapatkan karya portrait yang indah.

Anda juga boleh menghubungkan peranti tersebut kepada telefon pintar mereka melalui aplikasi mudah alih Canon Mini Print untuk mencetak foto-foto yang disimpan dalam telefon pintar.

Butang percetakan semulanya membolehkan kamera pencetak ini mencetak foto yang sama berkali-kali dengan segera. Malah, aplikasi tersebut juga akan menerima satu kemas kini untuk memasangkan pengatup maya bagi membolehkan pengambilan foto jauh, di samping menawarkan lebih banyak stiker untuk menceriakan foto sebelum dicetak.

iNSPiC [S] juga didatangkan dengan slot SD Mikro yang dapat menyokong kapasiti kad sehingga 256GB.

Teknologi ZINK Zero Ink™

Teknologi Percetakan dan Media

Pencetak Canon Mini Photo menggunakan Teknologi ZINK Zero Ink™ oleh ZINK™, iaitu sejenis teknologi percetakan kering terulung yang membolehkan percetakan berwarna tanpa menggunakan kartrij dakwat.

Ia menghasilkan foto bercetak 2×3 inci yang kalis comot, tahan calar, dengan bahagian ‘kupas dan lekat’ yang boleh melekat secara mudah pada belakang telefon pintar, komputer riba, permukaan meja, cermin dinding dan sebarang permukaan yang licin.

CIRI-CIRI UTAMA PRODUK

iNSPiC [C] CV-123A

Warna Bubble Gum Pink, Bumble Bee Yellow and Seaside Blue

Dimensi Produk (Panjang x Lebar x Tinggi)           Kira-kira 121 x 78.3 x 23.8mm

Ciri-ciri Utama:         

•          Boleh tangkap dan cetak foto dengan segera

•          Menghasilkan foto 2×3 inci yang kalis comot dan tahan calar

•          Boleh mencetak foto yang sama berkali-kali dengan mudah

•          Fungsi auto-flash membolehkan anda mengambil foto yang jelas walaupun di tempat yang gelap.

Harga Jualan: RM499           

iNSPiC [S] ZV-123A

Warna Matte Black, Pearl White and Rose Gold

Dimensi Produk (Panjang x Lebar xTinggi) Kira-kira 121 x 80.3 x 21.5mm

Ciri-ciri Utama:      

•          Boleh tangkap dan cetak foto dengan segera

•          Menghasilkan foto 2×3 inci yang kalis comot dan tahan calar

•          Boleh mencetak foto yang sama berkali-kali dengan mudah

•          Fungsi auto-flash membolehkan anda mengambil foto yang jelas walaupun di tempat yang gelap

•          Memperibadikan foto dengan emoji, bingkai gambar bergaya, serta teks yang menakjubkan

•          Mencetak foto anda melalui Bluetooth dengan telefon pintar anda

Harga Jualan: RM 699          

Aplikasi mudah alih Canon Mini Print

Aplikasi Canon Mini Print dapat mentransformasikan pengguna biasa kepada pakar pereka dengan adanya beraneka jenis fungsi penyuntingan foto, penapis foto, bingkai, setem dan gaya teks.

Peralatan-peralatan yang mudah ini boleh digunakan pada foto yang diambil melalui aplikasi integrasi kamera, atau pada imej yang dimuat turun daripada album foto yang disimpan dalam perkhidmatan awan (cloud) seperti Facebook, Instagram, Google Drive dan Dropbox. Ciri-ciri khasnya termasuk pengubahan wajah serta pilihan untuk melukis pada foto sebelum dicetak.

Aplikasi ini juga menawarkan percetakan kolaj sehingga empat imej, atau fungsi cetakan ‘tile print’, yang menghasilkan satu cetakan besar yang terdiri daripada sembilan cetakan kecil bagi menjana kreativiti dan keseronokan yang tiada penghujung.

Aplikasi Mini Photo Print adalah percuma untuk dimuat turun dari Apple App Store serta Google Play Store, dan serasi dengan Android 5.1 dan kemudian iOS 10.

(Visited 4,357 times, 1 visits today)